Ternampak
promo iklan citer ni di TV, di Astro Best. Terdengar ada suara budak kecik
berlakon. Lantas gogel info mengenai
filem ini dan lepas gogel terus gelabah nak nengok citer ni. Disebabkan minyak
dah naik 20 sen jadi nya…tak jadi nak langgan Astro Best. Cari jalan
alternative…macam biasa huhu
Diri
ni kalau ada kanak-kanak berlakon dalam citer Korea memang la eksited nak
nengok. Pelakon kanak-kanak Korea kan sangat terer berlakon. Kan Hwang Kidong Kan…
Apa
kabor lah Kidong sekarang. Dah tumbuh misai ke belom?
Durasi
filem 2 jam 7 minit. Alamak panjangnya. Apalah agaknya kisahnya.
Ribiu
pendek.
Kisah
seorang bapa OKU yang dijatuhi hukum gantung sampai mati sebab dituduh membunuh
seorang kanak-kanak yang kebetolan anak Ketua Polis dan bapa itu telah dipaksa
mengaku bersalah oleh Ketua Polis yang tidak redha dengan kematian anaknya.
Ketua Polis mengugut jika tidak anak dia akan dibunuh juga.
Pendek
kata watak jahat dalam citer ini ialah Ketua Polis. Padahal anak dia mati
akibat eksiden, bukan dibunuh.
Aigoo. Polis oh polis.
Ribiu
panjang.
Mengisahkan
seorang appa yang OKU, cacat di bahagian mental (mentally handicapped). Mungkin
masa kecik kena demam panas dan lambat di rawat hingga menjejaskan bahagian
otak beliau. Agaknya lah. Percakapan dia pon tak berapa normal.
Beliau
seorang appa tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 6 tahun
bernama Yesung. Pekerjaan nya sebagai atenden parking di sebuah shopping mart.
Azam
beliau ialah untuk membelikan anak nya sebuah beg sekolah berjenama Sailor Moon
idaman anaknya. Hari-hari dok usha beg tu dari luar cermin kedai bersama anak
nya. Siap nyanyi lagu Sailor Moon. Tapi duit belom cukup lagi untuk membeli beg
itu.
Satu
hari beg Sailor Moon pojaan mereka telah di sambar orang. Si appa lantas meluru
ke arah kanak-kanak yang baru dibelikan beg Sailor Moon itu di dalam kedai
sambil berkata kuat,
"Eh
beg tu kami punya lah. Kami dah lama cop" sambil menarik beg itu
"Apaa...
kau punya kew??? Meh sini.."
PANGGGG.
Satu
tamparan lelaki mengenai pipi appa Yesung. Bapak ganas sungguh bapa yang sorang lagi
itu.
Rupanya
dia adalah sorang Ketua Polis (KP) di
daerah itu. Ceh suka-suka hati lempang orang.
Maka
pulang la Yesung dan appa nya ke rumah dengan perasaan sedih.
Appa
Yesung memujuk Yesung bahawa dia akan cari beg yang sama di kedai lain pula.
Keesokkannya
harinya anak KP yang sebaya dengan Yesung pergi jumpa appa Yesung. Anak KP itu
cakap dekat appa Yesung bahawa dia tahu ada kedai lain yang jual beg Sailor
Moon yang serupa dan suruh appa Yesung follow dia.
Adegan
habis di situ.
Adegan
seterusnya, seorang mokcik ternampak appa Yesung tengah comolot sorang
kanak-kanak perempuan yang terbaring di atas jalan raya. Kepala budak itu
berdarah dan seluar nya sedikit terbuka.
Pandangan
pertama tanpa usul periksa ianya kelihatan seperti kanak-kanak perempuan itu sedang
dicabul oleh appa Yesung.
Mokcik
itu menjerit sekuat hati dan polis pon datang.
Polis
yang berat sebelah (mungkin sebab appa Yesung OKU dan miskin) telah memaksa
appa Yesung untuk tandatangan repot polis yang mengatakan bahawa dia telah
membunuh dan mencabul kanak-kanak prempuan anak KPN itu.
Appa
Yesung telah dimasukkan ke dalam penjara.
Bila
sampai dipenjara, sebelum masuk ke dalam cell kena belasah dengan Ketua Warden
sebab kesalahan cabul kanak-kanak.
Bila
masuk dalam cell, perkenalkan diri, banduan-banduan yang berada di dalam cell
sambung belasah appa Yesung selepas dapat tahu jenayah appa Yesung.
Makna
nya kesalahan cabul / rogol kanak-kanak ni memang berat dan serius. Bila dengo
je rasa macam nak belasah pesalah itu kan.
Di
dalam cell itu terdapat 5 banduan dengan kesalahan jenayah yang pelbagai.
Ketua
nya ialah seorang bekas gangster. Tak tahu la gangster kampong mana.
Di
pendekkan citer, daripada orang asing, banduan-banduan itu menjadi akrab
disebabkan Yesung.
Yesung
berjaya diseludup masuk ke dalam penjara sebab appa dia nak sangat jumpa Yesung
dan impian dia itu direalisasikan oleh cinggu-cinggu banduan dia.
Nak
bawak masuk Yesung ke dalam cell satu hal, nak bawak keluar pulak lagi satu
masalah.
Di
sini lah kedapatan unsur-unsur komedi yang nyata.
Setelah
lama menetap di dalam penjara, rakan-rakan banduan appa Yesung ada sedikit
moskel dengan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh appa Yesung. Tingkah
laku dan peel appa Yesung tidak selari langsung dengan jenayah yang dia telah
lakukan. Merogol dan membunuh kanak-kanak???
Hmmm. Sempat lagi mereka berfikir
bagi pihak appa Yesung.
Dipendekkan
citer pada hari nak dekat perbicaraan akhir appa Yesung di mahkamah,
rakan-rakan banduan appa Yesung berjaya merungkaikan kemoskelan mereka. Mereka berpendapat
bahawa budak perempuan itu mati bukan sebab dibunuh tapi tergelincir dan seketul
batu bata telah jatuh dan terkena kepala beliau yang menyebabkan kematian.
Lantas mereka membantu appa Yesung bercakap kebenaran di dalam mahkamah. Siap
tuliskan skrip bagai untuk bagi appa Yesung hafal semua jalan cerita satu per
satu. Waima Ketua Warden penjara juga
menolong benarkan Yesung duduk di dalam cell bersama appa nya.
Dipendekkan
citer lagi, citer ni memang tacing dekat nak habis. Sediakan tisu atau tuala
muka di tepi. Kompom tangkap leleh huhuhu
Ribiu
bergambar.
Adek manes ni Yesung bila dah beso. Watak tak berapa banyak.
Bila dah beso jadi peguam dan rekues untuk bukak balik kes appa nya untuk buktikan appa nya tidak bersalah. Semoga rohnya appa dapat rehat dengan aman
Hari-hari dua beranak ni lepak depan kedai untuk tengok beg Sailor Moon yang kuning tu
Mokcik tu ber-omo-omo bila nampak adegan ini dan terus menjerit panggil polis
Sidang perbicaraan di dalam cell. Yang baju lain dari yang lain tu ialah cip dia. Ketua gengster muka ganas tapi tak reti baca. Nanti Yesung yang ajar baca dan tulis. Kekeke
Yesung yang tengah tunggu appa dia. Tunggu tunggu tok kelik
Cell sikit punya cantik. Yang belah belakang tu bilik air
Yesung di seludup masuk dalam cell
Rakan-rakan banduan melakonkan semula adegan itu untuk merungkaikan kemoskelan
Masa ni masing-masing telah kembali ke pangkal jalan dan jadi saksi. Peguamcara cakap kata-kata mereka bekas banduan tidak boleh dipercayai. Terus ahjussi ni melenting...hehehe lawak jugak part ni
Siap sedia dengan tisu atau apa-apa kain pengesat. Hari terakhir Yesung jumpa appa dia di dalam cell.
Kemudian appa Yesung dibawa pergi ke sebuah bilik. Tidak sanggup berpisah dengan Yesung, appa Yesung sekali lagi merayu dan melutut.
"Saya salah...saya salah. Maafkan saya. Huwaaaaaaaaaa" appa Yesung meraung
*Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta diaaaaa *
...lagu tema berkumandang
"Appaaaaaaaaaaaaa..."
Sekian. Sob Sob.
4 comments:
ermmm... cepat gak ribiu citer ni yer.. tak sabo nak tgk.. download dh siap nasib baik jumpa yg ada sub malay boleh lah feeling lbh2 kit...hehehe
Citer best kena ribiu cepat...hehehe
masih terasa kesan dan kebangkungan mata ambe tengok movie ni unnie....
Shee :)
Post a Comment