Waiem

1Malaysia 1Korea 1Ribiu


Tuesday, January 10, 2012

Happy besday Mak




Selamat hari ulangtahun kelahiran buat Emak tercinta Puan Fuziah binti Othman yang ke 64 tahun pada hari ini. Sehari awal dengan besday Siti Nurhaliza hehehe

Semoga Mak diberi kesihatan yang baik sentiasa agar tenang dan nyaman melakukan ibadah-ibadah seharian.

Semoga Mak dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah sentiasa.

Semoga Mak sentiasa happy dengan kehidupan seharian.

Lepas dah jadik Mak ni baru tahu lebih erti pengorbanan seorang Mak terhadap anaknya dahulu dengan lebih mendalam.

Mak saya antara Mak yang volunteer nak duduk rumah orang tua-tua sebab tak mahu menyusahkan anak-anak katanya.

Mak cakap "Nanti Mak dah tua korang hantar mak dok umah orang tua-tua. Tapi carik rumah orang tua-tua yang 5 bintang. Kalau korang senang bila-bila boleh jengok Mak. Mak nak beribadah pon senang. Kawan-kawan pon ramai. Duduk dengan anak-anak nanti terkecik hati. Kalau Mak kecik hati anak akan berdosa. Lebih baik korang hantar Mak kat rumah orang tua-tua"

Begitu tinggi dan besar pengorbanan seorang Mak yang tidak mahu anaknya mendapat dosa sebab mengecikkan hati Mak nya.

Alahai Mak, ai luv you very strong

Selepas membaca artikel yang sungguh menginsafkan INI saya telah tidak lagi mengeluh atau memberi 1001 alasan di atas segala kemahuan dan kehendak Mak.

Kalau dulu salu bagi banyak alasan. Penat lah, nanti-nanti lah dan sebagai nya. Kini segala apa kehendak dan kemahuan Mak akan cuba saya tunaikan janji Mak happy (tapi tak termasuk hantar Mak kat rumah orang tua-tua tu la hehehe). Sebelum Mak pergi dari sisi saya selamanya. Agar saya tidak menjadik anak durhaka dan menyesal dikemdian hari.

::

Wednesday, January 04, 2012

Tahun baru, waktu keje baru




Tahun baru kali ni dimulakan dengan pengumuman waktu keje yang baru oleh pihak majikan yang mana telah menghepikan seluruh warga kerja di sini terutama saya.

Bak kata pepatah, kerana nila setitik, semua dapat balik awal. Kekeke

Di akhir tahun lepas 2011 satu usul telah diusulkan di dalam mesyuarat pengarah-pengarah.

Usul aka cadangan itu telah diusulkan oleh seorang staf marhaen yang kais pagi makan sarapan, kais petang makan malam.

Usul berbunyik seperti berikut,

"Tuan, saya nak mintak balik awal la pukul 5. Hari-hari balik jem tak larat la. Kalau nak potong gaji pon potong la. Janji balik awal. Dah la sekarang musim hujan. Lagi pun sekarang bukan banyak keje pon. Kalau banyak keje kita stay back la. Kalau tak de keje kita balik awal. Kos letrik pon jimat. Amachiem?"

"Hmmm bagus jugak cadangan ko ni. Saya pon jem jugak nak balik Nilai hari-hari. Nanti saya bawak usul ini di dalam meeting" jawab bos kecik yang berpangkat Mejar bersara itu yang menjadi orang perantaraan di antara bos besar dan staf marhaen

"Kalau tak boleh balik awal nampaknya saya terpaksa carik keje lain yang dekat dengan umah. Rasa macam tak berbaloi pulak hari-hari tempoh jem pegi dan balik keje. Rezeki ada kat mana-mana, Insya Allah. Tapi masa yang terbuang tengah jalan tak dapat ganti balik. Bak kata pepatah masa itu emas Tuan"

Skrip kena power untuk meyakinkan majikan. Kekeke

Pum pang pum pang *bek ground bunyik majikan bermesyuarat dalam bilik mesyuarat*

Sejam lebih telah berlalu.

"Baik lah Puan Waiem majikan dengan ini telah setuju di atas usul anda. Kita kasik balik awal 4.30"

"Apaaaaaaaaa?!!! Saya mintak balik awal pukul 5, tapi bos kasik balik 4.30 petang. Yahooo. Alhamdulillah"

Demikian lah coretan gumbira saya di awal Januari tahun 2012.

Kini waktu keje baru saya adalah dari 9 pagi hingga 4.30 petang. Pulang awal sejam dari tahun-tahun sebelumnya.

Terima kasih kepada bos-bos yang memahami staf dia hari-hari mengalami kesesakan lalu lintas nak balik keje dari Subang Jaya Selangor ke Datuk Keramat Kuala Lumpur.

Waktu pagi pegi keje tak berapa jem. Kalau jem sikit pon kat Jalan Tun Razak depan IJN itew. Kemdian lalu Federal Hiway. Jem ikut nasib. Kadang kat depan Avon jem sikit, kadang tak. Keluar rumah jam 8.15 pagi, sampai pejabat ngam-ngam 9 pagi. Kadang terlajak sikit. Terlajak lebih pon tak pe sebab sini takde guna sistem punch card...ooo cepat.

::

Wednesday, December 28, 2011

Minggu drama awards


Seperti biasa setiap hujung tahun akan berlangsungnya anugerah derama-derama. Dukacita dimaklumkan pada tahun ini penyertaan hamba dalam melayan k-drama semakin berkurang dari tahun-tahun sebelumnya.

Dulu ramai jugak yang tegur,

"Eiii uols banyaknya masa layan drama.."

"Rajinnya diaaa meribiu drama korea.."

"Gigihnya dia apdet blog"

Namun, malangnya segala skrip-skrip itu hanya tingggal kenangan. Kenangan di zaman silam.

Moral of the stori, pada sesapa yang masih single dan belom beranak pinak, sila la layan hobi anda semaksima yang mungkin. Hobi layan k-drama. Sebab lepas dah berumah dan tangga, masa untuk melayan hobi kita dah semakin kurang. Tambahan kalu dah ada si kecik yang boleh tahan lasak, yang tak reti dok diam, hasrat untuk mengadap k-drama terpaksa dipendamkan. Ala-ala lagu ku pendam sebuah duka...hehehe

Dalam pada dukacita tu sempat juga ushar beberapa drama pakwe-pakwe hengsem sepanjang zaman. Kekeke. Sempat layan sampai akhir episode sebab jalan citer yang menarik.


Ambe harap beliau akan menang besar nanti sebab drama ini sungguh ngetop sewaktu tayangan nya dahulu


Chal chal chal mere sathi...oh mere hati...oh pojaan hatiku. Kemain lagi naik gajah ko yek. Tak takut ke...


City Hunter (SBS) yang sentiasa mat kool


Ok ini satu lagi drama yang sempat layan. 49 Days (SBS). Hit jugak drama ni. Hajat di hati nak ribiu tapi cam biasa la tak sempat. Agak berlainan jalan citer nya. Sungguh menusuk sembilu. Banyak elemen-elemen seprais dalam drama ni. City Hunter pulak banyak elemen-elemen saspen


Drama ni pula Lie To Me (SBS)...aigooo hampagas. Tengok sampai episode 7 lepas tu macam tak mampu nak sambung balik, walaupun dibarisi oleh hero pojaan hati, jantung dan peparu. Ini jelas membuktikan wajah pojaan yang tampan saja tidak mampu menarik minat menonton jika jalan citer drama nya tidak tampan setampan heronya.

"Kang Ji Hwan sshi, mianhe. Ambe tunggu drama mung yang akan datang pula. Tolong jangan hampa kan jiwa dan raga ini lagi"

Kekekeke

Antara drama 2011 lain yang sempat ushar tapi tak abis tengok :

You've Fallen for Me (MBC) - Yong Hwa sshi, mianhe jugak. Macam lembab je ambe tengok drama ekau ni

The Greatest Love (MBC) - Lagi 2 episode nak tamat

My Princess (MBC) - sangkut kat episode 10

Sekian, hepi new year yorobun

::