Lepas baca
novel, kalau nak banding dengan filem, boleh kata filem tersangatlah short cut
dari novel. Patut ramai pembaca tegar novel Tombiruo ni sentap bila tengok
filem.
Dengar cerita
katanya, filem Tombiruo merupakan ‘dari perspektif lain’. Maknanya lain kali
kena maklumkanlah kat poster samada filem yang diangkat dari novel ini
merupakan samada “adaptasi” atau “inspirasi” atau “dari perspektif lain”. Cakap
biar terang. Jadi pembaca juga penonton sudah bersedia fizikal dan mental
semasa berada di luar panggung.
Adaptasi pula
ada 3 jenis. Loose, faithful dan literal. Sis tanya Prof Gogel. Maka filem
Tombiruo ni boleh kata dalam kategori loose adaption rasanya. Adaptasi yang
longgar.
Kalau adaptasi
yang ketat pula seperti contoh drama Lafazkan Kalimah Cintmu Ku Ryan. Mengikut
sebijik novel. Cuma ada penukaran beberapa dialog yang minima mengikut
kesesuaian keadaan barangkali. Terutama dialog Kak Bong. Haha. Ke-detail-an lain
sis sangat berpuas hati, malah lebih dari itu.
Itu la serba
sikit info adaptasi dari kaca mata penonton dan pembaca.
Membaca novel
Tombiruo ini di tahun 2018 tersangatlah campak belakang. Ada scene terima
telegram. Bila dapat surat telegram bermakna ada sesuatu yang mustahak dan
penting telah berlaku. Zaman Telegram Jabatan Telekom Malaysia. Kau ada di
zaman ni? Kemudian ada scene pasang
kaset dalam kereta. Ada scene hantar surat kepada makwe. Pakwe kat Sabah,
hantar surat cinta ke makwe di KL. Hehehe.
20 tahun dah
usia novel Tombiruo ni. 1998-2018. Kita citer sikit lah apa yang tiada dalam
filem.
1. Baizura
merupakan watak penting juga. Selepas kematian ayahnya Tuan Berham, wasiat
ayahnya menyuruh Baizura mengambil alih syarikat bersama Amiruddin. Amiruddin
awalnya tidak berminat sebab lebih suka jadi Renjer Hutan. Baizura pula ada
konflik dengan ayah dia sebab berkahwin tanpa restu dengan orang belah
Semenanjung di Ganu. Dok Ganu jual kapok lekor. Tapi sebelum mati ayah dia insof
dan mahu Baizura balik di hari raya nanti. Tak sempat bermaafan di hari raya yang
mulia, Tuan Berham telah menemui ajal bersama Salina.
2. Watak nama
Juslan, adik kepada Tuan Berham tiada dalam novel. Sebalik nya yang ada ialah
Omar, adik kepada Bonda (Marlia Musa). Ini lah kot “dari perspektif lain” nya.
3. Wan Suraya.
Semasa membuat tugasan kes bunuh di KL membawa ke Sabah, Wan Suraya telah
berkenalan dengan keluarga Baizura dan Baizura dan mak dia mempelawa Wan Suraya
bermalam di rumah mereka. Lama juga Wan Suraya menumpang di rumah Baizura
hingga terjebak dengan semua hal misteri keluarga itu. Juga ter-kuch kuch hota hei
sama Amiruddin. Kikiki.
4. Amiruddin tak
puas hati dengan kes kematian ayah mertua dan isteri dia. Firasat dia
mengatakan mereka mati dibunuh dengan pembunuhan terancang. Amiruddin mahu
masuk hutan cari bahan bukti. Diajak sekali kawan dia Ondu. Wan Suraya pon ikut
sama. Ondu ni pulak penakut dan mahu minta tangkal azimat dari nenek dia di
kampong sebelah sebelum masuk hutan. Takut terserempak dengan Tombiruo. Nenek
itu bernama Monsiroi. Masa pergi mintak tangkal, Monsiroi terkedu melihat
Amiruddin sebab ada iras mak dia Tobugi. Monsiroi raba belakang cuping
Amiruddin dan ada tanda lahir. Konpem. Inilah bayi yang dia sambut 31 tahun
dulu. Monsiroi pon nanges sambil tepok-tepok dada di rumah. Aku berdosa bah,
aku berdosa.
5. 2 kali Ejim
pergi ke rumah Amiruddin. Jauh jugak dia berjalan kaki tu yek. Nak cari rumah
lagi. Tak de la dia duduk dalam hutan setiap masa.
6. Disebabkan
nak tahu asal usul Amiruddin, Wan Suraya cadang mereka pergi berjumpa dengan
Monsiroi. Amiruddin ni membesar di rumah anak yatim. Dia dengan Salina
merupakan kawan sekolah. Masa pertama kali jumpa, Monsiroi telah memberi reaksi
yang mengejutkan bila tengok Amiruddin. Dan Monsiroi pon bercerita panjang
lebar mengenai kelahiran Amiruddin dan abang kembar dia Ejim. Mak dia kena
rogol dengan anak penghulu. Bila bersalin mak dia mati. Ejim dibuang ke sungai
sebab takut membawa bala kat kampong. Sebab wajah dia bukan wajah manusia.
Manakala Amiruddin diberi pada orang untuk dibesarkan.
7. Omar ni jahat
bebenor. Dia rogol gadis-gadis di KL dan kemudian bunuh mereka. Juga musuh
dalam selimut keluarga Tuan Berham. Jaga-jaga species macam ini. Dia hangin
dengan Tuan Berham sebab ubah wasiat 3 kali dan membuang nama dia. Walaupun dia
adik ipar yang berdedikasi membantu perniagaan keluarga. Kat depan cakap rendah
diri dan zuhud, tak pe lah saya tak harapkan balasan. Saya ikhlas menolong. Kat
belakang rupanya dia menyimpan dendam kesumat mahu membunuh Tuan Berham.
8. Kemudian
Baizura diculik oleh koncu Omar dan mintak tebusan 10 juta. Bonda Baizura bayar
5 juta dulu. Lagi 5 juta kemudian kasi dan Wan Suraya sukarela nak ganti tempat
Baizura sebagai mangsa culik sehingga lagi 5 juta habis dibayar. Wan Suraya
dibawa ke dalam hutan. Dan macam biasalah Ejim datang rescue.
9. Ejim pon
terkejut bila diberitahu bahawa dia mempunyai adik kembar. Dari adik kembar
Amiruddin, Ejim belajar mengenal Allah selepas semuanya berakhir dengan baik
dalam tempoh 7 tahun. Tempoh itu juga kisah cinta Amiruddin dan Wan Suraya tergantung diawang-awangan. Sis tak puas hati
tang ni. Kenapa 7 tahun? Lama sangat buang masa. Wan Suraya bukan makin muda.
Amiruddin ni slow betul lah.
10. Kalau bapak
sis tokei kayu balak, mau sis suruh sponsor balak ke tuan RAM 5 ke 6 batang
balak ke buat modal bikin drama. Sebab kita paham masalah utama is bajet dalam
industri kita ni. Buat la 100 episod macam Dendam Aurora ke. Sebab memang
sesuai buat drama novel ni. Puas sikit boleh tengok Ejim dan Amiruddin. Kekeke.
#KakiDrama
No comments:
Post a Comment