Showing posts with label cara hidupku. Show all posts
Showing posts with label cara hidupku. Show all posts

Monday, September 30, 2013

Cara tangkap cicak di rumah

Ops Cicakmeng di rumah


 1. Mula-mula beli papan pelekat tikus ini di kedai hardware. Walaupun dia tulis situ pelekat tikus, tapi jangan risau cicak pon boleh terlekat sama



 2. Kemudian letakkan pelekat itu di laluan cicak yang feveret. Lihat lah, kan dah masuk perangkap sekor. Letak belah malam, bangun pagi sebelum pergi kerja tengok ada sekor. Kemain beso cicak kat KL ni. Makan apa agaknya.


3. Petang balik kerja dah ada 5 ekor. Peh lumayan. Kata sorang sahabat, yang 4 ekor tu nak selamatkan cip dia namun gagal.

4. Cara terakhir ikut kreativiti masing-masing nak tamatkan riwayat cicak-cicak tersebut macam mana. Nak belah dua atau nak langgar lari atau nak kapitkan kat pintu atau sebagainya.

5. Cara saya spray dengan Ridset kemdian lipat dua pelekat itu, masukkan dalam beg plastik dan ikat rapi. Kemdian buang ke dalam tong sampah.

Berikut disertakan artikel mengenai  bunuh cicak :  Bunuh cicak bermotif balas dendam?

Selamat mencubainya!

Thursday, September 12, 2013

Cara melipat beg plastik

Tips jimat ruang.

Idea tercetus sebentar tadi sewaktu makan tengahari. Terpandang di satu sudut longgokkan beg plastik yang kian membukit.

Tiba-tiba terajin pulak nak buat kerja ni. 

Mari kita melipat beg plastik. Ore klate royak supik gelenyar.

Tujuan melipat ini adalah supaya ianya nampak kemas, tersusun dan tak banyak makan ruang. 

Ilmu ini saya dapat melalui ibu mertua. Tak sangka pulak beg plastik boleh lipat kemas macam ni.

Selama ni dok perok beg plastik dalam tempat letak beg plastik jenama Ikea, yang kebanyakan rumah pasti ada benda ni. 

Mari kita ke step-by-step-oooh-baby nya : 



Rimbunan beg plastik di atas meja opis yang menyerabutkan pemandangan


Mula-mula urut beg plastik itu sehingga sebati...eh bukan. Sehingga menjadi macam di atas. Kasi licin macam baru lepas kena gosok dengan sterika


 Kemdian dilipat dua


 Kemdian di lipat lagi dengan posisi B di bahagian atas, manakala A di bawah


Kemdian belah hujung lipat segitiga seperti di atas


Lipat segitiga sampai atas dan berhenti di situ


 Kemdian yang hujung tu di masukkan ke dalam celahan lipatan plastik itu dan urut-urut sikit sehingga menjadi kemas dan plastik tu pun rasa selesa...heheh


Tadaaa sudah siap. Pelbagai bentuk segitiga berlainan size mengikut size beg plastik sebenar. Memudahkan keje mencari plastik beg. Kalau nak beg plastik beso, cari yang segitiga beso. Kalau nak plastik kecik cari yang segitiga kecik. Sonang baitu.

Kalau nak segitiga emas, boleh la melawat Thailand, Laos dan Burma

Hehehe.

Itu kalau rajin lah. 
.
.
.
.

 Kalau malas perok je la beg-beg plastik tu macam ni. Tak de hal punya.
 


Selamat melipat :)

Thursday, August 29, 2013

Cara siang udang (Bahagian 2)


Dulu saya pernah papar cara-cara siang udang versi saya di SINI

Yang  ni sambungan nya. Kebetolan pulak ada sambungan hehe

Adegan berikut dijumpai di dalam drama Romance Town  lakonan heroin pojaan ahkak iaitu Song Yuri. 

Baru sempat tengok drama ini.

Tak sangka penulis skrip nya sampai ke sini pikior nya. 

Drama ini mengisahkan kisah pembantu rumah yang bekerja di rumah orang ada-ada di sebuah perumahan mewah lagi elit bernama First Avenue. 

Pembantu-pembantu rumah ni kalau masa lapang mereka akan berkumpul bermain Go-Stop sambil bergossip bertukar-tukar cerita. Topik paling femes mengumpat majikan masing-masing hehe



Adegan ni ahjumma 3 orang kat belakang tu tengah siang ikan bilis. Yang ahjumma pakai reben bunga tu tengah siang udang.

Walaupun tampak muda belia mereka tetap di panggil ahjumma sebab pembantu rumah memang kena panggil ahjumma. 

Sambil siang ikan bilis mereka membebel, 

"Duit banyak beli la  ikan bilis yang dah siap siang. Kedekut taik idong masin punya makencik"



Sekali ahjumma yang tengah tu tanya, 

"Yaah, apa yang ko suka sangat kat pak encik ko tu sampai ko bersihkan udang satu per satu ni haaa?"


Hanya dia sorang mempunyai majikan pak encik yang bujang dan kacak. Dia macam ada kuch kuch hota hai dengan majikan dia


 [Dapat idea korek dengan pencungkil gigi tanpa membuang kulit]



 

Dan dia pon menjawab seperti di atas


Tapi ada ke patot siang udang dalam bilik persalinan. Aigoooo...

Tuesday, April 23, 2013

Cara siang udang


Salam sejahtera.

Saya sangat suka siang udang. Anda bagaimana?

Siang atau kata lain membersihkan udang. Berbeza dengan maksud siang yang satu lagi. Bermimpi di siang hari. Siang sebelum terbitnya malam. Hehe

Jangan kata udang, ... ikan, sotong, ayam, ketam, lala, kerang semua saya suka siang / bersihkan. Mana yang suka makan lah. Siput sedut belum reti siang lagi.

Sebab saya suka nak hidangkan keluarga suatu hidangan yang bersih, yang sendiri siang, cuci bersih dan disertai selawat dan salam dan lepas itu pinggang pon akan sakit sebab berdiri lama kat sinki menyiang ikan 2-3 jenis, udang dan sotong sikit dan ayam.

Lepas dah siang, susun dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk beku. Susun elok-elok bertingkat-tingkat, peh bahagianya perasaan rasanya. Hehehe 

Kebiasaan setiap pagi Sabtu saya akan ke pasar tani di Setiawangsa untuk membeli barang basah untuk kegunaan seminggu. Seronok betul tengok ikan, udang, sotong berlambakan di atas tray ikan sambil membelek-belek harga. 

Biasanya saya beli udang untuk di masak sebagai perencah sayur. Perencah asli. Kalau yang perencah segera tu banyak pak aji lah. Kalau taruk udang sedap sikitkan lauk sayur mayur kita. Jadi beli pun tak banyak, dalam 15-20 ekor sahaja yang size sederhana. 

Tak kisah lah kalau beli banyak pon saya akan tetap gigih membersihkan udang sebab ada bahagian udang yang bahaya untuk kita makan jika selalu makan dalam kuantiti yang banyak. 
 
Ok mari kita ke cara-cara siang / bersihkan udang yang selalu saya praktikkan.
  
1. Mula-mula bukak beg plastik berisi udang. 

2. Kemudian tuang udang ke dalam sinki dan bilas udang-udang itu di bawah air paip. 

3. Lepas tu buang kepala dan buang sedikit kulit udang yang belah atas untuk senang kita belah udang nanti. Ada orang tak suka buang kesemua kepala udang sebab dia kata nanti rasa manis udang itu akan hilang. Terserah kepada cara masak masing-masing. 

4. Saya kena buang kesemua kepala udang sebab nak belah atas udang.



 5. Udang yang telah siap dibuang kepala dan separuh kulit seperti gambar di atas. Kulit kalau nak buang semua pon boleh.


 6. Kemudian belah tengah separuh udang untuk membuang urat hitam seperti gambar di atas.


7. Kemudian tarik urat hitam itu perlahan-lahan supaya urat hitam itu tertarik kesemuanya. Kalau anda tarik kuat dia akan putus di tengah jalan. Jadi tarik pelan-pelan haa.

8. Jadi kenapa perlu kita buang urat hitam belakang tu? Kalau perasan kat hotel-hotel dia siang udang pon macam ni. Belah tengah bahagian atas udang. Pernah juga tengok satu rancangan masakan omputeh kat chanel Asian Food Channel, chef Itali itu juga turut buang urat hitam tu sebab dirty katanya.

9. Apakah urat hitam itu? Urat hitam itu adalah saluran najis udang. Dan dalam saluran itu mengandungi pasir-pasir air laut yang masin dan kotoran lain.

10. Jika kita kerap makan udang tanpa dibuang urat hitam itu boleh membawa penyakit yang berkaitan dengan sifud untuk jangkamasa panjang. Bukan lah makan harini besok kena. Dia terkumpul dulu. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit. Nampak je kecik urat tu, tapi lama-lama boleh jadik bukit u ols. Bukit Antarabangsa atau Bukit Jelutong, tak pasti plak. Kekeke

(Ok berkenaan penyakit itu teori saya saja untuk amalkan pemakanan sifud  yang sihat. Pernah terbaca artikel mengenai ni suatu ketika dolu. Kalau sapa ada fakta yang tepat boleh lah kongsi mengongsi).

11. Jadi sekarang ni kalau makan udang di kedai atau di rumah orang yang masak udang tak buang urat hitam belakang tu, saya akan buang sendiri. Sebab...entah la macam dah biasa mesti nak kena buang urat tu. Kalau tak rasa macam semacam je sewaktu makan tu. Hehe

12. Untuk info lanjut anda boleh la gogel kata kunci omputeh "why we devein shrimp". Hok bahasa Melayunya tak jumpa. Mungkin bab ni kurang penting barangkali.

13. Akhir kalam saya tujukan lagu ini untuk anda yang minat udang


Udang sama udang
Masak gulai dalam kuali
Jikalau masih bujang
Carilah teman berhati-hati


Naik Bukit Bendera
Bukit Bendera di tempat kami
Kalau dah sama suka
Hantar pinangan ikatlah janji


Tanjung Pagar ternama
Kapal datang dan pergi
Jangan bermain cinta
Kalau tidak sesungguh hati


Udang sama udang
Tak 'kan sama anak tenggiri
Bujang sama bujang
Orang tua yang makan hati


Nyanyian : Rafeah Buang


Udang pon ada lagu. Jangan mare ;)

******

Sambungan : Bahagian 2

Friday, May 21, 2010

Cara atasi singki tersumbat


Seminggu dua ni ambe hangin dengan singki kat opis ni sebab salu tersumbat. Ditambah pulak terminum air suam singgit doploh sen beberapa hari yang lepas. Berhangin-hangin la kekdah nya...kekeke

"Macam mana aku nak buat ni? Wonderpet tolongg...towachuseyo" kata ambe di dalam hati


Sekali telefon pon berbunyi.

Kring! kring!

Oh sekali saya pon teringat ada sorang plumber pernah bagi tips untuk mengatasi masalah singki tersumbat dulu.

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yang makan dipinggan dan minum dicawan, jika singki anda tersumbat, segeralah beli sabun basuh baju yang serbuk itu. Kalu kat rumah mesti dah ada sabun ni kan.

Kemudian anda bukak paip air dan biarkan air mengalir deras dan menambahkan lagi kesumbatan singki.

Kemudian anda curah lah sabun serbuk itu ke dalam lubang singki. Curah seberapa banyak sabun yang boleh sehingga lah air yang tersumbat itu susut nilai dengan perlahan-lahan sehingga mengeluarkan bunyi srooottttttttttt dengan kuat menandakan ianya telah nyah sumbat.

Yipeeee sakses sakses.

Kini anda tidak perlu hangin lagi jika singki anda tersumbat. Tima kasey tamitrim.

Majulah sabun Daia untuk negara. Sabun peberet pilihan sejak zaman berzaman. Berpuluh-puluh dah pingan dengan mangkuk freegift Daia ada kat rumah. Sungguh menjimatkan. Beli sabun dapat pinggan.

Selamat mencuba!