Dekat-dekat nak habis ni bertambah cute plak epsiode.
Episode 11 - Rahsia identiti Go Mi Nam sebagai seorang perempuan masih tidak berjaya dipecahkan ruyung walaupun si Devil Fairy tu telah mencuba pelbagai kaedah untuk mendapatkan sagu nya. Jeremy sungguh tak larat sebab dia sangat suka yang Go Mi Nam betul-betul perempuan hahaha
Episode 12 - Hwang Tae Kyung telah mendapat bukti-bukti bahawa Go Mi Nam telah kuch-kuch hota hei dengan beliau. Manakala ambe simpati dengan Shin Woo Hyung. Sabar la Hyung, nasib hero kedua memang macam tu
Antara scene-scene pilihan yang disukai :
Saspen-saspen. Reaksi ANJELL bila dapat tahu Go Mi Nam ialah perempuan
Gigi yang mempersonakan...kekeke
Peberet sapa ni? Hahaha. Wartawan yang annoying. Tapi memang kerja wartawan macam ni la. Cari gosip panas. Selagi tak dapat korek citer dia seperti cacing kepanasan
Super-mart timeee
"Twist twist Bi Bi noodle"
Lakon balik CF-CF yang pernah dorang buat di awal kemunculan sebagai artis
Kahkahkah
Ambe sangat suka part ni. Minam pergi carik klip rambut. Kisah klip rambut yang kecik ni meleret-leret dan bisa mendebokan penonton. Ambe saspen masa Hwang Tae Kyung masuk dalam dewan ni. Adakah akan jumpa dengan Minam atau tidak? Kalau jumpa, dah biasa sangat. Kalau tak jumpa, kenapa? Wae? Kiu hei? Paling tak sangka Hwang Tae Kyung akan baling buang klip rambut tersebut. Aigooo best
Adegan badminton. Adegan smashing Hwang Tae Kyung persis Park Ju Bong
Sapa penah makan mee sanggul yang kaler kuning tu? Mee ni popular katanya belah-belah utara nu. Member ambe orang Parit Buntar penah beli tok ambe try test makan. Sedap gak la
Aigoo ni pun suka sebab dia kelihatan manes
Fireworks hahaha
Mak dinch tahan nyah. Pankreas mak kebas dibuatnya terlebih gelak
Ini pun suwit. Nantikan segmen Fesyen GO untuk baju Go Mi Nam itu. "Kang Haena" pon ada pakai hahaha
Dia ni sekejab nampak jelmaan Bae Yong Jun ada, kejap Jung Kyung Ho ada, kejab Ji Hoo sunbae pon ada. Bae Yong Jun time dia senyum macam tak nak senyum tu
Akhirnyeee...Part ni je ada 2 translations ambe jumpa. Dialog hujung masa nak habis. Sebab WITHS2 lambat release sab 11 & 12, jadik ambe terpaksa layan utube
Versi sarikata kat utube " Go Mi Nam, I give you permission to like me"
Versi WITHS2 "Go Mi Nam, from now on you liking me, I will acknowledge it"
Versi Vikii ngn MySoju cam ne gaknye sarikata
P/S : Episode 13 dah tengok. 14 ondaway. Chop-chop. Jangan bocor rahasia dulu. Hehehe
No comments:
Post a Comment