Friday, October 17, 2008

KDrama : Loving You (2002)



Synopsis

Jin Da Rae (
Eugene) is the daughter of a female diver in Cheju Island. After her father mysteriously passes away she tries to uncover the truth about his death. One day she coincidentally saves Hyuk (Park Yong Ha) from torrent waters. Hyuk works for an orange farm opposed to his father's wish that Hyuk should take over his resort development business. Da Rae and Hyuk gradually fall in love. However, their love is put to a risky test after Hyuk's half-brother (Lee Dong Wook) also discovers his love for Da Rae. While all 3 of them get entangled in a complicated love triangle, Da Rae finds out that Hyuk is connected to her father's death.
Total episode : 12

Credit :
http://wiki.d-addicts.com/Loving_You_(KBS)


Kita layan drama lama pula. Drama yang diterbitkan dalam tahun 2002. Mungkin ada yang dah tengok. Episode cuman 12 saja. Tak banyak. Lama baru seme nak tengok. Akhirnya sendiri stress sebab tatau mana satu nak tengok. Hiks.

Motif utama saya menonton drama ini kerna 1st hero nya yak itu Park Yong Ha. Lepas menonton beliau di dalam On Air, rasa tak cukup pulak. Hehe. Dan tak tahu pulak Lee Dong Wook turut berlakon dalam drama ini. Dan ada lagi sorang hero yang turut serta memunculkan diri beliau dalam arena lakonan drama. La ni dia pon dah jadi 1st hero. Siapakah beliau? Nanti sesama kita saksikan para pelakon-pelakon nya.

Jalan citer.

Bapa heroin telah menemui ajal sewaktu di dalam perkhidmatan di tempat dia bekerja. Pihak polis mengatakan punca kematian bapa heroin adalah bunuh diri. Kemudian pada satu hari sewaktu heroin sedang mengemas barang-barang peninggalan bapanya sambil mengingat momen-momen indah bersama bapa nya dulu, heroin telah menjumpai diari peribadi bapanya. Di dalam diari itu terkandung ayat-ayat cinta eh ayat-ayat yang memoskelkan. Ayat-ayat tersebut yang jika difahami dengan betul mendatangkan kecurigaan pada heroin.


Photobucket


Isi hati heroin telah menyesyaki seswatuh yang kurang enak selepas membaca diari bapanya. Beliau dapat merasakan ada udang disebalik mee sedap. Dia rasa bapanya telah difitnah sehingga mati. Maka heroin pon pergi la ke pejabat lama bapanya dan cuba bersembang dengan pekerja di situ kot-kot dia boleh mendapat info misteri yang diperlukan yang ada kaitan dengan kematian bapanya. Ya heroin berjaya mendapatkan sedikit gambaran dan klue dari seorang pekerja senior di situ. Pekerja senior itu menasihati heroin supaya tidak mengorek kes kematian itu dengan lebih mendalam kerana master mind dia seorang yang merbahaya lagi berpengaruh. Terima saja la kematian itu dengan pasrah. Ditakuti heroin akan diapa-apakan seperti mana yang telah berlaku pada ayahnya.

Peel manusia ni jika orang kata tak boleh, jangan, lagi la bertambah teruja dia nak buat. Heroin bilang dia akan menyiasat kes kematian bapa nya hingga ke akar umbi dengan sendiri. Dia tidak pedulik. Apa nak jadik, jadik lah. Dia mahu juga teruskan siasatan.

"Jangan monyet jangan"
selam punya selam berjumpa dengan orang...boleh nampak ke dalam air tak pake gogel? tipu nih...mata pedih lagi adoo (dari pengalaman orang yang baru lulus kelas renang hehe)

Kemudian heroin berchinta pula dengan hero. Bapa hero adalah seorang yang kaya, seorang CEO syarikat dan syarikat ini juga merupakan tempat kerja bapa heroin dulu.

Dipendekkan citer, bapa hero adalah master mind yang merbahaya itew.

Lantas, apakah yang terjadi dengan hubungan mereka?

Bapa hero yang menyebabkan kematian bapa heroin.

Dapatkah heroin menerima hero di dalam hatinya selepas mengetahui bapa kekasihnya itew telah menyebabkan kematian bapanya sendiri?

Dapatkah heroin menerima bapa mertua seperti itu yang telah membunuh besannya sendirik?

Harapkan besan, besan tak boleh harap.

Kwang kwang kwang

Anda saksikan la citer ni.

Citer ni berlokasi kebanyakan nya di Pulau Jeju yang kelihatan amat mengujakan untuk ke sana.

Para pelakon pula :




Park Yong Ha as Lee Hyuk

Beliau sebagai anak yang paling tua. Dan seperti biasa beliau akan kelihatan comey pada setiap masa hehe. Bercita-cita untuk menjadi pengarah pilem. Tetiba cita-cita itu terputus ditengah jalan kerana kawan dia mati lemas sewaktu tengah shooting di Jeju. Bot mereka di landa ribut taufan. Beliau nyaris mau lemas tetapi diselamatkan oleh heroin yang sedang menyelam di lautan pada ketika itu. Selepas bersara mengarah pilem, beliau kerja di syarikat bapa nya sebagai pengurus. Dan sini la berlaku nya konflik bila mana kekasih hatinya mahu menyiasat kes kematian bapanya di syarikat itu.

Bak kata pepatah, 'ditelan mati bapak, diluah mati mak'

Episode akhir baru dia tahu bahawa heroin lah orang selama ini dicari yang telah selamatkan beliau dari lemas. Sepanjang episode tak ketahuan, sebab ada pihak ketiga potong jalan yang cuba memisahkan beliau dengan kekasih hatinya.


Eugene as Jin Da Rae

Beliau adalah orang tempatan di Pulau Jeju dan hobi suka menyelam di dasar lautan. Dicintai oleh 2 jejaka kacak. Beliau jugak menjadi mangsa tikam belakang oleh rakan sekolah nya yang syiok jugak sama hero. Drama ni drama pertama lakonan beliau.


Lee Dong Wook as Lee Min

Ni paling tak larat tengok nih ekekeke. Beliau sebagai adik tiri kepada hero. Beliau bersama geng nya mahu menyiapkan sebuah filem sebaba mereka semua adalah pelajar jurusan filem. Semasa menetap di Pulau Jeju beliau berkenalan dengan heroin dan akhirnya kuch kuch hota hai tatapi hati heroin telah terlebih dahulu dimiliki oleh abang tirinya.

Kemudian beliau pon membawa hati yang lara sambil menyanyikan lagu Pupus ini di tepi pantai Jeju


'Baru ku sadariii cintakuu bertepuk sebelah tangannnn'
huk huk

More pics



Lee Yoo Ri as Cho Su Kyong

2nd heroin. Drama lastest dia Mom Dead Upset di KBS World

Dalam ni beliau sangat evil dan hasad dengki terhadap Da Rae. Misi dalam kehidupan dia mau cari pakwe yang kaya raya. Mula-mula dia suka adik. Kemudian bila tahu adik itu ada abang, beliau beralih pula cinta pada abang. Sebab abang yang akan mewarisi lebih harta ayahanda nya.

Walaupun dia sangat jahat tetapi dari segi lakonan, ekspresi wajah nya sangat berkesan.


Photobucket
Kim Ji Hoon as Choi Sung Wook

Hero seterusnya yang sekarang sudah menjadi lead hero juga. Drama terbaru beliau Match Makers Lovers kat KBS World.

Dalam citer ni watak dia tak berapa menonjol. Sekadar nasik tambah



Yang ni pula, Master Hong Gil Dong hehe. Jadik samseng dalam citer ni. Ganasszzz


Kesimpulan yang boleh didapati melalui pemerhatian dalam citer ni ialah pada tahun 2002 warna rambut hero semua kaler perang kekaratan. Kecuali watak samseng berambut hitam hahaha

1 comment:

Unknown said...

jumpa gak drama nie