Wednesday, March 17, 2010

Hero - Episodes 1 & 2


Episode pengenalan. Mari kita berkenalan dengan cite Hero ni pula. Sapa kipas susah mati Lee Junki jangan ketinggalan menyaksikan derama ini. Dalam derama ini Lee Junki naik pangkat setingkat iaitu menjadik Samchoon (pakcik). Jika sebelum-sebelum ni watak dia sebagai anak teruna yang solo saja, tiada anak sedara tapi dalam derama ini beliau menjadik pakcik kepada 2 orang anak noonanya.

Ambe dah tengok sampai episode 10. Namun langkah ku terhenti kerna sab belom complete lagi. Namun apakan daya, kajang pak malau kajang berlipat, nak tanak terpaksa lah daku bersabar dalam ketidaksabaran. *tak sabar berenang wak*:P

Sementara menanti sab complete mari la kita lihat derama ini berkisahkan apa. Aiman tak kisah berkisahkan apa sekali pon. Yang penting dapat menatap Junki kekeke

Secara umum, cite ini berkisar mengenai profession wartawan dan surat khabar. Tugas wartawan mencari bahan berita atau gosip untuk dimuatkan dalam majelah ataupun surat khabar untuk bacaan rakyat jelata.


Lee Junki sebagai wartawan bernama Jin Do Hyuk. Beliau menyelinap masuk ke konsert Kara secara haram untuk menyenep gambo pasangan selebreti yang hadir ke konsert tersebut untuk dijadikan bahan berita majelah tabloid tempat beliau bekerja


Cameo Kara dengan lagu popular mereka apa tajuk tu


Namun misi dia tumpas. Pihak polis telah menggagalkan rencana beliau. Beliau punya la naik hangin sampai terangkat jari telunjuknya sebab dia telah miss the biggest article in his life. Berita sensasi


Kemudian beliau bertemu dengan bekas mafia, pak cik ni untuk dapatkan berita sensasi. Pakcik bekas mafia ni telah masuk penjara selama 15 tahun di atas tuduhan membunuh wartawan atas arahan Chairman Daese Group itu. Pakcik bekas mafia itu berkeras tidak mahu di-interbiu

"No komen, no komen" jawapan ala selebreti pakcik bekas mafia itu kepada Do Hyuk


Adegan di kedai 7-11. Akak polis ni men-sound sorang budak pompuan sebab baca majalah separa lucah

"If you read this, you'll become stupid" kata akak tu


Dan budak ni pon membidas balik,

"I'm really smart so it's okay for me to become a little stupid"

Aigoo aigoo budak-budak sekarang. Menjawab cakap orang tua ya.

Yang sebeno nya budak ni nak tengok majelah yang diterbitkan oleh syarikat pakcik dia


Makan malam rakyat Korea. Mana la depa tak selim-selim semua kan. Tiada lemak dan kurang kolestrol hehe


Hari-hari kome makan lauk tu ke Junki oii. Aigoo


Akak ni yang menjadik heroin ke-3 Hero selepas 2 heroin sebelumnya tiada berjodoh dengan Lee Junki untuk menjayakan drama ni


Pakcik dan anak sedara dan jiran


Jin Do Hyuk sebagai wartawan Monday Seoul


Monday Seoul telah bengkrap. Tengok muka pon boleh tahu. Ya beliau la pesaing Jin Do Hyuk dalam derama ini. Wartawan juga.


Jin Do Hyuk bersama pakcik bekas mafia ni menubuhkan syarikat akhbar sendiri untuk menegakkan keadilan. Mereka mahu berlawan dengan syarikat akhbar yang terkenal iaitu akhbar Daese Group di dalam melapurkan berita yang benar, tidak tipu dan tidak berat sebelah.

Akhbar Daese Group ini cuma melapurkan berita yang baik-baik saja mengenai Chairman mereka walhal Chairman mereka ada menyimpan udang di sebalik kimci. Udang ni la yang mahu dikupas oleh wartawan Jin Do Hyuk bersama geng nya di Young Deok Daily.


Wartawan pembantu Young Deok Daily yang tidak kurang hebatnya

Samchoon memberitahu anak buahnya yang dia telah mendapat pekerjaan baru di syarikat akhbar Young Deok Daily.

Apakah akhbar Young Deok Daily berjaya di dalam misi mengupas kulit udang Chairman Daese Group itu?

Sama-sama kita tunggu sampai sarikata siap semua

* Credit subs Haruharu

No comments: