Salam PT haha. Akhirnya yang ditunggu tiba jua. Saat yang dinantikan. Saat meroyan berjemaah hahaha. Sapa yang mahu join meroyan, sila la menonton drama ni sekarang. Pandai-pandai la carik online sama ada di utube, viiki atau my soju. Kalau nak versi kualiti baek punya, high quality (HQ) , sila la donlot. Bila donlot kita bole simpan buat kenang-kenangan. Kenangan terindah. Apa guna ada berokben kalau tak donlot. Adnan Sempit pun ambe dah berjaya donlot. Begitu juga Awang Lembing Pulang Ke Dayang. Tak larattt. Dah miss kat wayang terpaksa la donlot. Sori la ye.
Berbalik pada drama Personal Taste (PT) ni. Drama latest lakonan mat tahir pojaan ramai, siapa lagi kalu bukan Lee Min Ho. Mat tahir sepanjang hayat rasanya sebab dah lihat secara langsung pada sapa yang berkampung di Sungai Wang tahun lepas. Hehehe Selagi kau menten humble dan tak terlibat dengan dadah.
Drama ni bertema kan gay. Berdebo gak nak tengok sebenonya. Kot-kot ada aksi gay terlampau. Tapi versi drama rasanya tak de. Kalau ada, apa lagi yorobun, meroyan la kita. Kekeke
Drama mengisahkan setakat yang ambe dah tengok sampai episode 2 ni :
1) Kisah kawan baik perempuan caras boipren kawan baik sendiri dan akan berkahwin tapi tak kesampaian
2) Kisah wanita yang dimainkan perasaannya oleh lelaki. Wanita itu ingat lelaki tersebut kuch kuch hota hei sama dia. Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya guruh berdentum di tengahari (ala sound efek bollywood untuk adegan memeranjatkan). Lelaki itu tidak mencintai dirinya. Tapi yang ambe sikit hangin, takkan la kita wanita-wanita biasa seperti Kris Dayanti tidak leh detect kalu lelaki tu tak suka kat kita. Apa lagi belah la, carik mat tahir lain.
3) Cinta itu buta, tidak mengenal lelaki mahupun wanita. Tidak semestinya lelaki jatuh cinta sama wanita. Lelaki juga bisa jatuh cinta terhadap sesama lelaki. Mungkin lelaki yang di cintai itu terlebih jambu barangkali. Jambu air atau jambu batu, ambe pon tak pasti.
4) Kisah tuan rumah perempuan yang mencari penyewa bilik dan terpaksa menerima housemate lelaki sebab housemate lelaki tersebut di gossipkan sebagai gay. Jadi tuan rumah berasa yakin tidak akan di apa-apakan seperti di perkosa dan sebagainya. Sebab gay kan tak taste kat pompuan
5) Lagi apa ek. Oh ya kisah keje. Berebut mendapatkan projek itu dan projek ini. Orang jahat mesti dengki dengan hero yang kacak bergaya
Di mulakan dengan heroin bergegas ke tempat kerja sebab dah terlambat. Ni shot dari sisi ni umah heroin. Umah heroin yang dikatakan recycle rumah Ji Hoo sunbae dalam Boys Over Flowers. Ambe tak sempat nak men-csi-kan umah ni. Nak kena korek mana aku letak CD BOF
"Oppa, how could you turn down a sexy temptation like me?"
Oppa jawab, "You think everyone who takes off their clothes is sexy?"
Alah Oppa sudah gaharu cendana pula. Tanya la Siwon kenapa suka bukak baju. Sexy maaa. Eh ke citer lain plak. Mianhe...kekeke
Pertemuan pertama di dalam bas awam. Arkitek pi keje naik bas awam sajor. Mesti banyak saving ni. Ambe nak tengok last episode cite ni, adakah ending mereka di dalam bas juga. Tah... ambe nye instinct rasa ending dalam bas jugak hehehe
Pelakon-pelakon extra jadik penumpang bas tu mesti syiok kan dapat blakon dalam drama ni.
Dipendekkan citer, si teruna yang melulut itu merayu-merayu kepada cinta hati nya supaya menerima dia seadanya.
"Hyunggggggggg jangan pergi. You don't know what love is. Kau kijam hyung kau kijam. Apa aku tak jambu ke hyung?!"
Scene ni saja je kan. Antara scene yang tak perlu ambe rasa. Baik btol kawan tu sampai nak betolkan zip seluar kawan dia...kekeke
Episode 2. Kawan baik tersebut menjalani hubungan sulit dengan boipren kawan sendiri hingga mereka nak kawin.
Perkahwinan terpospon akibat salah faham. Gamba ni ambe dedikasikan kepada peminat drama You're Beautiful. Molek je orang yang hujung tu posing sopan sambil tengok laki bini bergado. Hahaha
Dalam drama Korea ni antara scene yang ambe suka tengok ialah scene bapak pukul anak bila anak buat salah walau anak tu dah beso panjang. Beriya pukul, sepak terajang dan anak tu hanya diam. Mungkin anak tu carut dalam hati. Tak berani carut depan bapak. Derhaka kang. Carut sebab sakit kena pukul hehe. Itu la kuasa bapak terhadap seorang anak. Mahu membetulkan anak nya.
Ok ni scene depan umah heroin dari sisi sini plak. Kalau tak silap ambe Junpyo ada panjat tembok umah Ji Hoo sunbae kan? Tembok ini kah?
Oh seluar senteng telah dikaber oleh sarikata. Malang sekali.
Sisi dalam "Sanggojae" (nama umah heroin), yang menjadik rebutan ramai. Adegan men-sain tenancy agreement. Cam ne tah nak cakap konsep umah Korea ni. Dari luar nampak macam sempit tak de tanah. Bila dah masuk dalam luas la pulak. Boleh main badminton dan ram ram rep daa
Housemate lama heroin kembali semula ke rumah sewa dengan hasrat nak menetap balik di bilik lama dia. End up nya mereka bergaduh sebab kes kebas pakwe hingga mengganggu penyewa baru itu
"Kau jangan ada hati nak ngorat dia. Kalau kau mati, lepas tu hidup balik pon, dia tak taste kat kau."
"Cho namja...gay-yah (That man is gay)"
Dan beliau pon tersentak pabila mendengar tuduhan gay-yah (ikut style heroin cakap). Oh ambe ingatkan dia yang purak-purak mengaku dia gay sebab nak menyewa bilik tu (dari bacaan sinopsis sebelum ni). Rupanya orang lain yang dapat kesan aura ke-gay-an beliau dan menuduh beliau gay.
Drama ni diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama
Drama ni diadaptasi dari novel dengan tajuk yang sama
Bagaimanakah kisah seterusnya? Saksikan di episode seterusnya.
Umumnya ambe nak lihat Lee Min Ho keluar dari imej Goo Jun Pyo. Dalam drama ni walau ada nak iras watak Junpyo sket dari segi ego dia, eksyen dia, cool dia, poyo dia, tapi ada kelainan sebab Jeon Jin Ho merupakan seorang yang ada misi, visi dan wawasan dengan pesen rambut tersendiri dan juga pesen seluar tersendiri iaitu seluar senteng. Jeon Jin Ho mahu berjaya dalam profession arkitek dia dengan usaha dia sendiri. Macam Junpyo celik-celik mata je dia dah jadik anak orang kaya, kapal di laut gedung di darat dan kita sedia maklum watak "Goo Junpyo" merupakan watak remake. Orang akan banding dengan Junpyo Jepun dan Junpyo Taiwan. Manakala "Jeon Jin Ho" kali ni dia sendiri sorang dia.
Adakah beliau sukses membawa watak ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang? Sama-sama la kita lihat. K-Drama yang musti di tonton! Kalau minat Lee Min Ho la. Kalau tak minat, tak dapek den nak nolong eh.
No comments:
Post a Comment