Tuesday, June 04, 2013

Osozaki no Himawari - Episod 1

Ok kita ke citer Jepun pulak.  Di sebabkan telah menonton drama hantu berturut-turut (Ghost  & Arang dan Yang Arif)  yang sangat menguji fizikal dan mental (cewah) maka saya memerlukan drama yang ringan sikit untuk meredakan emosi saspen saya ketika menonton drama-drama hantu tersebut. Lupakan seketika drama yang mendebarkan-yang- tak-sabar-nak-tahu-ending. Kehkehkeh

Dan terjumpa lah drama ini. Kisah dalam drama ini juga macam menarik terutama lokasi penggambaran dia di luar kotaraya Tokyo. Dan tempat ini saya dah aim nak pergi jika saya berkesempatan ke Jepun suatu hari ini. (Ye ye oo je)

Kisah mengenai seorang anak muda bandar yang bekeje di sebuah syarikat di tengah ibu kota Tokyo. Beliau bekerja sebagai part time saja. Dengar citer bos dia akan naikkan beliau ke full time. Sangat happy la beliau. Tapi sebaliknya berlaku. 

Bos dia cakap dia hanya boleh rekemen beliau ke full time, tapi dia bukan pembuat keputusan. Keputusan sebenarnya ialah beliau gagal naik ke full time.



Lama tak nampak mat tahir ni. Beliau terkejut bila mendengar kebenaran.

"Apaaa saya telah gagal???? Ini tidak adil"

Dan nama dia  ialah Kodaira Jotara.

Hai Kodaira Jotara, 
Nama saya Azura

Boleh buat pantun dua kerat daaa. Kekeke


"Sabar lah. Kumbang bukan sekor, bunga bukan sekuntum, pekerjaan pon bukan ada satu ni je. Watashi yakin tak lama lagi dikau akan dapat pekerjaan baru dengan rupa paras kau yang sebegini. Jangan berputus asa. Gambate ne" pujuk bos itu kepada Jotara


Di satu tempat yang lain, seorang doktor yang iras Natasha Hudson ni telah dihantar untuk bekerja di sebuah daerah kecil di selatan Jepun iaitu di daerah Shimanto dalam daerah Kochi. 

Beliau terpilih kerana beliau merupakan anak jati Shimanto dan hospital di sana amat memerlukan dokter yang muda dan segar kerana hospital di sana kekurangan dokter.

Awalnya dia memprotes tapi apa kan daya dia hanya sebiji mentimun, manakan dapat melawan sebiji durian musang king. Hasratnya untuk bekerja di sebuah hospital gah ditengah bandaraya Tokyo musnah. Dia kena balik kampung. 

*Wohooo hooo balik kampung hati girang*

Orang lain girang nak balik kampung tapi dia tak girang.


Memandangkan gaji beliau yang ciput tidak akan naik, Jotara pon mula untuk mencari bilik sewa yang murah sikit di lawan sesawang bagi menjimatkan kos. Cari punya cari, lapan lagi, sekali beliau ternampak sebuah iklan yang memerlukan pekerja sosial berkhidmat untuk warga mas di Shimanto.

"Alang-alang takde keje apa salah nya aku terai keje ni" kata hati beliau

Dan Jotara berjaya mendapat pekerjaan baru dan harus menetap di Shimanto. 

Kat Shimanto ni kebanyakan penduduknya terdiri dari warga mas yang tengah RTM. 

RTM = Rehat Tunggu Mati

Kerja beliau ialah menolong warga mas itu meneruskan kehidupan. Keadaan geografi Shimanto adalah bergunung ganang dan pengangkutan awam juga sukar di sana. Jadi tugas beliau ialah menjadi drebar kepada warga mas di sana. Tolong bawak mereka pergi ke hospital, tolong mereka angkat barang dan sebagainya.


Ini dia Sungai Shimanto yang terkenal di kawasan itu.  Dan jembatan dia macam ngeri je nak lalu sebab terlalu terbuka. Tak tahu la jalan dia sehala atau dua hala.

Dia dibekalkan dengan sebuah van untuk mengangkut penumpang warga mas itu.



Satu hari ada kematian seorang makcik. Makcik ni tinggal berdepan dengan rumah sewa Jotara. Walaupun baru tapi Jotara boleh ngam dengan makcik tu dan selalu makan di rumah nya dari hari mula beliau tiba di Shimanto.

Jotara merasa sangat sedih dan bersalah sebab sebelum makcik itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, makcik itu telah ajak Jotara untuk makan malam bersama tapi Jotara tolak atas faktor kepenatan. Rupanya itu la kali terakhir Jotara bercakap dengan makcik tu.
  


Yang ni tak paham, boleh bergelak riang ria di majlis pengkebumian sahabat mereka. Mungkin mereka tahu mereka pasti mati suatu hari nanti tapi tak tahu bila. Yang mati biarlah mati, yang berhidup harus la beriang gumbira. Malam ini kita menari rumbaaaa


Bagi mengobat rasa kesedihan Jotara pon pergi berkenu kenu reeves di sungai Shimanto bersama dokter itu


Ala shomei shomei nya dia huhu

4 comments:

Unknown said...

tomaaaaaaaaaaaaaaa...aigooo cute pulok dier nih,..

Anonymous said...

one the most inspiring drama i ever watched...hihihi..scenery pun cantik, rasa macam nk pegi shimanto tengok sdiri 'sinking bridge' tu..memang nampak seram :D...

waiem said...

ashie, kan dia meme dah lama cute...hehehe

waiem said...

cik anon, kan cantik kan scenery dia & the bridge tu rasa gayat je nak lalu hehehe