Dulu saya pernah papar cara-cara siang udang versi saya di SINI
Yang ni sambungan nya. Kebetolan pulak ada sambungan hehe
Adegan berikut dijumpai di dalam drama Romance Town lakonan heroin pojaan ahkak iaitu Song Yuri.
Baru sempat tengok drama ini.
Tak sangka penulis skrip nya sampai ke sini pikior nya.
Drama ini mengisahkan kisah pembantu rumah yang bekerja di rumah orang ada-ada di sebuah perumahan mewah lagi elit bernama First Avenue.
Pembantu-pembantu rumah ni kalau masa lapang mereka akan berkumpul bermain Go-Stop sambil bergossip bertukar-tukar cerita. Topik paling femes mengumpat majikan masing-masing hehe
Adegan ni ahjumma 3 orang kat belakang tu tengah siang ikan bilis. Yang ahjumma pakai reben bunga tu tengah siang udang.
Walaupun tampak muda belia mereka tetap di panggil ahjumma sebab pembantu rumah memang kena panggil ahjumma.
Sambil siang ikan bilis mereka membebel,
"Duit banyak beli la ikan bilis yang dah siap siang. Kedekut taik idong masin punya makencik"
Sekali ahjumma yang tengah tu tanya,
"Yaah, apa yang ko suka sangat kat pak encik ko tu sampai ko bersihkan udang satu per satu ni haaa?"
Hanya dia sorang mempunyai majikan pak encik yang bujang dan kacak. Dia macam ada kuch kuch hota hai dengan majikan dia
[Dapat idea korek dengan pencungkil gigi tanpa membuang kulit]
Dan dia pon menjawab seperti di atas
Tapi ada ke patot siang udang dalam bilik persalinan. Aigoooo...
2 comments:
ahhaha ohhkeyy... Kedekut taik idong masin punya makencik lol
Hehehe
Post a Comment