Wednesday, October 20, 2010

The Fugitive : Plan B - Episode 1


AWASSSS...ketulan-ketulan pek di hadapan

Owh ambe nampak coklat. Ahaks.

Baru berkesempatan melayan episode 1 semalam. Sebuah drama komedi aksi, tembak menembak, siasat menyiasat dan misteri. Ya penuh dengan misteri rumah tua. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.


Aksi merempit sambil tembak menembak. Peng peng peng...*O
oo kau peng aku ya*

*Te te te te...ha ini mesin gan....*
Dah nama nye hero, musuh tembak guna mesin gan boleh tak kena


Kemudian kereta pun terbakar dan hero macam biasa terselamat. Selamat lantas membuka baju, periksa kot-kot pek nye itu ada cedera ringan atau tidak


Lee Dae Hae, cameo sebagai gelpren hero. Hero seorang yang mata keranjang, pantang tengok aweks-aweks seksi. Lantas gelpren nye pon bengang


Sanggup berjanji pelsu menutup mata keranjangnya jika mereka berkawen demi untuk memikat hati si dia. Cocok je mata dia dengan garpu


"Chagia, saranghae..."
Memang suka melihat ekspresi Rain membuat aksi lawak sengal berwajah cute macam ni


Pakcik Chow Yun Fatt ini juga ada. Intonasi lebih kurang


Ehemmm, hero seterusnya sebagai Detektif Do Soo. Sedang menyiasat kes kecurian potret Buddha di Thailand. Citer ni banyak syuting di luar negara. Thailand, Pilipin, Jepun, Taiwan, Macau. Agak menyerabutkan sebab kejap dia kat sini, eh kejap lagi kat belah sana pulak. Aigooo


2nd heroin, Yun Jin Seo (heroin Return of Iljimae). Kali ni beliau sebagai polis jugak. Berkapel dengan hero atas tu


Beliau sebagai Ji Woo, seorang PIA (Private Investigator Administrator). Kat Korea tak leh pakai PI, menurut kata beliau

2 pelakon Slave Hunters cameo dalam episode 1.


Heroin, Lee Na Young, yang penuh dengan misteri. Ada orang nak bunuh dia. Sebelum ni haraboji, halmoni, appa, omma, appa dan omma angkat dia semua dah kena bunuh. Pasai apa? Ini yang misteri. Dengan keluarga angkat semua kena bunuh. Tak patut, tak patut.


Kecanggihan teknologi, sentuh imej kat meja zasss hantar kat skrin TV, terus boleh sembang. Macam cakap kat telefon daa. Drama Jepun yang ada meja yang bole keluar data macam tu, Mr. Brain, tahun lepas.

Secara kesimpulan nya, drama ini mengisahkan Ji Woo seorang PIA, yang membuat servis untuk mencari apa sahaja yang hilang. Apa saja, benda kah, orang kah, haiwan kah, dia b oleh carik sebab tagline kompeni dia "If it's possible, we do it" Kemudian dia ada kroni-kroni dia di serata tempat, Jepun, Thailand, Pilipin, Taiwan untuk berkolaborasi membantu dia mendapatkan maklumat dan selesaikan masalah.

Kes terbaru heroin datang berjumpa dia mintak tolong dia mencari orang. Hanya nama diberi. Lain-lain maklumat takde. Ottokee...

Berjayakah Ji Woo menyelesaikan kes terbaru beliau?

Ok ambe nak sambung tengok episode 2.

No comments: