Tuesday, July 12, 2011

You've Fallen for Me - Episode 1


Agak selow citer ni. Atau mungkin saya menonton nya di pejabat. Kejap kena pause, kejap kena pause sebab line tak clear. Mengganggu ketenangan betol. Patutnya taim rehat boleh la kita berehat dari membuat kerja pejabat dan membuat kerja kita pulak kan hehe.


Apa-apa pun memang nak sangat menonton drama ini. Mungkin tertarik dengan aktor dan aktres nya.


Mengisahkan kisah pelajar IPT di dalam jurusan muzik. Sang heroin amek mujik tradisional, manakala sang hero amek mujik moden. Maka akan bertembung la dua ahlil mujik ini di dalam rancangan mujik-mujik kat tibi tiga nanti...kekeke

*Apaaa ahlil mujik??? Pantang datuk nenek aku ahlil mujik..*


Kisah bermula di Pulau Jeju. Heroin bernama Lee Kyu Won pegi teman atok nya yang ada seminar muzik di sana. Sampai sana dia mintak atok dia sedikit wang. Atok dia bagi 10,000 Won.

"Seploh ribu mana cukup haroboji. Bagi la lebih sikit. You are my pren"

 

"Tak elok orang muda selalu naik teksi. Sekali sekala kena naik bas"
kata haraboji yang bernama Lee Dong Gun dalam drama ni. Cewah nama hengsem. Cucu itu terpaksa akur dan dia pon memulakan xpdc me-round Pulau Jeju.




Nak di jadikan pengenalan citer, hero juga sedang berpoya-poya sorang dirik di Pulau Jeju. Beliau bersiar-siar Pulau Jeju sambil menaiki basikal. Kemudian beliau pon menangkap gambar.

"Chop, chop nanti jangan amek gambo ambe. Ambe nak tacap dulu" 

 

Berlokasi di dalam kelas. Lee Shin nama nya. Mengambil jurusan mujik. Waktu ini beliau sedang tido di dalam kelas. Selepas selesai heroin membuat persembahan muzik tradisional, pensyarah tanya beliau. Apa pendapat beliau mengenai persembahan muzik tradisional yang dimainkan oleh Kyu Won.



 

Dengan wajah yang mengantuk, Lee Shin menjawab "Saya tak pasti tentang itu tapi yang pasti saya nyenyak tido sewaktu persembahan itu"

Kyu Won memandang Lee Shin dengan wajah yang bengang "Nanti kau"



 

Haraboji seorang yang anti muzik Barat.


 

Ayah Kyu Won ini seorang pemuzik muzik Barat dan sering kirim CD lagu-lagu Barat kepada anaknya. Atoknya amarah dan telah buang semua CD-CD lagu Barat milik cucunya ini.

"Kalau bapak kau dah banyak sangat duit, suruh dia bagi kau duit elaun lebih. Tak payah bagi sidi-sidi yang mengarut itu. Sidi oraza pon aku tak nak terima. Arasoo" kata atok kepada cucunya itu



 

Membuta lagi. Kali ni di dalam perpustakaan


 

Ada sorang peminat bagi hadiah kepada Lee Shin tapi Lee Shin enggan menerima. Kyu Won ekori Lee Shin nak bagi hadiah itu. Lee Shin cakap,

"Kalau ko nak hadiah itu kau ambek la. Kalau tak nak sila buang dalam tong sampah"

"Aweks tu bagi kau bukan bagi aku"


"Aku dah tak larat nak layan dorang ni. Tiap hari ada je orang mengaku cinta kat aku. Mak letih nyah. Aku tau la aku lelaki hengsem dalam kampus ini"

 

"Kome-kome semua tak paham perasaan teman"
Lee Shin sambung cakap




"Aku tak suka orang yang hodoh. Dan kau jangan nak kejo aku lepas ni. Aku bako kang"

 

Rupanya Lee Shin minat kat sorang pensyarah tarian ni. However, pensyarah ini suruh Lee Shin jangan menaruh harapan Jeton Sameon kat dia. Pensyarah itu suruh Lee Shin menyukai aweks lain yang sebaya

"Shiroh. Aku tidak mahu. Cinta itu buta, tidak boleh dipaksa-paksa" jelas Lee Shin dengan tegas.

Ferassss la semua aweks-aweks kat kampus itu





Kyu Won berlatih muzik bersama rakan untuk show amal akan datang




Lee Shin tidak hadir untuk menyanyi dan beliau menggantikan tempat nya. Lee Shin ni juga penyanyi sebuah band yang bernama The Stupid. Aigooo brape punya bodoh daa

"Setupid...Setupid.."jerit peminat-peminat bila tak nampak kelibat Lee Shin di atas pentas.




Lee Shin sebenaunya ada hal kecemasan tidak dapat hadir pada persembahan amal tempohari. Dia kemdian mencarik Kyu Won untuk pulang kan duit konsert.


"Lepaskan tangan aku sebelum aku dush dush kau"

Bersambung...

No comments: