Friday, May 30, 2014

Big Man - Episod 1 & 2


Al-kisah maka tersebut lah kisah

Begini kisahnya

Ada sorang mamat ni dia eksiden dan cedera parah. Hero kedua.
Jantung dia mengalami masalah dan perlu menjalani pembedahan organ.
Jika tidak, dia akan koma dan tidak bisa berhidup kembali. 

Bapak dia seorang chaebol (ahli konglomerat) yang kaya raya, hari hari hari raya. 
Dengan kuasa dan kekayaan, bapak dia cuba untuk potong barisan di pusat derma organ tetapi tidak berjaya.  Kena beratur menunggu giliran. 

Untuk menjalani pembedahan dengan segera, doktor suruh tanya ahli keluarga terdekat kot-kot ada yang boleh menderma organ. Kalau dikalangan ahli keluarga, pembedahan boleh dilakukan segera. 

Disebabkan tiada ahli keluarga terdekat yang matching untuk derma organ, bapak dia punya rencana suruh cari  orang awam yang bersesuaian, dan daftar masuk nama dia sebagai ahli keluarga di Jabatan Pendaftaran Negara. 

Nak dijadikan cerita, hero lah mangsanya. 

Hero seorang yang sebatang kara. 
Kerja tetap pon tiada.
Tiada mempunyai ibu dan ayah.
Dibesarkan di rumah yatim. 

Bila dapat tahu ibu dan bapa kandung dia telah dijumpai, dia sangat gumbira.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari. 

Semasa menziarah rumah anak-anak yatim, pengetua bagi nota yang ditinggalkan oleh ibunya. Pengetua pulangkan balik nota tersebut sebab dia telah bertemu dengan ibubapa kandungnya. 

Dari nota itu, dia mula syak ada udang disebalik mee mak jah bahawasanya dia bukan anak kandung sebenar orang kaya itew. 


Dimulakan dengan adegan meneropong


Mamat itu ialah Kang Dongsuk sedang main fesbuk sambil bawak kereta.  Dia tak perasan ada lori tepi tu, lantas gedeganggggg...pom pom keceper kena langgar lori. Dia sebenarnya on-da-way untuk berjumpa dengan makwe dia. Main lagi henfon sambil memandu kan dah kena langgar.

 

Bapak Dongsuk suruh cari orang yang sepadan dengan jantung Dongsuk 


Hero sedang terlantar akibat dihentak di bahagian kepala. Kim Ji Hyuk namanya. Disebabkan hentakan kuat, maka dokter pon announce dead brain. Kematian otak. 


Tiba-tiba sub Indon. 

Secara medical, dead brain itu sama seperti mati. 
     
Sewaktu pembedahan dijalankan, Kim Ji Hyuk di dapati tidak mati. Mati hidup semula katanya. 

*Tak sudi memandang tidak mengapa, kerna ku mengerti aku insan hina* bek ground musik

Ini amat mengejutkan dokter dan juga ahli keluarga Dongsuk. 

"Watdehel. Abistu macam mana?" kata bapak Dongsuk kepada dokter

"Saya tidak boleh lakukan operasi ini kerana ianya sama seperti membunuh. Saya tidak mahu dicop sebagai pembunuh. Saya mahu jadi dokter" kata dokter

Kan. Penat penat belajo medis pastu jadi pembunuh pulak

 

Nota yang Kim Ji Hyuk dapat sewaktu lawat rumah anak yatim yang beliau diami suatu ketika dulu. Nota tu diselitkan di beg baju sewaktu mak beliau buang beliau sewaktu kecik. 

Nota berbunyik :

"Maaf kan saya, saya tahu ini salah dan berdosa. Tapi saya tiada pilihan. Saya tidak mampu untuk membesarkan anak ini tanpa bapa nya di sisi"

Kwang kwang kwang 


Dengan perasan amarah Ji Hyuk pergi serang mereka yang berkenaan. 
Cari mak, mak takde kat rumah
Cari bapak kat ofis, bapak pon takde. Yang ada cuma orang suruhan bapaknya. 

"Apa yang kau nak dari aku sebenarnya? Aku cukup pantang kalau orang menipu tentang mak bapak aku. Kau cakap dengan orang tua tu don play play with me. Arasoo..."


Akhirnya jumpa juga bapa palsu dia sedang berucap di majlis ulangtahun syarikat yang ke 48 tahun. Ji Hyuk terus naik ke atas pentas dan berkata,

"Betul ke kau ni bapak aku? Betul ke bohong???? Jawab, jawab. Kalau tak aku karenkan kau atas pentas ni haaa..."



Di sebabkan tak nak malu dan nak kaver malu, bapak itu mengumumkan Kang Ji Hyuk sebagai Presiden syarikat yang baru secara tiba-tiba.

Jeng jeng jeng...

Kalau ambe lah, purak-purak tak tahu je lah dulu. Tengok sejauh mana bohong mereka boleh pergi. 

2 comments:

PG said...

Happy Birthday Waiem...!
06.06.2014
Semoga DiberkatiNya Selalu. :)

Dah lama tak sggah sini. FB pun saya dah deactivate. Ingat birthday Waiem sbb 06.06 tu... ;)

waiem said...

Terima kasih PG :)

Patut dah lama tak nampak