Thursday, June 12, 2008

Cerekarama : Kalis Cinta


Ok keje dah siap. Bos-bos seme dah pergi menebas rumput. Aman dunia hehe

Ok berbalik pada citer ni ha...hahahaha mintak nyawa tengok citer ni

Saya dah lama carik nak tengok citer ni dari tahun lepas. Sampai ada terfikir nak telefon TV3 nak tanya ada tak keluarkan vcd citer ni. Tunggu kat tv kot-kot ada ulangan pon nan ado. Citer ni ditayang tahun lepas di TV3 slot cerekarama. Tak dapat tengok citer ni sebab masa tu clash ngn konsert AF tahun lepas.

Sebab ada sorang makhluk ni baek punya cocok kata "ko tengok citer ni...adi putra blakon...best...bla bla bla...ngn catriona ross...kelakar...pegi cari citer ni...bla bla bla...adi putra jadi inspekter sahab...''

Sungguh jahat orang itu meluap-luap kan orang. Orang tu tengok citer ni sebab umah dia takde Astro

Dan baru semalam terjumpa kat youtube

Kisah komedi kawin kontrak. Adik nak kawin tak boleh sebab wasiat mak kata tak boleh langkah bendul. Kakak seorang bengis sudah berikrar tidak mahu kawin. Maka adik dan tunangnya gelabah. Dalam pada gelabah mereka berikhtiar juga pujuk kakak supaya bersetuju untuk kahwin. Mereka berencana mahu carikkan suami untuk kakak. Cuma kawin selama 40 hari saja. Kakak akhirnya bersetuju demi adik nya untuk purak purak kawin. Iklan mencari calon suami untuk kakak di keluarkan. Dan berjumpa la dengan calon suami kakak iaitu seorang inspekter polis bernama Inspekter Borhan. Inspekter Borhan ni kawin dengan kakak sebab nak balas dendam pada kakak yang telah kurang ajar dengan ibu nya.

Seterusnya saksikan la citer tah hapa hapa ni. Kelemahan citer ni saya rasa pada skrip nya yang kosong. Lakonan takde masalah. Pakkal je la aku nak tengok Inspekter Borhan iteww. 40 hari rasa seperti 4 hari rasanya. 40 hari macam-macam boleh terjadi. Takkan tak abis gado lagi kot. Tak letih ke ari-ari terpekik terlolong.

Wan Katrina


Inspekter Borhan


Bapak Wan Katrina


Mak Lang


Adik dan tunang adik



Iklan mencari calon suami kakak


Inspekter Borhan mahu menangkap Jerung dan Paus








Sungguh gedebab dia masa ni











Ni la kot lawak sket 'Oii jerung kirim salam'

Peng...inspekter sahab ditembak kuncu jerung...


inspekter sahab terlantar di spital...oh mere bhaiya...

Cadangan

1. Dalam drama atau pilem jika boleh kurang kan la ya adegan kurang ajar yg melampau dengan orang tua-tua. Kita orang Melayu kan penuh dengan adab sopan. Menghormati orang yang lebih tua. Sebab citer kategori U ni ditonton oleh semua lapisan masyarakat

2. Dan juga skrip untuk pelakon kanak-kanak harus la di tapis juga ya. Contoh drama di Astro Prima 'Kau Bukan Mama'. Cuba perati skrip kakak-kanak nya. Budak-budak sekarang memang cakap camtu ek kalu tak suka dengan orang lebih tua dari dia. Dan perati kan pula skrip kanak-kanak dalam Sinetron Indon atau KDrama atau citer Bollywood untuk perbandingan.

Boleh tengok Inspekter Borhan kat sini hehe

P/S : Suratan atau kebetolan
Kawan saya ada beli rumah di sebuah daerah di negeri bersebelah ngn KL. Nak tau tak sapa jiran dia? Inspekter Borhan di atas. Saya cakap ngn kawan itu kalu pindah jangan lupa cakap. Saya dah volunteer nak cat pagar dia. Dengan pagar jiran sebelah skali akan ku tolong cat...muahaha

3 comments:

Unknown said...

kt mne nk tgk.. youtube dah terminated dah semua cite psal kalis cinta ni..

mr.captain queen optimus america elsa prime the saiyan hokage said...

Wlaupon mungkin blog ni dh pupus ditelan fesbook insta twiter tp siapa sangka ada jgk org yg tgk blog ni pd thn 2020 Dan org adalah saya. Ditakdirkan jumpa sbb kalis cinta😊

Anonymous said...

Thanks sbb review..sy carik citer ni thn 2022