Monday, June 15, 2009

Queen Seonduk - Episode 1 & 2


Synopsis
King Jinpyeong did not have any sons to name as a successor to his throne. Thus he named his daughter, Princess Duk Man, to be his successor. The drama will be about the life of Princess Duk Man who was later known as Queen Seon Duk, the first Queen of Silla (wikidrama)

Senduk bukan sebarang senduk
Senduk berasal dari Hanguk
Bukan senduk nasik mahupun senduk lauk
Tapi ini kisah Queen Seonduk

Kisah bermula...jengjengjeng


Watak paling utama sebab dia ni tak tua-tua sampai akhir episode kot. Bayi kembar tu dah beso panjang, muka dia macam ni jugak. Pakai produk muka apa la agaknya...kekeke.
Nama dia Mishil, female leader of the Hwarang


Raja sekarang. Lepas ni dia mati di racun oleh Mishil. Raja ni tahu Mishil tamak haloba dan rakus nak jadi Queen


Mishil dah tak sabar-sabar nak kuasai doniya. Dengan sokongan yang dia ada terdiri dari adik bradik lelaki dia, teman lelaki dia, askar-askar, hulu balang, panglima, pangenam, Mishil sudah bersedia nak jadi Queen


Cucu ini telah mendengar segala muslihat Mishil. Cucu ni nama Prince Baekjeong


Pertabalan Raja baru dan misi Mishil ialah untuk kahwin dengan Raja itu supaya beliau dapat menjadi Queen. Raja baru ni kira bapak sedara Prince Baekjeong. Bukan waris Raja sebenar


Wah besar nya telur dia. Pertabalan di Raja kena angkat telur besar keramat ini.
Sapa pengumpul telur semalaya mesti puas hati kalu dapat telur ni ahaks


Watak seterusnya. Pelakon Boys Over Flowers turut memeriahkan drama ini. Kiri, Maya sebagai isteri Prince Baekjeong, manakala ahjusshi sebelah tu sebagai pahlawan di Raja yang baik hati bernama Munno. Dia ni tak geng dengan Mishil


Watak seterusnya. Tengok muka boleh tahu yang mana baik dan yang mana kroni Mishil. Yaa ahjumma belah kanan tu kroni Mishil. Mana kala yang kiri ialah Sohwa, dayang di Raja yang lurus bendul


Di cepatkan citer, Raja ini tidak mahu kahwin dengan Mishil. Dia sebenarnya bersekongkol dengan Mishil meracun Raja terdahulu supaya beliau dapat naik jadi Raja. Mishil rasa tipah tertipu lantas melancarkan serangan menyuruh beliau turun tahta. Askar-askar yakuza nya dah stendby kat belakang untuk memarang Raja itu jika berdegil. Nampak tak muka askar Mishil yang bengis itu...siap pakai eyeshadow kaler merah. Mishil kemudian bacakan wasiat terakhir Raja sebelum beliau mangkat mengatakan tahta diturunkan kepada cucu beliau iaitu Prince Baekjeong


Tu dia Prince Baekjeong versi remaja. Prince Baekjeong diangkat menjadi Raja baru dan Mishil sudah pasang angan-angan mahu berkahwin dengan Prince Baekjeong itu walaupun beza umur yang ketara sekali. Maya, isteri Prince Baekjeong telah dibawa lari untuk dibunuh bersama ahjussi Munno itu


Namun Maya tidak berjaya mati. Maya yang sedang berbadan dua tampil ke istana untuk bertemu suami nya, Prince Baekjeong. Melihat Maya yang masih hidup, air muka Mishil berubah seperti itu


Makcik ni pon tanya Mishil "Kenapa ko hadap sangat nak jadi Queen ek? Wae? Wae? Ko kan dah berkuasa waima ko tak jadi Queen pon"

Mishil pon jawab "Selagi semua hidupan di atas muka bumi ni tidak sembah aku, aku tidak berpuas hati. Hidup aku tidak akan tenang. Mandi tak basah, tidur tak lena. Aku nak jadi Queen jugak. Arassoo??"


Maya yang hamil dikabarkan akan melahirkan bayi kembar. Mishil dan kuncu-kuncu nya amat gumbira sekali. Kenapa? Menurut kepercayaan di Raja di zaman dahulu,

"Should the King give birth to twins, the lineage of sacred bone (royal) males shall forever vanish"

kata Eochul Ssangsaeng Seonggol Namjin. Senggol senggolan cubit cubitan


Mama Queen sedang meneran dengan gigihnya


Selepas bayi kedua lahir, bayi itu harus di larikan dengan segera sebelum Mishil dapat tangkap mereka dan bayi kembar itu. Sohwa di perintahkan oleh Prince Baekjeong untuk membawa sorang puteri itu jauh dari istana. Pergi la kemana jua asalkan selamat dan tidak mati

"Pheya (Tuanku)...andeyyyy. Pulangkan anak kuuu...pulangkannnn" jerit mama Queen itu ala Ponti Harum Sundal Malam

Keke...bersambungggg


*credit WITHS2

No comments: