Disebab kan sarikata episode 7 & 8 You are Beautiful dari WITHS2 lambat keluar maka ambe tertengok episode 1 & 2 IRIS. Jarang layan Mysoju atau Vikii. Tak penah layan pon kot. Tahap kesabaran saya maseh boleh dikawal hehe
Antara sebab musabab nak gak tengok IRIS ialah :
1. Baek Ji Young nyanyi OST. Bila dapat tahu BJY ada nyanyi OST terus berdesup nak tengok drama ni dengan segera. Penangan kesedapan lagu "Bagai ditusuk peluru"
2. Drama yang mahal
3. Promosi besar-besaran. 2 kali PC. Drama lain sekali je PC. Hebat tak hebat
4. Dibarisi pelakon-pelakon drama handalan Korea
5. Ada Encik TOP Speed haha. Pertama kali nak tengok dia blakon. (Top Speed bengkel keta kat opis ambe. Tiap hari lalu mesti tingat TOP hehe)
6. Rating yang melampaui batas. Episode 1 berjaya cecah 25%. Agak memecahkan rekod bagi episode 1 drama baru
7. Lepas tengok episode 1 & 2, boleh layan jugak lah tema jalan cite dia yang agak ganas sikit. Kisah perisikan sepai menyepai, penuh aksi dush dush dusyummm, tembak menembak, bunuh membunuh, bom membom dan tidak dilupakan percintaan bersegi-segi sambil makan roti bom cicah kimci
Bermula di sebuah negara bernama Hungary
Hero telah ditugaskan membunuh seseorang yang penting iaitu Presiden Korea Utara
Misi telah berjaya. Bagaimanapun dia cedera di tembak dan sedang diburu oleh bodigad Presiden itu
Kemudian flash back. Part ni macam East of Eden. Starting drama ganas kemudian bila hero cedera, kisah flash back pon keluar
Kisah 2 orang sahabat yang gagah ni sedang menjalani latihan di kem tentera sebab mereka ni bakal menjadik tentera. Scene ni boleh la kita cuci-cuci mata sket huhu
"Lee Byung Hun, who exercises regularly to keep his body in perfect shape, plays a meticulous spy who never makes mistakes. To fully immerse himself into his role, the actor takes special care of his body. In the upcoming episodes of the series, Lee will appear in difficult action scenes, such as terrorist attacks, satellite tracking and explosions. Lee's powerful charisma and riveting eyes impressed viewers from episode 1." (credit Iris @ Soompi pg 105)
Heroin yang comey tapi ambe agak kureng sket. Tak tahu la kenapa. Dah tengok 2 drama dia Stairways to Heaven dan Love Story in Havard, namun maseh gagal mendapat kesan kimia yang padu hehehe
Dipendekkan cite, 2 sahabat itu kemudian nya di bawa ke satu tempat dan di-torture dengan mesin letrik ni. Ada nak kaji apa tah
Mula-mula di suntik dan kemudian seksaan pon di mulakan
Urat dawai tulang besi. Lepas diseksa dengan kijam, baru mereka diberitahu alasan sebenar mereka diperlakukan demikian.
Mereka sebenarnya telah berjaya ujian menjadi ahli NSS atau nama panjang nya National Security Administration. Eh patut NSA lah kan. NSS ialah organisasi ...(tengok sarikata atas tu). Membenteras penjenayah atau musuh di dalam negara
Rendah sket ropanya Encik Lee ni banding ngan Encik Jung sebelah
Misi pertama menyelamatkan sorang ahli politik dari ditembak
Misi pertama menyelamatkan sorang ahli politik dari ditembak
Jeng jeng, episode 2 baru muncul. Itu pun ciput saja.
Cinta bersegi pun bermula. Menarik perhatian ambe nama watak hero itu ialah Kim Hyun Jun (gabungan Kim Hyung Jun, Kim Hyun Joong dan Kim Jun kekeke)
Kunjungan hormat di pejabat Presiden ambe rasa
Tiba-tiba dia terasa dejavu macam pernah datang ke sini dulu masa dia kecik. Kemudian terbayang mak bapak dia kena tembak. Dan kisah pon bersambung ke episode 3. Sambungan dia penuh saspen. Ambe rasa tu sebab orang nak tengok lagi dan lagi
Keudara di KBS World 303 Rabu minggu depan
OST - Baek Ji Young Don't Forget. Jangan lupa haa
* credit sub WITHS2
No comments:
Post a Comment