Monday, September 06, 2010

Grudge: The Revolt of Gumiho : Episode 1 & 2



Tangan gatal nak meribiu sebelum berhari raya. Kita mulakan dengan citer Gumiho versi ni dulu. Citer Gumiho sshi yang ada Chow Yuen Fatt tu kemdian ok. Kebetolan pulak tertengok 2 citer Gumiho ini serentak. Selang seli tengok sementara tunggu sab. Drama ini ada beberapa tajuk. The Gumiho's Revenge, Gumiho : Tale of the Fox's Child dan yang diguna pakai oleh KBS World ialah Grudge : The Revolt of Gumiho


Mari kita layan episode 1 & 2 untuk mendapat sedikit gambaran drama ni mengisahkan apa.


Al-kisah maka tersebut la kisah (toyyib), pada zaman dahulu sekitar 10 tahun yang lampau ada seorang pakcik ni tersesat di dalam sebuah gua. Semasa berada di dalam gua itu beliau telah terserempak dengan seorang lembaga berbadan manusia berwajah binatang ala musang gitu atau dalam bahse Koreanya ialah Gumiho.


Gumiho itu mahu membaham beliau tetapi pakcik itu dengan wajah kesian menjerit kuat "Ampunkan kami penunggu gua, ampun kan kami penunggu gua..." sambil kedua tangan nya digosok atas ke bawah meminta sorry sorry sorry sorry naega naega naega meonjeo pajo pajo pajo.


Gumiho lantas memberi pengampunan dan melepaskan pakcik itu tapi dengan syarat pakcik itu tidak boleh menceritakan pada sesiapa hal beliau bertemu dengan Gumiho di dalam gua itu sampai bila-bila.


10 tahun berlalu.



Pakcik ini (aka Master Hong Gildong) telah berkahwin dengan seorang pompuan cantik yang ditemui nya di dalam hutan. Pada satu malam yang hening selepas makan malam pakcik ini buka citer yang beliau bertemu dengan Gumiho 10 tahun dahulu kepada binik nya.



Tiba-tiba binik dia keluar taring selepas mendengar citer pakcik itu berjumpa dengan Gumiho. Al-kisah, binik dia ni la dulu Gumiho dalam gua itu. Beliau berkahwin dengan pakcik itu sebab mahu menjadik manusia sejati sepenuhnya selepas 10 tahun. Malangnya lagi satu hari nak cecah 10 tahun, suami beliau pecahkan rahasia. Maka terbantut la binik dia nak menjadi manusia sepenuh masa selamanya. Pakcik itu kemdian mati tokojut sebab selama ini beliau berkahwin dengan makhluk asing ghopanya.



Senario di sebuah kampung yang lain pula. Ada sorang budak pompuan ni sakit misteri. Cho Ok namanya. Bukan Cho "OK" tapi Cho Ok. Matanya hampir buta. Tiada pawang, dukun atau tuan tabib yang dapat menyembuhkan penyakit budak ini. Kuciwa la kedua ibu dan bapanya



However, ada sorang tuan tabib yang menetap di gua ini tahu bagaimana cara nak bagi sembuh Cho Ok. Tuan tabib yang rambut rebonding ni menyuruh bapak Cho Ok mencari budak pompuan yang sebaya dengan Cho Ok. Bukan takat sebaya dari segi umur malahan kena hari dan masa lahir juga sama.



"Aigoo di manakah aku mau mencarik budak pompuan yang sebaya dan sedondon dengan Cho Ok tuan tabib? Then will my Cho Ok be able to live?" tanya bapak Cho Ok, yang tidah kurang kendo nya. Kendo kategori ahjussi. Ambe dah aim dia dalam drama skola tadika Great Inheritance. Ahaks


*Tuab tabib, suami saya sudah 2 hari tak pulang ke rumah. Apa yang saya nak buat tuan tabib? Laki kau memang tak guna punya orang. Kalau dia balik nko mintak cerai sama dia, kemdian kawin sama saya*



Dipendekkan citer ahjumma Gumiho dan anak pompuan nya yang bernama Yeon Yi ditempatkan di rumah Cho Ok dan tolong merawat penyakit Cho Ok.



Dengan rawatan ahjumma Gumiho itu Cho Ok akhirmya dapat melihat seperti sedia kala. Gumbira la seluruh isi rumah pada ketika itu.



Manakala ahjumma Gumiho ini bersama anaknye Yeon Yi membawa diri ke dalam hutan semula sebab depa ni memang tiada rumah tetap.



Dipendekkan citer lagi, bapak Cho Ok meminta Yeon Yi dan emaknya menetap di rumahnya. Bapak Cho Ok ada rencana tersendiri selepas mendengar cakap tuan tabib dalam gua itu. Yeon Yi musti dibunuh untuk mendapatkan hatinya jika Cho Ok mahu pulih sepenuhnya sebab Yeon Yi sebaya dan sedondon dengan Cho Ok dari segi umur, hari dan waktu lahir.


Namun Cho Ok merasa jeles teramat kerna bapanya memberi tumpuan lebih pada Yeon Yi. Cho Ok dengan gedebe nya mengoyak lukisan yang dilukis oleh Yeon Yi itew



Sedey la Yeon Yi dengan perbuatan Cho Ok yang brutal mengoyakkan hasil lukisannya


"Apakah salah ku, apakah dosaku. Tuhan berilah ku petunjuk mu..." Yeon yang sedey nyanyi lagu Pasrah Era Fazira di dalam hati



Tambah brutal lagi Yeon Yi dicampak ke dalam telaga oleh Cho Ok. Walaupun berada di dalam air tapi Yeon Yi tidak lemas sebab dia anak Gumiho. Bila marah dia akan tumbuh taring dan mempunya kuasa sakti yang luar biasa. "Hiiiiii hiiii..." bunyi taring nak keluar agaknye


Kemana tumpah nya bulu dan taring Gumiho kalau tidak pada anak sendiri



Mak Yeon Yi lantas datang untuk menyelamatkan Yeon Yi di dalam telaga.



Di dalam rumah pula Cho Ok telah dirotan oleh ayahanda beliau kerna telah coba membunuh Yeon Yi. Cho Ok pon meluahkan rasa tidak puas hati nya kepada ayahnya


"Halau mereka keluar ayah. Saya benci mereka. Saya benci bila ayah beking budak itu. Why don't you know how I feel????"


Keadaan di dalam rumah menjadi haru biru sebab bapak Cho Ok selalu men-beking Yeon Yi dan emaknya yang mana akhirnya bapak Cho Ok kuch kuch hota hei la sama emak Yeon Yi yang Gumiho iteww dan menjadikkan beliau binik nomo 3 daa. Aigooo...


Bersambung lah...

No comments: