Friday, March 17, 2006

KDrama : Hongkong Express (2005)




Synopsis

This drama depicts the relationships between four individuals in the urban jungle of Hong Kong. Han Joen Young (Song Yoon Ah) is an interior designer engaged to rich tycoon Choi Kang Hyeuk (Cha In Pyo). Before she can marry her rich boyfriend, she chances upon her old flame Kang Min Soo (Cho Jae Hyun), bringing pause to her love life. But there are darker happenings afoot, including the secret behind a murder - and both of Joen Young's lovers may be involved! Co-starring Kim Hyo Jin, Hong Kong Express is a riveting drama about a heartbreaking and potentially dangerous love triangle.
Total episode : 16
Credit : DramaWiki




Lelaki A dan adek perempuan lelaki B

Dah lama aku peram citer ni. Tak apdet² hehe.

Ini celita mengkisahkan tentang 2 lelaki A dan B yang berkawan kerna terpaksa dan tanpa rela. Sorang gengster dan seorang direktor di sebuah syarikat gergasi di Korea. Mereka bertemu di Hong Kong dan berakhir di Korea.

Lelaki A berhijrah ke Hong Kong selepas insiden terbunuh datuk nya sewaktu di laut. Dia menyalahkan diri dia dan membawa diri ke Korea sbb nak lupakan peristiwa sedih iteww.

Lelaki B plak pi Hongkong atas tujuan bisnes.

Mereka 'berkawan' sebab lelaki B telah melanggar lari seorang pelajar hingga mati dan polis sedang mencari siapa pelanggarnya. Bagaimanapun lelaki A telah menyerah diri kepada polis dan mengaku dia melanggar. Semasa kejadian berlaku lelaki A dan B berada di dalam kenderaan yg sama bersama sorang lagi saksi iaitu gelpren lelaki B. Takkan lelaki A nak serah diri buta² je kan? Musti ada tukar ganti dengan duit. Ya lelaki A berkehendakkan sejumlah wang yang besar kerana adik angkat dia dah pinjam duit ngn Along sejumlah duit. Don play play ngn Along yach. (Asal Hongkong musti ada Along hehe) Dan lelaki A pesan kat lelaki B suruh jaga adik² dia semasa dia berada dalam penjara.

Kemdian lokasi beralih ke Korea. Lepas keluar penjara lelaki A mencari B di Korea. Suka tak suka lelaki B terpaksa memberi satu jawatan pada A kat kompeni dia. Maka bermula la intermission yang mana lelaki B sangat berdendam dengan lelaki A tapi tak boleh nak buat apa. Adek perempuan B lak jatuh cinta pada A yang pada awalnya hanya berpura² sebab nak kasik lelaki B hangin satu badan.

Prinsip lelaki B, ada 3 perkara penting dia sanggup buat apa saja kalau ada sesiapa yang mengganggu atau mengacau 3 benda penting dia. Keluarga, kerjaya dan teman wanita. Kalau ada sapa kacau dia akan bertindak kijam.


Lelaki B bersama teman wanita nya. Tengok pompuan ni musti ingat Nasha Aziz

Nak dijadikan citer teman wanita B adalah 'cinta monyet' merangkap chentar pertama lelaki A sejak dari kecik. Mereka kawan masa kecik dan terpisah bila pompuan tu ikut pindah bersama keluarga angkat dia. Dia memang dah lama nak cari pompuan tu. Pompuan tu jugak rindu dan teringin nak jupa kawan dia masa kecik. Memasing ada simpan gambo kenangan waktu kecil. Maka berlaku la konflik. Selanjutnya kena la menonton ini drama yach.

Aku suka watak lelaki A dan B yang banyak bermain dengan emosi dalaman sebab masing² memendam rasa dan perasaan.

Watak A seorang yang muram, kesorangan, tak bahagia. Siapa yang tengok akan bersimpati ngn dia dan dalam masa yang sama geram tahap cipan tengok dia sebab dia hanya anguk² je bila kena buli. Mcm tak de pendirian nye orang. Hanya ikut arahan.

Watak B seorang yang kesepian, ego, mencari² kehidupan sebenar. Dendam yang tak terluah.

Aku beli citer ni sebab nak tengok heroin dia Song Yun Ah. Lepas drama Hotelier dia blakon citer ni. Dan hero² dia seme hero yang berpengalaman dan senior sket (tammo cakap tua hehe)

Ok la citer ni. Ada adegan gengster, buli. Ok bagi aku sebab tak de sangat adegan cintan cintun tangkap leleh hehe. Dan disebabkan hati yang geram dan tak dapat dikawal maka pembunuhan berlaku. Sorang akan mati. Nak carik soundtrack dia. Ada lagu best.

No comments: