Saturday, October 17, 2009

You're Beautiful - Episode 1 & 2


Woot ambe dah tengok citer ni. Best!

Cite ni mengingatkan ambe pada drama HanaKimi, Coffee Prince dan Painter of the Wind di mana pompuan jadik lelaki. Tapi dalam drama ni rahsia terbongkar pantas. Episode 2 dah dapat tahu. Jadi apakah yang cuba di sampaikan oleh penulis skrip ini? Sama-sama kita saksikan.

Jalan citer. Mengisahkan sebuah band A.N.Jell mengambil ahli kumpulan baru sebab penyanyi asal sakit tekak tak boleh perform live. Ahli baru tu plak yang mana seorang lelaki (tentu la kan lelaki) juga tidak dapat hadirkan diri sebab beliau sakit. Tersalah buat plastik surgeri dan kena berehat selama sebulan. Lelaki ni plak ada adik kembar perempuan yang menetap di sebuah gereja menjalani kursus menjadi seorang 'nun'. Manager yang urus A.N.Jell ni terpaksa cari adik perempuan itu dan merayu menggantikan abang nya sebagai penyanyi baru A.N.Jell buat sementara sebab A.N.Jell dah nak keluarkan album baru

Mula-mula sekali imbas ambe tengok font "A.N.Jell" kat poster ambe terbaca "A.N.Jeli". Terus tingat Anjeli Sharma.

"Anjeli Sharma, khon hei??"

Anda ingat lagi dengan Anjeli Sharma??? Hahaha

2 kali baca owh A.N.Jell (Angel) daa

Episode 1


Jeng jeng, kisah bermula di gereja. Kenalkan Park Shin Hye yang bakal diberi tumpuan. Dia ni pon kesian gak. Dah lama blakon tapi macam ala glamer tak glamer gitu. Kalau anda masih ingat watak budak kecik Choi Ji Woo dalam Stairway to Heaven. Dia la tu. Kemudian blakon Goong 2 pon tak hit sangat. Dah beso panjang dah sekarang. Hehe


Penyanyi utama A.N.Jell, Hwang Tae Kyung, yang di-banned dari perform live sebab sakit tekak. Muka dia stone je dalam cite ni. Kekeke


Manager mencari kembar Go Mi Nam


Sign kontrak ahli baru tapi cik abang tu tetap tak leh terima kehadiran ahli baru sebab dia kata tak semua orang boleh nyanyi lagu dia. Kekwat la tu


Adegan kat epot. Yang menarik perhatian ambe skaf yang dipakai oleh Jang Geun Suk. Ambe tingat kat sorang penyanyi wanita no.1 kita. Hik hik.


Kembar Mi Nam tidak bersetuju dengan rencana tuan manager, tapi tuan manager umpan dengan kata-kata,

"Kau tahu tak kenapa abang kau Go Mi Nam nak sangat jadik penyanyi? Sebab nak cari mak korang yang telah lama menghilang"

Depa ni anak yatim. Bapak mati, mak plak lari.


Bila sebut nak cari mak, beliau pon bersetuju mengambil tempat Go Mi Nam. Tiba lah hari sidang akhbar perkenalkan anggota baru, A.N.Jell iaitu Go Mi Nam. Boleh tahan jambu


Adegan tak larat tengok. Member ke-bengangan. Kekeke comey


Dipendekkan citer, ada salah faham berlaku di disko. Mi Nam mabuk. Bila dah mabuk terjadi lah insiden yang tidak di-ingini.

Episode 2


Lokasi rumah kali ni di tepi semak. Tapi dalam cun. Rumah ni aka hostel A.N.Jell. So mereka berempat tinggal bersama


Go Mi Nam meminta maaf dengan Tae Kyung sebab malam tadi dia termuntah dekat Tae Kyung. Tae Kyung pon lantas mencucikan dirik nya dan kita pon tumpang skali cuci mata. Kekeke


Anjing itu bernama Angelian Jolie. Yang baju oren tu Brad Pitt. Hehehe


Watak dia ni mengingatkan ambe pada watak hero kedua HanaKmi versi Taiwan lah. Beliau moskel Go Mi Nam mempunyai kulit yang lembut lagi geboo. Jangan lupa, Lee Min Ho jua mempunyai skin yang soft dan smooth *ehemtetibaberdebomenanti25oktoberehem*


Tiba masa Go Mi Nam untuk buat persembahan pertama. Blaja nari. Ambe rasa beliau dipilih utk watak ni sebab beliau terer menari kot.

Gee versi Park Shin Hye


Rahsia sudah terbongkar

Bersambung.

OST - Bercakap mengenai OST. Ketiga pelakon utama turut menyanyi. Lee Hong Ki sudah pasti. Beberapa perkara yang ambe dapat spot mengenai OST drama ni

1. Lagu FT Island Still (As Ever) itu mirip dengan OST On Air iaitu One Word. Mungkin sebab penyanyi orang yang sama

2. Kemudian lagu yang Park Shin Hye nyanyi Lovely Day, intro dia mirip la dengan lagu Torn Natalie Imbruglia je la. Cuba kalian dengar kan

3. Manakala Jang Geun Seuk mendendangkan lagu Promise

Malang nya drama ini terpaksa bekerja keras bersaing rating dengan drama blockbuster lagi berbajet tinggi KBS iaitu IRIS. Drama yang ada Top Big Bang. Ini pon nak kena tengok gak ni. Dah lama ambe nak skodeng dia ni. Pastinya TipTOP!

*Credit sub WITHS2


**Episode lain


No comments: