Tuesday, December 30, 2008

KDrama : Great Inheritance (2006)




Synopsis

Kang Hyun Se (
Kim Jae Won) grew up without knowing his father. Due to the lack of fatherly love, he was recruited by a gang and became a third rate mobster. After his mother's death, he inherits a kindergarden, but he must go through a hundred days of training in order to get it, so he becomes an assistant teacher under a kindergarden teacher Yoo Mi Rae (Han Ji Min) and they develop romantic feelings for one another. However, the kindergarden property sits in the middle of an proposed amusement park development, called "Rainbow Park". Hyun Se's boss needs the money from the construction company so he is manipulating Hyun Se's hatred towards his father and threatens Hyun Se's father with the kindergarden Hyun Se has. Little does Hyun Se know that Choi Shi Wan (one of the managers who work for Hyun Se's father), who is the ex-boyfriend of Yoo Mi Rae, struck a dirty deal with Hyun Se's boss and is trying to outscore everyone.

Total episode : 17



Credit : Dramawiki




Cite ni pun boleh tahan jugak best. Selain best drama ini jugak cute sebab melibatkan ramai pelakon kanak-kanak yang comey.

Citer mengenai seorang gangster yang mewarisi sebuah kindergarden atau tadika kepunyaan arwah mak nya. Mak dia tatau anak dia seorang gangster termasyor di bandar itu. Sebab kan tiada anak lain maka mak dia wasiatkan tadika tersebut kepada anak lelakinya selepas kematiannya. Tetapi ada syarat. Sebelum tadika tersebut menjadi milik anak lelaki nya, anak lelaki itu harus menjadi cekgu sandaran selama 100 hari di tadika itu supaya anak itu dapat feel dan aura sebagai seorang pendidik sekolah tadika. Anak lelaki itu bernama Encik Kang. Huh apa Encik Kanggg??? Ya Kang. Tapi Kang lain hehehe


Disebab Encik Kang ini seorang gangster, maka beliau tidak beminat untuk memiliki tadika itu. Apa barang gangster menguruskan tadika. Tak keless gitu. Oleh itu beliau mahu menjual tadika kesayangan milik ibu nya itu tanpa rasa bersalah dan ehsan terhadap usaha dan keringat ibu nya yang telah bersusah payah membangunkan tadika itu.

Penjualan tadika itu mendapat tentangan daripada pihak sekolah tadika yang membangkang keras Encik Kang memindahkan hak mlik tadika itu kepada orang yang tidak dikenali. Pihak sekolah terdiri daripada cekgu besar dan cekgu kecik sangat sayang akan tadika itu. Tadika itu boleh dianggap pemes jugak di kalangan ibu bapa kerana tadika itu salah satu tadika yang popular di antara tadika-tadika di bandar itu

4 pelakon kanak-kanak utama...cute kan baju tadika dia



 Amothen (anyway), ramai usahawan di luar sana yang berminat untuk mendapatkan tadika itu bagi tujuan komersial. Tapak tadika akan dijadikan teman tema di masa akan datang. Sudah ada projek pembinaan yang bakal diadakan disitu kelak. Pendek kata tadika itu bakal dirobohkan dan kurang la satu pusat pembelajaran pra-sekolah di bandar itu

Klimax nya berlaku lah perebutan di kalangan mereka yang mahu mendapatkan tadika itu.


sesi mem-propose Mi Rae songsaengnim (Cekgu Mi Rae) oleh Encik Kang itew menggunakan budak-budak tadika itu hehe



Encik Kang yang pada awal nya tidak berminat pada tadika itu akhirnya tewas dan timbul rasa sayang terhadap tadika itu kerna pelajar-pelajar di tadika itu telah menawan hati gangster nya. Hati gengster nya yang keras dan jahat telah cair dek kerna kecomelan dan kepetahan pelajar-pelajar di tadika itu. Lagi pun masa kecik dulu Encik Kang ni tak pernah pi tadika. Kerana kurang kaseh sayang Encik Kang tak pi tadika dan besar jadi gengster. Mak bapak dia bercerai masa dia lagi dalam perut.

Sekarang Encik Kang mahu mempertahankan tadika itu dari dirampas oleh gangster. Al-kisahnya ketua gangster aka boss Encik Kang dulu juga berminat nak dapat kan tadika itu. Kebiasaan nya citer gengster Korea, ahli gengster akan hormat, akur dan taat setia pada ketua gangster mereka. Taat setia yang tiada tandingan.



Jadi bagaimanakah kesudahan nya?

Berjayakah tadika itu dipertahankan?

Ya berjaya sebab drama ini happy ending lah

Para pelakon nya :


Kim Jae Won as Kang Hyun Se

Ni dia Encik Kang. Kang Hyun Se. Lama dia tak blakon. Ni pon citer 2006.



Han Ji Min as Yoo Mi Rae (teacher)

Ni pula cekgu kecik. Merupakan anak angkat pada mak Encik Kang. Bila Encik Kang nak jual tadika, dia hangin satu badan dan berusaha mempertahankan tadika itu dari dijual seluruhnyaa


Lee Mi Sook as Go Ah Ra (kindergarden director)

Kih kih...ni mak Dong Chul & Dong Wook dalam East of Eden. Selaku cekgu besar di tadika ni. Lain sungguh dia dalam drama ni


Jang Hyun Sung as Jang Man Ho (Nutritionist/handyman)

Ni pulak pakar pemakanan di tadika menjaga hal ehwal kantin sekolah. Nanti di syok sama cekgu besar. Kelakar hehe


Kim Ji Hoon as Choi Shi Wan

Dia ni turut berlakon dalam drama ni. Selaku hero kedua yang berwatak negatip.

Citer ni keluaran KBS. So nanti kalu ada ulangan di KBS World boleh la layan.

P/S : Tingat zaman tadika dulu di 'Tunku Shariah Kindergarten' di Larkin Jaya. Dah pupus dah tadika ni sekarang

No comments: