Monday, June 30, 2008

Filem : Sepi (2008)


Apa nak citer pasal Sepi ini ek?

Komen saya, Sepi menggunakan formula yang sama seperti Cinta di mana beberapa kisah yang berlainan dipaparkan dan kemudiannya mempunyai titik pertemuan kebetolan yang sama. Mungkin kepakaran Encik Kabir Bhatia di sini ya.

Jika dulu topik Cinta mengisahkan 'kisah cinta' yang pelbagai, kali ini topik Sepi mengisahkan 'kisah sepi' yang dipaparkan dari beberapa sudut dan ketegori. Beberapa takrifan sepi yang dikupas oleh pengarah.

Adakah sepi ini hanya hadir apabila kita kehilangan seorang atau sesuatu?

Adakah sesetengah dari kita memang ditakdirkan sepi semenjak dari lahir?

Bagaimanakah modus operandi untuk tidak sepi selamanya?

Bila ketikanya sepi amat diperlukan?

Ada ketikanya sepi amat diperlukan untuk menenangkan jiwa, muhasabah diri dan memohon keampunan dariNya.

Kesimpulannya, sepi memang tidak dapat lari dari kehidupan manusia. Bak kata Datuk Jamil Sulong " Sepi Itu Indah "

Kita citer pasal jalan citer nya dahulu.



Kisah 1 - Kisah Adam (Afdlin Shauki)

Adam seorang bujang telajak yang sepi. Beliau sepi kerana member-member lain telah mendirikan rumah tangga manakala dia belom lagi bertemu dengan gadis idaman. Mungkin sebab fizikal nya yang gemuk kot menyebabkan dia terlambat bertemu pasangan hidupnya. Ada perempuan yang single dan availebel tapi tiga suku pula lakonan Nasha Aziz yang merimaskan Adam.

Dan kesepian Adam hilang jua bila dia bertemu jodoh dengan Illyana yang sepi juga. Ilyana sepi selepas majlis perkahwinan dia dibatalkan. Tiada jodoh barangkali.

Untuk kisah ini saja 4 adegan majlis perkahwinan telah berlangsung



Kisah 2 – Kisah Sufi (Tony Eusoff)

Sufi seorang duda beranak satu yang sepi selepas isterinya mati kemalangan akibat kecuaian Sufi sendiri. Sufi berasa bersalah mengakibatkan kematian isterinya sehingga menyebabkan dia berlari (berjogging) tanpa henti hingga menyebabkan kasut Road Runnernya koyak. Sufi berlari tanpa henti untuk melarikan dirinya dari kesepian dan kesalahan yang menghantui diri nya.

Sewaktu sedang membetulkan kasut Road Runnernya yang koyak itu, Sufi berkenalan dengan seorang wanita bernama Marya (Eja) di taman permainan kanak-kanak. Eja seorang isteri kepada Zain yang sepi sering meluangkan masa di taman permainan kanak-kanak itu bagi menghilangkan rasa sepi nya yang belom dikurnia kan anak lagi sepanjang perkahwinan nya 7 tahun. Dengan melihat kanak-kanak yang bermain di taman itu, Marya terhibur.

Dipendekkan citer Sufi kuch kuch hota hai sama Marya, isteri orang. Sufi sanggup menunggu Marya sampai bila-bila. Sufi memikat Marya dengan kata-kata "Saya boleh beri apa yang suami awak tak boleh beri"

Ewah ewah Sufi. Kok ye pong desperado tak de ayat lain kah mau memikat? Huhu




Kisah 3 – Kisah Imaan (Baizura Kahar)

Imaan seorang pelajar kolej yang kesepian selepas teman lelakinya mati dibunuh. Mungkin akibat tidak dapat menerima kenyataan teman lelaki nya dibunuh, Imaan berkeupayaaan melihat dan berinteraksi dengan orang yang sudah mati. Kisah ni ada kejutan sedikit ya. Kejutan apa? Watak Khalil (Pierre Andre) Anda kena saksikan sendiri.

Suka plak Syed Hussein dlm citer ni

xxxxxxxxxxxxxxxxx

Bab yang saya suka


1. Visual dan sinematrografi nya. Cantik

2. Adegan dalam Putra LRT dan sepanjang dalam lrt di mana ada shot luar lrt. Dari masa Ean kejar Imaan hingga Imaan masuk dalam lrt. Menampakan rutin harian rakyat mesia (pelajar kolej) naik lrt. Kalu tak asek la naik kereta mewah kan.

3. Lagu-lagu latar

4. Mekap tidak over. Eja pon macam tak pakai bulu mata pelesu hahaha

5. Tetap tak tinggal rambut pelesu hik. Adegan terlantar di hospital

Skrip / dialog


Bab ni feveret saya jika menonton drama atau filem.

Ada 2 adegan yang saya rasa macam tak berapa kena saja dialog nya. Adegan nya kecil saja tetapi ter-saved dalam kotak ingatan saya

1. Adegan akak jual ikan di pasar

"Zain beli la ikan"

"Sekilo berapa kak?"

"Sekilo RM6"

"Mahal nya"

"Beli lah dulu"


Kalau beli dulu dapat diskaun ke kak? Huhu. Saya rasa penjual ikan kat pasar takkan cakap camni kalu pembeli kata mahal.

2. Adegan Khalil bertumbuk dengan samseng

Imaan terpekik "Khalil, buat apa ni?

Imaan teruskan jerit, "Buat apa ni?"

Eh choppp

"Buat apa nih?" atau "Kenapa nih?"

Tapi saya rasa "Buat apa nih?" Saya kunci jawapan ni

Cik kak oii, orang tu tengah bertumbuk lagi ko nak tanya buat apa. Ko jerit la panggil polis ke macam dalam cite industan. Panggil pak gad ke. Tak pon jerit suh benti ke.

Satu lagi saya tak puas hati, pelakon kanak-kanak Ashraf itu tidak diberikan banyak dialog.

Adegan tergelak kejap.
Mungkin orang lain tak rasa apa-apa. Tapi saja nak tulis gak menandakan saya konsentret dan khyusuk menonton. Adegan di mana Imaan pakai baju pink dan di langgar motokar. Saja la ni selingan. Jangan amek pot sangat

1. Adegan Adam parking keta bertentangan arah masa tengah bawa kek ke kereta nya. Jalan kat situ one way sebenarnya hehehe. Kat depan club Mojo iteww. Kalu bukan Mojo tapi start ngn urup M jugak la * saya tau saya kenal urup ni cekgu...ni kan urup M *

2. Adegan keta Sufi kena hentam dengan kuat hingga sebab kan isterinya mati di depan Bangunan Kurnia Insuran. Kat situ orang tak bawak keta laju rasanya hehehe

3. Adegan Imaan lari mengejar Khalil. Lari dari kolej sampai ke Jalan Doraisamy kekdahnya hehehe

4. Kawasan ni tempat port saya tiap pagi Sabtu Ahad sebab tu tersangat cam. Hehe.

Sapa yang dah tengok Cinta, pergi la menonton Sepi pula dan komen la sendiri ya.

No comments: