Monday, March 20, 2006

Mencari Abdullah


UPDATE Harian Metro 23 Mac 2006

 
Begitu la tajuk cerekarama TV3 Sabtu lepas. Plakon best². Eman Manan, Rozie Rashid, Kazarudin, Sheila Rusly, Harun Salim Bachik, Dilla Ahmad dan 2 orang pelakon kanak² yang sangat berbakat. Nama sapa tah lupa. Yang pompuan aku ingat nama dia Putri ehem Nasuha (ehem sbb tak ingat) Blakon jadik adek bradek. Yang akak Along. Yang adik jadik Adik. Aku suka tengok lakonan budak lelaki ni. Ini la plakon kanak² yang kita carik tuan director.


Pengarah dia tak brape kenal Sharulezad ke nama. Yang menarik perhatian penerbit dia Zaitun Mohd Jiwa. Terus teringat kat Cik Siti Nurhalijah keh keh keh.

Jalan citer dia biasa jek. Yang best olahan citer siapakah Abdullah yang dicarik². Memula ingat dia tapi akhirnya rupanya org lain. Memang tak sangka. Sesuatu yang tak boleh diagak. Itu yang aku rasa best. Juga tiada adegan yang boleh buat ko rasa nak tunjal pala sendiri sensorng depan tv bila tengok cam citer Mya Zara.

Citer mengisahkan 2 orang budak, Along (buta sejak lahir) ngn Adik, dari kampong yang ingin mencarik ayah mereka bernama Abdullah lepas kematian mak mereka. 40 minit pertama men tukar² chanel ngn Macam² Aznil. Tak bape nak focus. Tetau Along ngn Adik dah sampai KL.

Maka bertanyalah Along ngn Adik ni pada orang yang mereka jumpa kat KL. Kalau tanya aku mau kena peng budak² ni. Hahaha.

"Akak akak kenal tak bapak saya nama Abdullah?"

Apa nak jawab?

Adek lapar. Duit dalam poket ada 60sen. Singgah kedai roti canai. Harga roti sekeping 90 sen. Maka Adek oder tiga suku roti canai yang dapat harga 60 sen. Air tak oder sebab duit tak cukup. Bila waiter tak nampak Adek amek sisa air sirap bandung menom ngn Akak dia. Kemdian teruskan pencarian ayah mereka bernama Abdullah.

Kemdian secara tak sengaja mereka ke sebuah car wash untuk minum sket air paip. Diherdik oleh empunya car wash iteww lakonan Kazar sebagai Abg Dol. Dia ni aku suka tengok dia blakon. Sayang tak penah menang Plakon TV Popular mahupun Terbaik. Very derr natural lakonan dia.

Abg Dol halau depa. Adek plak datang satu idea mintak keje ngn Abg Dol sebab nak kumpul duit cari ayah mereka bernama Abdullah. Abg Dol amek depa kerja dengan syarat tak de gaji cuma dapat makan. Sejak dari itu keje la depa ngn Abg Dol dan menetap kat stor car wash yang macam sarang tikus iteww.

Abg Dol ni rupanya ada hutang ngn Along (ada 2 Along lam entry ni...pepaham sendirik la yek huhu) Kena blasah la dia ngn Along sbb lambat bayar utang. Satu malam dia balik mabuk. Nampak kaki Along yang tersingkap sket. Terus rasa nak rogol Along yang buta dan sangat kesian iteww.

Moral of the adegan : Jangan minum arak sampai mabok yach. Kalau larang kata arak iteww haram depa minum gak. Sebagai mengikut suruhan Kerajaan untuk mengubah cara hidup akibat petrol naik 30 sen, kurangkan minum arak. Arak mahal. 


Balik semula citer Abg Dol nak rogol Along. Along menjerit dan datang la Adek dari toilet menyelamatkan Kakak dia. Diketuknya Abg Dol ngn cebuk dan gigit bahu Abg Dol. Abg Dol marah lantas dirampasnye rantai pusaka yang Along pakai. Rantai tu saje tanda yang boleh bapak mereka cam yang depa tu anak bapak mereka. Rantai tu bapak depa hadiahkan kat mak Along ngn Adek masa kawin dulu. Abg Dol pi gadai rantai tu nak bayar utang.

Keesokan hari datang sorang pompuan Ita lakonan Rozie Rashid tok basuh keta. Bila tengok kat 2 bradek ni dia terpikat. Along sempat sembang ngn Ita yang di nak carik bapak mereka bernama Abdullah. The next day Ita datang nak pinjam Along dan Adik, bawak balik umah. Bayar duit kat Abg Dol. Senyum Abg Dol sampai ke tinger sebab ada duit leh bayar utang Along dari 2 ekor budak yang tah dari mana asal usul. Rezeki Abg Dol. Kebetolan suami Ita, lakonan Eman Manan juga bernama Abdullah. Abdullah ni hilang ingatan masa kena langgar ngn Ita sikit masa dulu. Dia tatau dia asal mana, dah kawin ke belum. Dia selalu terngiang² tangisan bayi kalu dok sensorang kat umah. Misteri sungguh.

Tujuan Ita bawak balik Along ngn Adek ialah untuk pulihkan ingatkan suami dia. Sewaktu tengah makan petang, Ita perasan cara makan Adek sejibik mcm suami dia dan ini memberi syak bahawa Along ngn Adik anak suami dia. Tapi suami dia marah sebab tah budak² tu datang dari mana, alih² Ita nak suruh ngaku depa anak Abdullah hanya disebabkan cara makan yang sama. Mungkin kebetolan.

Dipendek kan citer Along ngn Adik lari dari umah Ita sebab tahu suami Ita tak suka depa. Balik la depa semula ke car wash Abg Dol sebab tu je tempat kat KL yg depa tau sebab nak mintak balik rantai mak mereka yang Abg Dol dah gadai iteww. Ita ngn Abdullah carik la depa ni sebab Abdullah dah boleh menerima kewujudan Along dan Adek.

Jap tukar lokasi. Kita ke kampong asal Along ngn Adek. Sheila Rusly dan Harun Salim Bachik jadik laki bini jiran Along ngn Adek. Sheila Rusly mencik sama Along ngn Adek sebab mencik sama mak mereka.

*Kalu satu owang aku tak suka, seluruh keluarga dia pon aku tak suka*

Mcm tu la tak suka nya Sheila Rusly kat Along ngn Adek.

Laki dia cakap 


"Apa la awak ni. Tak baik budak² tu tak bersalah. Anak² tu amanah Allah. Tah kat mana budak² tu sekarang. Tah idop tah mati"

"Saya pedulik hapa dia amanah Allah….."

*Prangggg grrrrrr dushhhh pianggg* Tetiba guruh dilangit kedengaran.

Sheila Rusly dengan tetiba gak mulut terus herot lumpuh tak boleh berjalan. Adegan ni nak tunjuk kan balasan Allah pada siapa yang suka cakap besar dan tak berhati perot. Dah jadik cam tu mungkin timbol rasa insaf Sheila Rusly ajak suami dia pi carik Along ngn Adek untuk minta maaf.

Iklan sat. Iklan pelembut baju. Hapa brand tah. Tak bape nak ingat. Terima SMS


"Yuhuuu Ady dibenci kerana Mya Zara. Metro Ahad esok.Huhu"

Aku senyum baca. Balas SMS

"Huhu tadi pagi pun dah dapat SMS suh beli Metro Ahad"

Ya pagi Sabtu masa tengah bekpes dapat SMS suh beli Metro Ahad sbb ada citer pasal Ady Putra. Hahaha. Tima kasih pada Rose yang remind.

Kemdian berSMS ngn member sorang lagi

"Ady dibenci kerna Mya Zara kat metro esok. Jgn lupa beli huhu"

"Eh tapi nape kita tak benci dia ek?" Terima SMS reply

"Adakah dia tak berjaya menghayati watak? Sebab jadik jahat pon kita suka haha"

"Kalu dia blakon jadik Hitler pon aku suka haha"

Sesama gelak. Dia gelak kat umah dia. Aku gelak kat umah aku.

Ok kembali semula adegan di car wash. Ita dan Abdullah juga carik Along ngn Adek. Sheila Rusly dan Harun Salim Bachik pun carik Along ngn Adek.

Lepas dapat kembali rantai pusaka iteww, Along dan Adek mintak diri ngn Abg Dol nak teruskan cari bapa mereka bernama Abdullah. Keluar dari car wash Ita suda nampak Along ngn Adek. Menjerit hepi la Ita panggil mereka. Adek berlari ingin mendapatkan Ita diseberang jalan (sebuah van dah get redi nak langgar) Kebetolan Sheila Rusly pun nampak Along ngn Adek.

Along ada instinct cam Adek dia bakal kena langgar. Maka Along pon berlari menuju jalan raya dan menolak Adek bagi elak untuk dilanggar van. Dan kena langgar la Along ngn van iteww.

Secepat kilat Abdullah memangku Along dengan hiba dan suruh Ita panggil ambulan. Sheila Rusly pon sampai ditempat kejadian. Ternampak Abdullah dan memanggil Abdullah.

"Dolahh..."
 

"Ye saya Dolah" Eman Manan menjawab

Tapi Sheila Rusly pandang muka Abg Dol.

"Dolah mana ko pegi? Puas kami carik. Ni anak² ko Dolah" kata Sheila Rusly sambil nangis

Abg Dol terkejut berok lantas menolak Eman Manan ketepi. Dia plak pangku Along.

Maka terjawab la segala kemoskelan siapa Abdullah sebenarnya dalam ini citer. Haha.

Abg Dol lah sebenar bapak yg dicarik² selama ini. Mender la Abg Dol rantai bagi kat bini pon tak cam. Nama sendiri Abdullah pon tatau. Sebab masa Abg Dol larikan diri dari kampong dia sudah punya anak.

Pasal Eman Manan plak. Dia sebenarnya orang Indon. Dah kawin dan ada anak. No wonder dia asek terngiang² bunyi budak nangis. Ada logik. Sebab dia kena langgar ilang ingatan so Ita dan bapak dia namakan je dia Abdullah. Anak luar nikah pun musti dibin / bte ngn Abdullah juga.

Abdullah merupakan nama ayahanda Nabi kita.

Dan Abdullah juga nama Perdana Menteri kesayangan kita.

Dan kebetolan Abdullah juga nama atok aku belah ayah. Hehe.

No comments: