Tuesday, April 23, 2013

Cara siang udang


Salam sejahtera.

Saya sangat suka siang udang. Anda bagaimana?

Siang atau kata lain membersihkan udang. Berbeza dengan maksud siang yang satu lagi. Bermimpi di siang hari. Siang sebelum terbitnya malam. Hehe

Jangan kata udang, ... ikan, sotong, ayam, ketam, lala, kerang semua saya suka siang / bersihkan. Mana yang suka makan lah. Siput sedut belum reti siang lagi.

Sebab saya suka nak hidangkan keluarga suatu hidangan yang bersih, yang sendiri siang, cuci bersih dan disertai selawat dan salam dan lepas itu pinggang pon akan sakit sebab berdiri lama kat sinki menyiang ikan 2-3 jenis, udang dan sotong sikit dan ayam.

Lepas dah siang, susun dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk beku. Susun elok-elok bertingkat-tingkat, peh bahagianya perasaan rasanya. Hehehe 

Kebiasaan setiap pagi Sabtu saya akan ke pasar tani di Setiawangsa untuk membeli barang basah untuk kegunaan seminggu. Seronok betul tengok ikan, udang, sotong berlambakan di atas tray ikan sambil membelek-belek harga. 

Biasanya saya beli udang untuk di masak sebagai perencah sayur. Perencah asli. Kalau yang perencah segera tu banyak pak aji lah. Kalau taruk udang sedap sikitkan lauk sayur mayur kita. Jadi beli pun tak banyak, dalam 15-20 ekor sahaja yang size sederhana. 

Tak kisah lah kalau beli banyak pon saya akan tetap gigih membersihkan udang sebab ada bahagian udang yang bahaya untuk kita makan jika selalu makan dalam kuantiti yang banyak. 
 
Ok mari kita ke cara-cara siang / bersihkan udang yang selalu saya praktikkan.
  
1. Mula-mula bukak beg plastik berisi udang. 

2. Kemudian tuang udang ke dalam sinki dan bilas udang-udang itu di bawah air paip. 

3. Lepas tu buang kepala dan buang sedikit kulit udang yang belah atas untuk senang kita belah udang nanti. Ada orang tak suka buang kesemua kepala udang sebab dia kata nanti rasa manis udang itu akan hilang. Terserah kepada cara masak masing-masing. 

4. Saya kena buang kesemua kepala udang sebab nak belah atas udang.



 5. Udang yang telah siap dibuang kepala dan separuh kulit seperti gambar di atas. Kulit kalau nak buang semua pon boleh.


 6. Kemudian belah tengah separuh udang untuk membuang urat hitam seperti gambar di atas.


7. Kemudian tarik urat hitam itu perlahan-lahan supaya urat hitam itu tertarik kesemuanya. Kalau anda tarik kuat dia akan putus di tengah jalan. Jadi tarik pelan-pelan haa.

8. Jadi kenapa perlu kita buang urat hitam belakang tu? Kalau perasan kat hotel-hotel dia siang udang pon macam ni. Belah tengah bahagian atas udang. Pernah juga tengok satu rancangan masakan omputeh kat chanel Asian Food Channel, chef Itali itu juga turut buang urat hitam tu sebab dirty katanya.

9. Apakah urat hitam itu? Urat hitam itu adalah saluran najis udang. Dan dalam saluran itu mengandungi pasir-pasir air laut yang masin dan kotoran lain.

10. Jika kita kerap makan udang tanpa dibuang urat hitam itu boleh membawa penyakit yang berkaitan dengan sifud untuk jangkamasa panjang. Bukan lah makan harini besok kena. Dia terkumpul dulu. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit. Nampak je kecik urat tu, tapi lama-lama boleh jadik bukit u ols. Bukit Antarabangsa atau Bukit Jelutong, tak pasti plak. Kekeke

(Ok berkenaan penyakit itu teori saya saja untuk amalkan pemakanan sifud  yang sihat. Pernah terbaca artikel mengenai ni suatu ketika dolu. Kalau sapa ada fakta yang tepat boleh lah kongsi mengongsi).

11. Jadi sekarang ni kalau makan udang di kedai atau di rumah orang yang masak udang tak buang urat hitam belakang tu, saya akan buang sendiri. Sebab...entah la macam dah biasa mesti nak kena buang urat tu. Kalau tak rasa macam semacam je sewaktu makan tu. Hehe

12. Untuk info lanjut anda boleh la gogel kata kunci omputeh "why we devein shrimp". Hok bahasa Melayunya tak jumpa. Mungkin bab ni kurang penting barangkali.

13. Akhir kalam saya tujukan lagu ini untuk anda yang minat udang


Udang sama udang
Masak gulai dalam kuali
Jikalau masih bujang
Carilah teman berhati-hati


Naik Bukit Bendera
Bukit Bendera di tempat kami
Kalau dah sama suka
Hantar pinangan ikatlah janji


Tanjung Pagar ternama
Kapal datang dan pergi
Jangan bermain cinta
Kalau tidak sesungguh hati


Udang sama udang
Tak 'kan sama anak tenggiri
Bujang sama bujang
Orang tua yang makan hati


Nyanyian : Rafeah Buang


Udang pon ada lagu. Jangan mare ;)

******

Sambungan : Bahagian 2

5 comments:

chemistry_lady said...

Thanks waiem. Info yg sgt berguna unnie.

'mula2 bukak plastic udang'- 1st step
hehehe

waiem said...

Chonmaneyo. Hehehe

faezah jalil said...

idakleee ku tahu yang itu adelah saluran najis beliau..yucky! pasni pasti ku buang segala benda hitam tu..haish!

waiem said...

Ye silakan buang :)

jirus air said...

Terima kasih atas perkongsiannya sangat manfaat. Saya ambil perkongsiannya sahaja dari Tuan punya blog dan para pengomen semua sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.