Friday, April 29, 2005

Album Kompilasi : Anuar Zain 1998 - 2002


Image hosted by Photobucket.com
Rambut ala² baru abis espiem :P

Mak terbeli cd ni masa jalang² jengok cd kat Speedy. Terbeli sebab ada iteww lagu paberet Jangan Bersedey Lagi. Bes lagu² dalam ni u ols. Kompilasi lagu² bes dan hits dari Anuar Zeng tapi lagu Semuanya Untukmu tak de laks. Boleh dengar juta² kali nomo 7 iteww sampai koma hehehe. Mak memang suker beli album² kompilasi nih sebab lelagu dia konpem bes² belaka. Berbaloi beli lah. Pilihan tepat pilihan bijak. Bijak Bijak. Kita menom duluuuuuuuuu.

Lagu² bes yang dimuatkan seperti berikot...eh dia ada bonus 2 bideo klip tau

1. Bideo klip lagu Kembalilah Kaseh
2. Bideo klip Keabadian Chentar
3. Bila Resah
4. Kita
5. Musim Berlalu (tunggu lagu ni diyanyikan kat AF3 :P)
6. Tangisan Naluri
7. Jangan Bersedey Lagi (Bobo nyanyi AF2) hikhikss
8. Keabadian Chentar(Sahri nyanyi AF1) hikhikss
9. Kembalilah Kaseh
10. Mungkin
11. Rindu Belaian
12. Sesuci Cintamu

Memula pasang dinch kluar sore yeww. Kak nams tol. Ingatkan kena tipooo ke hapa. Terus mak gelabah nokss.
*singsing lengan baju sesiap* Iya la bukannya murahkan cd original. Ariteww masa beli dinch sempat nak suh kedai try test duluk sebab nak cepat. Kalu kena tipu mau komplen kat Nuar Zeng tuntut ganti rogi nih :P Sebab dia ada vcd + cd skali. Boleh ker nokss? *muka blurrr* Mungkin player dinch dapat nak baca. Tapi saya cuba jugak (versi iklan pentin waheeda).

Begini cara² nya ya tetuan dan pepuan ya u ols seme. Dah sedia pen dan ketas? :D

1. Mula² masukkan cd tersebut ke dalam player di kereta atau di rumah atau dikedai atau di pc.
2. Kemudian terus tekan ke lagu nomo 7 iteww.
3. Tunggu beberapa saat.
4. Srettt srettt...eh ada bunyik...yaaaayyyyyyyy *sakses sakses cukup puas ati yipeeee*
5. Keluar dari keta jap buat catwalk tanda pueh ati sambil turunkan lengan baju :P

Walaupun bukan fan Nuar Zeng yang fanatik, tapi mak suka la dengar lagu² dia. Cam lebey kurang je bunyik lelagu dia tapi sedap didengar. Apa lagi adek kakok peminat Nuar Zeng kek luo denu silo dapatke yang original dipasare terbuka sekarang. Kalu tak cukup pitih tu pakat² la pocahkan tabong ayam memasing na. Album ni produce taun 2003. Dah lama dah. *hahaha terus tergeliat lidah tulis pasal album Nuar Zeng ini*

P/S 1 : All the best buat adek² ku Sahri dan Bob yang bertanding dalam kategori Artis Harapan AIM 2005. Deduanya sama menat Nuar Zeng. Dab dub dab dub nak tunggu keputusan mlm besok. Apa jua keputusan mak redooo yeww
*ikon doa[-o<*
hehehe

P/S 2 : Takziah kat Kak Aidid yang baru kehilangan Constantine nyee iteww. Dah abeh nangis lom? hehehe

Wednesday, April 27, 2005

KDrama : First Love of a Royal Prince (2004)


Image hosted by Photobucket.com

Alarrr mencik sama ini celita*siat² tisu* Endingnya kurang tidak enak. Tidak menyebelahi saya. Itu je sebabnyee hehehehe. Kisah chentar 3 segi. Pompuan tersepit di tengah² sebab lelaki² pojaan adalah adek badek, sama bapak mak lain. Huk ala hai. Ditelan mati mak diluah mati katak. Sib bek iteww pompuan tidak mengambil jalan singkat makan racun tikus ke, tejun bangunan tinggi ke, mati lemas kat pulau ke. Tetambah cite ni banyak melakukan penggambaran di pulau seperti Pulau Tahiti French Polynesia, Pulau Bali Indonesia juga tak tentinggalan di Sohoro, Jepun. Kabarnya pembikinan citer ni menelan ongkos yang besau. Beribu ribu Won. Citer ni baru abis tayang di chanel 8tv Isnin hingga Kamis 7-8 malem.

Akhirnya sebagai sodara yang tua iteww abang beralah jua. Gelpren memana leh carik tetapi tidak adek sendiri *uhuk uhuk*

Ucapan buat Enche Srox : Psstttt...awak belikan lah awak punya anak punya amma ini cd. Nanti saya leh numpang nengok. Mao dengar sore ori hero saya. Beli la beli la wak ek ...tehehehehe.

Image hosted by Photobucket.com

Kim Nam-Jin sebagai abang. Sorng yang tinggi lampai, esmem, bila jalan tangan suka masuk kocek...kontrol macho hehehe. Tengok dia ni tingat sorg sobat kat kebun pisang hehe

Image hosted by Photobucket.com

Sung Yoo-Ri sebagai Kim Yoo Bin. Cantik manis orang nya. Leh wat nomo 2 :P

Image hosted by Photobucket.com

Cha Tae-Hyun sebagai adek. Salah sorg pelakon fofular gak kat Korea. Ada blakon citer My Sassy Girl.

Monday, April 25, 2005

Selamat Hari Jadi Mohd Nazmi Shah


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mohd Nazmi Shah
Allah selamatkan kamu

Besday Mie esok 26 April 2005 yang ke 8. Semoga dimurahkan rezeki dan rajin belajar...muahssss


Image hosted by Photobucket.com

*bekground lagu Negaraku*

Image hosted by Photobucket.com

"selamat hari jadi Mie ho ho" dari Sinchan



Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com


Image hosted by Photobucket.com

Mie dan rerakan

Wednesday, April 20, 2005

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


*tangan genggam erat paras perut*

Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saiadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saiadah

Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti

(ulang rangkap 1 & 2)

Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Ya Nabi Salamun Alaika
(Rasul Junjungan)

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Telah terbit bulan purnama
Cahaya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

Ya Nabi salamun'alaik
Ya Rasul salammun'alik
Ya Habibi salammun'alik

Kau bagaikan matahari
Cahaya menerangi bumi
Engkaulah permata hati
Bertahta di sanubari

Ya Habibi Ya Muhammad (sollu alaik)

Ya Habibi Ya Muhammad
Penyeri timur dan barat
Kau yang gagah yang mulia
Engkaulah iman kami

Jenuh aku carik lirik lagu ni lam internet tapi tak jupe. Akhirnya jupe dalam Koleksi Nasyid Terbaik Raihan. Terus beli CD dia yeww hehe. Cukup puas hati. Malah lebih dari itewww. Alhamdulillah. Kalu idak tak dengar lagu nasyid ;) Sayu dengar lagu ni. Lagu ni di nyanyikan oleh kumpulan nasyid beramai².

Esok bersamaan 12 Rabiul Awwal tarikh di mana kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita banyakkan berselawat dan memperoleh syafaat hendaknya, insya Allah.

Allah berfirman bermaksud: “De-mi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Diriwayatkan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku, maka seolah-olah dia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
(kopipes dr BH)

Esok juga sambut Maulidur Rasul di Masjid Sultan Abu Bakar JB bersama geng Cik Nai. Ada nasik beryani gam yeww hehehe :P Jupe lagi ari senin. Tata!

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, April 19, 2005

Filem : Rabun (2003)

Apresiasi Rabun di Finas 16 April 2005


Image hosted by Photobucket.com

Berkesempatan menghadirkan diri menonton citer Rabun filem pertama arahan Yasmin Ahmad bertempat di Finas bersama Kak Aidid, Sempoii, Ted juga tak ketinggalan kehadiran sultanmuzaffar Ekceli aku nak bangun bagi komen tapi moderator Encik Ahmad Tarmimi Serigar kata masa dah cukup time. Terus terbantot nak bangun :)

Sinopsis Rabun

Komen aku hanya sebagai seorang penonton biasa yang suka menonton filem. Nak cakap pasal struktur filem ke, runut bunyik ke, photograpi ke haram aku tak reti sebab aku tak pi skola pilem. Bila sebut sekolah filem bermakna filem bukan sekadar hiburan semata². Kenapa perlu ada sekolah filem juga kursus atau matapelajaran mengenai pembuatan filem? Pastinya untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik, berkualiti dan disukai ramai. Menonton pilem boleh mendapat sedikit ilmu sebagaimana diterangkan sedikit sebanyak oleh Yasmin Ahmad hari tu. Ya bener iteww.

Kebiasaan aku menonton pilem aku pergi pada jalan citer dia, para pelakon yang melakonkan watak² mereka juga garapan atau cara persembahan pengarah sesuatu citer tersebut. Dengan menonton filem² mereka kita boleh baca sedikit sebanyak pemikiran pengarah tersebut, konsep pengarahan dia(cth : musti ada penyanyi dalam setiap filem dia ke) , corak filem dia (cth : sokmo jalan citer dia kisah cinta melampau ke atau ada isu kaum dalam filem dia ke), sebab musabab dia membuat filem (cth : utk masuk Mesia book of rekod filem terbanyak di hasilkan dalam masa setahun ke) dan sebagainya. Sekadar contoh sahaja. Penonton Mesia sekarang rasanya dah pandai² belaka dan tahu menilai filem mana yang harus tengok ataupun tidak. Kalau filem tu baik kita promote la suh orang² kampung tengok sama.

Ya citer Rabun ni bertemakan kasih sayang. Konsep kasih sayang yang dikupas secara halus dan tersendiri oleh pengarah. Ada 4 poin yang aku rasa aku tak rabun bila tengok citer ni. Pertama adegan dibilik mandi sewaktu Pak Atan dan Mak Inom mandi bersama. Aku terus tingat kat saranan Datuk Nik Aziz sikit masa dulu (kalau tak silap) menyarankan somi isteri mandi bersama untuk menguatkan kasih sayang antara mereka juga kekerapan bersentuhan antara somi isteri. Maknanya ini bukanlah sesuatu yang ganjil. Kedua mengenai sikap orang Melayu yang memang 'cekik darah'. Adegan simboliknya Pak Atan membunuh nyamuk yang tengah isap darah dia sewaktu Mak Inom tahu bahawa anak saudara dia, Yem melipatgandakan harga buat simen tu. Ketiga, yang ni aku tak bape setuju dengan pengarah adegan di mana Orkid dengan Yassin hanya berdeduan di rumah Okid tanpa ikatan yang sah. Boleh memalukan keluarga kalau kena cekup ngn Jawi nih. Tapi Pak Atan ngn Mak Inom relek jek seolah² 'menghalalkan' perbuatan mereka. Mungkin pengarah ada alasan tersendiri. Point² ni yang aku nak komen tapi tak cukup masa. Keempat nya, terus ingat kat mak ngn ayah kat kampung. Walaupun mak ngn ayah aku tak semesra macam Pak Atan dan Mak Inom, aku percaya mereka bahagia dan gembira melihat kejayaan anak² mereka. Terima kasih.

Melayu yang 'cekik darah'. Memang perit nak akui tapi tu la kenyataannya. Keje tak mo, apa pong tak mao tapi kawin mao. Nak bagi anak orang makan apa nanti lepas kawin? Takkan asyik nak berhutang. Nampak sangat niat dia kawen semata² nakkan 'benda yang besar cawan tu'. Hah apa tu? Kena le tengok citer Rabun ya;). Langsung tak de rasa tanggung jawab. Kesan dia nanti selepas kawen laa *sampai anak dah 3 utang Benggali lom abis bayar lagi * :D

Setelah tengok 2 pilem arahan Yasmin Ahmad Sepet dan Rabun, konklusi yang boleh aku buat mengenai filem² arahan Yasmin Ahmad mcm buah limau yang segar dimana kita terliuq tengok nak makan, bila kita kupas buah tu boleh jupe isi yang elok di dalam dan dalam isi ada bijik yang 'keras'. Err...ni perumpamaan hentam keromo aku jek ek hehe. Sedikit sebanyak boleh gerakkan minda kita sket dengan berfikir dan menoleh semula kehidupan seharian kita. Mungkin tak ramai yang suka filem yang boleh buat kita berfikir sebab mereka hanya nampak filem sebagai hiburan semata² dan tak banyak ekceli filem² kat Mesia yang boleh buat kita berfikir. Apa kejadah nak memenatkan pala otak pikir ek? Tengok je sudah lah. Ada yang hanya suka citer putera raja dengan pompuan cantek yang akhirnya berkahwin, ada anak dan hidup bahagia selamanya tanpa masalah. Citarasa memasing ye tak? Sekian lah saja luahan isi hati saya. Mesreee selaluuu. Buat Yasmin Ahmad selamat maju jaya dalam menghasilkan karya² yang disukai ramai.

P/S : Finas ni tak apdet website dia ke hapa?

Friday, April 15, 2005

KDrama : My Love Patzzi (2002) featuring Explorace Korea



Image hosted by Photobucket.com

*iklan kopipes* :P kebetolan tuan guru kebetolan…sekarang saya adiahkan kedai ini utk dijadikan umah sekolah anak² yatim* :D


Kebetolan dek non...pas je aku abis tengok citer ni, Explorace Episode 13 plak berlokasi di Korea Selatan, jadik aku tau la nama tempat shooting drama ni iaitu di Taman Tema Everland ;)

Makin teruja mao menjejakkan kaki ke Korea Selatan. Tengok Explorace Kamis lepas, aiyo ma nak termuntah pun ada tengok derang makan sutun kurita idop² yang dipotong patblas cicah ngan cili sos. *nyam nyam * (Maksud tersurat aku tak layak masuk Explorace ni hehe) Bukan sutun yang kecik iteww u ols yach. Sutun seperti dibawah.


Image hosted by Photobucket.com

Dialog Dani pas sutun² iteww dipotong "eee idop lagik siot". Amir dah muntah dah. Apa raaa org pompuan stedi jek makan hehehe (dalam ati tuhan aja la yang tau ek). Tapi aku tak puas ati beza wang tunai tempat pertama dan kedua. Macam tak ikhlas jek bg adiah. Penat lebih kurang sama, dah lah tasks dia mcm nak 'bunuh' orang, jarak masa pon tak jauh. Yang menang tu nasib dia kira baik la menang…hmmm (hanya pendapatan saja)

Tahniah pada yang pemenang!

Image hosted by Photobucket.com

Mungkin ada yang dah tengok lama citer ni sebab dah penah tayang kat TV3 sikit masa dulu. Aku tak tengok laie. Citer dia cam Cinderella ala² versi Korea la. Seorang anak majikan kaya, bergaya, ensem, berkaca mata dan suka pakai baju kot. Bapak dia la empunya Everland tu. Suka akan seorg pompuan, Gadis A yang selalu bernasib malang dan serabai. Yang buat dia suka Gadis A ni sebab dia baik hati dan telah menyelamatkan dia sesama keretapi berhias terbakar. Gadis A ni ada sorang kawan baik iaitu Gadis B bersama² satu sekolah, tinggal bersama dalam satu bilik tetapi menjadi musuh dalam selimut. Gadis B ni pulak sorang yang cantek, lemah lembut, ada keja bagus tapi iri hati dengan Gadis A. 

Terbalik kot la plak. Patutnya Gadis A yang iri hati dengan Gadis B. Busuk ati punya olang. Memacam komplot si Gadis B ni buat untuk bagi semua di Taman Tema tu tak suka kat Gadis A. Satu je dia tak buat antor emel layang fitnah Gadis A. :P. Memang mencik tol nengok Gadis B ni walaupun dia ahh cunnyaaaaaaa. Mereka ni semua bekerja di Taman Tema Everland.

Pelakon :

Image hosted by Photobucket.com
Jang Nara sebagai Gadis A(Successful story of Bright Girl)

Image hosted by Photobucket.com
Kim Jae Won (lain drama Romance, 100 days with Mr. Arrogant) esmemnye dia pake spek ngn kot..mcm familiar ini ayat..dengar di mana yaa? huhuhu

Image hosted by Photobucket.com
Kim Rae Won (lain drama Attic Cat, Love Story in Harvad, pilem '...ing', My Little Bride) Ekceli mau nengok seme citer² lakonan dia nih.

Tuesday, April 12, 2005

KDrama : The Nymph and the Con Artist (2003)


Image hosted by Photobucket.com

Drama ni best. Sebab pe aku kata best sebab jalan citer dia lain sket dari drama² Korea yang dah aku tengok. Citer mengisahkan seorang lelaki Jung Jae-kyung lakonan Ahn Jae Wook yang kerjaya dia ialah menipu untuk hidup. Berjaya menipu sehingga tidak meninggalkan kesan. Sukar untuk dikesan. Very derr professional giteww. Tapi of course bukan dia berseorangan. Dia bersama 4 org geng dia yang sehati sejiwa melaksanakan misi tersebut. Depa² ni seme senasib sebatang kara dan pernah masuk penjara kerana kesalahan spt mencuri dll.

Image hosted by Photobucket.com
Ini polis sudah saspek sama dia...hari² datang mao tanyaa

Alkisah satu hari dia berjumpa dengan seorang perempuan dan sudah tangkap cintan sama ini pompuan. Kemdian dia cakap sama ahli kompuan dia yang dia mahu bersara dari pekerjaan menipu ni untuk membina keluarga bahagia. Tapi dalam masa yang sama mereka telah merangka sebuah projek penipuan yang mana kalau depa berjaya alamat tido atas duit utk la 2-3 tahun. Sebuah syarikat gergasi menjadik sasaaran. Terpaksa la dia menyetelkan misi penipuan buat kali terakhir. Projek ni dirangka sebab nak kasik ajar kat dia punya big boss. Big boss ni dia berjaya dan kaya sebab menindas orang meskin dedolu dan kematian ayah Jae-kyung ada kena mengena dengan iteww big boss. Maka mereka pun mula kan la operasi putar alam mereka. 

Image hosted by Photobucket.com
Ampat sekawan

Nak dijadikan cerita awek yang dia minat banget tu merupakan cucu tunggal big boss kompeni tu. Aiyohhh...maka Jae-kyung dalam dilemma. Cemana dia nak buat ek? Awek tu tatau yang dia keja menipu. Maka dia mengambil keputusan drastik memutuskan hubungan sama awek iteww dengan hati yang amat berat. Nak tarik diri dari komplot penipuan tu dah tak boleh. Seterusnya kena tengok sendiri citer ni yach. Tak boring citer ni I tell yeww.

Citer korea ni aku memang saspek (juga lain² citer). Tiada adegan lawak tapi cara mereka melontarkan dialog diikuti dengan mimik muka yang bersahaja, boleh buat kita ketawa. Sangat laaa suka nye kat hero citer ni yak itu Ahn Jae Wook, salah seorg aktor terbaik di Korea. Tapi sekarang dia tak banyak blakon lah kerna tumpu pada nyanyian. Citer lakonan dia pun payah nak carik kat sini. Tak banyak. *tumbok² kusyen pat segi...kuciwaa* Bila mao bikin konsert kat sini? hehehehe


Image hosted by Photobucket.com
terhangat di pasaran


Pelakon :
Ahn Jae Wook (drama Oh Pil-seung, Bong Soon-young, film the Garden of Heaven)
Kim Min Sun (drama Glass Slippers)
Total episod : 20

Monday, April 11, 2005

Filem : Art of the Devil (2004)

Image hosted by Photobucket.com

Seram gak citer ni pasal ilmu itam atau dengan kata lain santau menyantau orang. Mulut keluar belut, keluar pisau cukur seme. *Adehh ngiluu* Sorg pompuan bernama Boom *bek ground musik cik cik kecik kebum boom boom boom bunyik laguu* Boom ada affair ngn somi orang yaitu Incik A. Pas tu pregnant. Bila tau pompuan ni pregnant, biasalah lelaki yang tak bertanggungjawab dia akan cakap suruh gugurkan dengan alasan bukan anak dia. Lepas tu suruh pompuan tu jangan ganggu dia lagi. Hangin satu badan la pompuan ni dan bercadang untuk membalas dendam. Pegi la dia jupe bomoh siam untuk menyantaukan Incik A satu famlili juga rerakan Incik A yang pernah merugul Boom gak.

Image hosted by Photobucket.com
mari mengangkang :P

Alkisah Incik A ni ada 2 minik ropanya. Abis seme famili minik kedua dia pun Boom kasik santau. Memula dia kawen dengan anak lelaki Incik A ni dengan cara nasik kangkang yewww. Jadi anak lelaki tu terguda sama Boom lalu depa kawen. Pas kawen somi Boom ada curiga sama Boom sebab ada jupa ‘tangkal’ dalam beg Boom. Lantas di santau gak la somi dia sampai mati. Jahat nyeee. 

Image hosted by Photobucket.com

Antara yang terselamat choma anak pompuan dan anak lelaki bongsu Incik A dari minik kedua. Anak minik petama seme mati. Anak pompuan Incik A terselamat mungkin sebab dia ada pergi mintak pelindung sama bomoh siam yg lain sejurus berpindah ke rumah peninggalan ayah dia atas nasihat kawan dia. Dalam rumah tu ada roh tak tenteram (yang mana kesemua famili minik pertama mati dalam rumah tu) juga anak si Boom yang mati tak cukup bulan dalam perut. Dia simpan mayat anak dia dalam sebuah kotak. Ada sorg reporter yg esmem (yak ni hero) sedang menyiasat kes bunuh ni pun hendak disantau nya sebab dah nampak warna sebenar Boom.
Image hosted by Photobucket.com
hero esmem...ehem ;)

Pendek kata selagi belum tutup mata santau org je la keje si Boom ni. Dalam islam boleh jatuh syirik bab santau menyantau orang nih sebab telah menganggap ada kuasa lain yang lebih berkuasa dari Allah. Istigfar la bebanyak kalau rasa sakit ati tu. Kena tengok konsenteret citer ni sebab dia banyak flash back.

Friday, April 08, 2005

KDrama : Sweet 18 (2004)


Image hosted by Photobucket.com

Atas saranan beberapa rakan aku pi carik citer ni. Best dan kelakar citer ni depa kata. Ya citer ni boleh dikategorikan sebagai kelakar. Ada kelakar yang serius, ada yang kelakar yang tak di sengajakan, juga ada adegan yang tak kelakar tapi kita tengok nak ketawa hahaha. Pendek kata terhibur la tengok citer ni.

Ok kita citer jalan citer dulu. Mengisahkan hubungan 2 buah keluarga bermula dari pangkat datuk yang ingin mengeratkan lagi ukhwah kekeluargaan lalu membuat wasiat untuk mengkawenkan cucu mereka bila depa dah besar nanti. Jarak usia cucu² depa ni kemain jauh lagik 10 tahun yewww. Hero ngn heroin lah nii.

Image hosted by Photobucket.com

Bila dah beso hero seorang yang berjaya dan bekerja sebagai pendakwaraya terkenal di Seoul manakala heroin masih menuntut dalam tingkatan 5 la cenggitu kalo kat Mesia ni. Seorang pelajar yang nakal dan tak begitu cemerlang dalam pelajaran. Pas SPM malas nak further study, pegi U, dapat lak bakal tunang yang esmem meletop, menggeletis lah dia nak kawen :)

Dipendekkan citer hero bersetuju gak kawen dengan heroin yang baru berumur 18 tawon atas desakan datuk dia dengan syarat pas kawen memasing buat hal memasing. Datuk dia ni pun satu, budak pompuan tu budak lagi tak nyenyabor nak suh kawen dengan alasan dia dah tak lama nak idop. Veri der tak seswai tau atok ni. Depa kawen ikut cara traditional orang kampung Korea iaitu di daerah bernama Andong (dan dan tingat kat Anding hehe)

Image hosted by Photobucket.com
cubit² pipi diaaa gerammnyeee

Kehidupan selepas kawen kena lah tengok sendiri. Kedapatan banyak adegan² yang mencuit hati. Aku paling suka tengok expresi muka terkejut malu depa. Veri the real wan lakonan. Adegan kelakar serius yang aku boleh ingat bila mana geng penjahat nak melarikan ke Amerika. Sempat bawak buku bahasa inggeris sebab nanti senang nak berkomunikasi kat Amerika especially bila nak oder makanan...muahahahaha * terus ingat kat cip pelanduk :P *

Adegan tak kelakar tapi nak ketawa bila tengok bila mana hero balik dari kampung pas atok dia mati memakai tali leher. Mcm nak pi opis daaa padahal nak balik umah je. Kemudian heroin yang doplohpat jam bersanggul tak bukak² waima waktu tidur sekali pun. Sanggul tetap maintain pas bangun tido :D Overall sangat direkemen nontonin nya sambil makan kopok cikedis.

Pelakon utama :

Image hosted by Photobucket.com
Lee Dong Gun (Lovers in Paris, Stained Glass, filem My Boyfriend is B Type)

Image hosted by Photobucket.com
Han Ji Hye (Summer Scents, Scent of a Man, filem My Boyfriend is B Type, Singles dll) sepet ya amaatsss

Jumlah episod : 16
Lagi gegambars

Wednesday, April 06, 2005

Filem : Cinta Luar Biasa (2004)


Image hosted by Photobucket.com

Filem ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah(Nasha Aziz), Husin(Saiful Apek), Adam (Hans Isaac) dan Hamidah (Syanie) telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik. Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta. Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak ‘clumsy’. Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim, Husin atau Adam?
[Synopsis dari www.filemkita.com]

Image hosted by Photobucket.com

Jenuh gak pikir apa yang luar biasa nya citer ni. Luar biasa yang ingin di sampaikan oleh pengarah yang aku leh simpulkan ialah :

Farah yang cantik geboo memilih Husin yang kelabu asap sebagai teman idop nye instead of Adam yang tampan, macho terserta bergaya

Farah yang bekerja sebagai jurugambar di bandar besar memilih untuk tinggal di kawasan luar bandar dan meninggalkan profession jurugambar nya.

Dalam citer ni anda boleh dapati banyak kes dan juga ada kedapatan adegan² yg terpaksa anda senyum kambing iaitu senyum senget sebelah dan berkata...alahaiiii

Elemen Hindustan memang tak dapat lari dalam citer-citer Rashid Sibir. Aura pilem Kuch Kuch Hota Hai ada dalam pilem ni.

Tidak banyak yang dapat diperkatakan mengenai citer ni sebab yang lain-lain adalah biasa saja. Aaa ada satu lagi, kecantikan Langkawi Lagoon sangat luar biasa pada pemandangan aku. Teruja rasanya mau pi sana. Lokasi di Langkawai patut diberi pujian kerna menonjolkan keindahan pulau di Malaysia. Tak dapat di bayangkan sekiranya pulau yang cantik ini musnah dilanda tsunami.

Image hosted by Photobucket.com

*lalalalalalalalaaaaaaaaaaaa seiring dan sejalannnn seindah bunga di tamannnn*

Monday, April 04, 2005

KDrama : Love Story in Havard (2004)

Image hosted by Photobucket.com

Tengok citer ni tingat masa zaman dedolu betapa 'azabnya' kena apal kes² yg tah pape masa blaja sabjek law. Dapat D+ dah boleh buat kenduri kesyukuran. Janji tak repeat paper...hehehe

Drama ni mengisahkan 3 orang pelajar Korea menuntut di University Havard. Dedua hero ambik jurusan undang² manakala heroin ambik jurusan perubatan. Macam kebiasaan citer chentar depa berdua ni tangkap cintan sama heroin dan berlumba menunjuk kepandaian memasing. Perbagai insiden berlaku di U yang mana heroin hampir dibuang U lantas diselamatkan oleh hero, bakal peguam merangkap buah hatinya bekerja keras membela dan membantu heroin dengan mengemukakan hujah² serta kes² yang berkaitan bagi menyelamatkan heroin. (Hero citer ni aku rasa bekerja keras untuk mengapal dialog dalam bahse inggeris...mau ada terkehel lidah dia cakap omputeh. Tak pe pas ni bole blaja dialog kat bawah pokok ngn cik salmah laks :P)

Image hosted by Photobucket.com

Dedekat nak grad heroin berhijrah ke negara lain buat praktikal lalu meninggalkan hero keseorangan. Mereka berpisah selama 3 tahun. Lepas grad memasing balik Korea untuk bekerja. Mereka berjumpa semula di sepital tempat heroin bekerja. Kebetolan hero kena siasat satu kes konspirasi di sepital tempat heroin berkerja. Mereka 'Kembali Bersama' (bak lagu Kaer) menyambung kaseh yang terputus di tengah jalan sewaktu di Havard. Gadoh gadoh berpisah baik semula (agaknya sbb nak cukupkan 16 cd kot). Akhirnya berjaya gak kawen.

Nak masuk penghujung citer seswatuh terjadi pada heroin. Ceh buhsan tol. Jalan citer stereotype mcm citer Autumn in My Heart dan Stairway to Heaven. Balik² heroin sakit. Aper laa ko din. Bikin la jalan citer lain. Nasib baik happy ending. Kalo tak mao aku gigit sampai terbahagi 7 bahagian cd akhir tu. Overall citer ni ok. Jalan citer bertumpu pada kerjaya dan etika seorg loyer dan dokter dan chentar semata².

Image hosted by Photobucket.com

Pelakon :

1st hero, Kim Rae Won sebagai Kim Hyung Woo (Drama lain My Love Patzi, Attic Cat, pilem My Little Bride 16)


Heroin, Kim Tae Hee sebagai Lee Soo In (Drama lain Stairway to Heaven)


2nd hero, Lee Jung Jin sebagai Hong Jung Min (first time tengok dia ni berlakon) 
Total episod : 16

Friday, April 01, 2005

Filem : My Brother (2004)



Image hosted by Photobucket.com
Won Bin baju merah


Hmm bagi aku citer ni kurang 'menyengat' dalam konteks perhubungan adek beradek. Tak de kimia. Walaupun meletakkan pelakon fufular Korea, Won Bin. Aku beli DVD ni sebab nak tengok Won Bin *ehem ehem saya sudah ada DVD player yach* :P

Citer mengisahkan seorg ibu tunggal yang bersusah payah membesarkan 2 org anak lelaki Sung-hyun lakonan Shin Ha-gyun sebagai abang dan Jong-hyun lakonan Won Bin tanpa suami. (dah ibu tunggal musti la tanpa somi hehe) Dedua karektor adek bradek ni berbeza. Si abang sorang pelajar yang cemerlang manakala adek pulak gangster kampung pinang sebatang. Cempien dalam sabjek pergaduhan.

Image hosted by Photobucket.com


Nak dijadikan cerita Sung-hyun ni ada sket cacat, maka mak dia lebihkan perhatian pada Sung-hyun membuatkan Jong-hyun jeles dan berkelakuan liar. Las las Sung-hyun mati dihentam dengan sorg mamat yang down sindrom. Kedai dan ibu mamat down sindrom penah di belasah teruk oleh Jong-hyun, so kira balas dendam jugak la ni. Orang down sindrom pun ada perasaan marah bila tengok mak dia diperlakukan sebegitu rupa. Moral of the stori org jahat dapat balasan. Kalau bukan kat diri sendiri, ahli keluarga dapat balasan. Paling geram orang yang tak bersalah plak mati. Ada ke patot?

Agak boring sket la ini citer. Won Bin dilihat adalah sangat seswai nya berlakon watak nakal juga playboy. However jalan citer dia aku leh kaitkan dengan suatu kisah benar di alam luar pilem.

Image hosted by Photobucket.com

Membesarkan anak² tanpa somi ni kena banyak noo bersabar. Besar pengorbanan. Mak aku penah kata, sib baik la ada ayah kau, kalau tak korg seme tak jadi orang lelebih adek lelaki aku yang bongsu. Memang tak makan saman kalau mak aku sound dia. Sepatah mak tegur berpuluh patah dia jawab balik. Sampai patah hati mak aku di buatnya. Tapi kalau ayah cakap sepatah, suku patah pun dia tak balas. Kelu lidah.Anak² kebanyakkan lebih takut ngn ayah berbanding mak. Dan anak² ada punya ayah lebih 'menjadi' dari yang tak punya ayah. Ada 4,5,6 kisah benar mcm ni yang aku penah jupe.

Image hosted by Photobucket.com

Luah hati ibu prihatin utk dikongsi bersama