Thursday, September 05, 2013

Miracle in Cell No.7 (2013)


Ternampak promo iklan citer ni di TV, di Astro Best. Terdengar ada suara budak kecik berlakon.  Lantas gogel info mengenai filem ini dan lepas gogel terus gelabah nak nengok citer ni. Disebabkan minyak dah naik 20 sen jadi nya…tak jadi nak langgan Astro Best. Cari jalan alternative…macam biasa huhu

Diri ni kalau ada kanak-kanak berlakon dalam citer Korea memang la eksited nak nengok. Pelakon kanak-kanak Korea kan sangat terer berlakon. Kan Hwang Kidong Kan…

Apa kabor lah Kidong sekarang. Dah tumbuh misai ke belom?

Durasi filem 2 jam 7 minit. Alamak panjangnya. Apalah agaknya kisahnya.

Ribiu pendek.

Kisah seorang bapa OKU yang dijatuhi hukum gantung sampai mati sebab dituduh membunuh seorang kanak-kanak yang kebetolan anak Ketua Polis dan bapa itu telah dipaksa mengaku bersalah oleh Ketua Polis yang tidak redha dengan kematian anaknya. Ketua Polis mengugut jika tidak anak dia akan dibunuh juga.

Pendek kata watak jahat dalam citer ini ialah Ketua Polis. Padahal anak dia mati akibat eksiden, bukan dibunuh.

Aigoo. Polis oh polis.                                                                                                                  

Ribiu panjang.

Mengisahkan seorang appa yang OKU, cacat di bahagian mental (mentally handicapped). Mungkin masa kecik kena demam panas dan lambat di rawat hingga menjejaskan bahagian otak beliau. Agaknya lah. Percakapan dia pon tak berapa normal.

Beliau seorang appa tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 6 tahun bernama Yesung. Pekerjaan nya sebagai atenden parking di sebuah shopping mart.

Azam beliau ialah untuk membelikan anak nya sebuah beg sekolah berjenama Sailor Moon idaman anaknya. Hari-hari dok usha beg tu dari luar cermin kedai bersama anak nya. Siap nyanyi lagu Sailor Moon. Tapi duit belom cukup lagi untuk membeli beg itu.

Satu hari beg Sailor Moon pojaan mereka telah di sambar orang. Si appa lantas meluru ke arah kanak-kanak yang baru dibelikan beg Sailor Moon itu di dalam kedai sambil berkata kuat,

"Eh beg tu kami punya lah. Kami dah lama cop" sambil menarik beg itu

"Apaa... kau punya kew??? Meh sini.."

PANGGGG.

Satu tamparan lelaki mengenai pipi appa Yesung. Bapak ganas sungguh bapa yang sorang lagi itu.

Rupanya dia adalah sorang Ketua Polis (KP)  di daerah itu. Ceh suka-suka hati lempang orang.

Maka pulang la Yesung dan appa nya ke rumah dengan perasaan sedih.

Appa Yesung memujuk Yesung bahawa dia akan cari beg yang sama di kedai lain pula.

Keesokkannya harinya anak KP yang sebaya dengan Yesung pergi jumpa appa Yesung. Anak KP itu cakap dekat appa Yesung bahawa dia tahu ada kedai lain yang jual beg Sailor Moon yang serupa dan suruh appa Yesung follow dia.

Adegan habis di situ.

Adegan seterusnya, seorang mokcik ternampak appa Yesung tengah comolot sorang kanak-kanak perempuan yang terbaring di atas jalan raya. Kepala budak itu berdarah dan seluar nya sedikit terbuka.

Pandangan pertama tanpa usul periksa ianya kelihatan seperti kanak-kanak perempuan itu sedang dicabul oleh appa Yesung.

Mokcik itu menjerit sekuat hati dan polis pon datang.

Polis yang berat sebelah (mungkin sebab appa Yesung OKU dan miskin) telah memaksa appa Yesung untuk tandatangan repot polis yang mengatakan bahawa dia telah membunuh dan mencabul kanak-kanak prempuan anak KPN itu.

Appa Yesung telah dimasukkan ke dalam penjara.

Bila sampai dipenjara, sebelum masuk ke dalam cell kena belasah dengan Ketua Warden sebab kesalahan cabul kanak-kanak.

Bila masuk dalam cell, perkenalkan diri, banduan-banduan yang berada di dalam cell sambung belasah appa Yesung selepas dapat tahu jenayah appa Yesung.

Makna nya kesalahan cabul / rogol kanak-kanak ni memang berat dan serius. Bila dengo je rasa macam nak belasah pesalah itu kan.

Di dalam cell itu terdapat 5 banduan dengan kesalahan jenayah yang pelbagai.

Ketua nya ialah seorang bekas gangster. Tak tahu la gangster kampong mana.

Di pendekkan citer, daripada orang asing, banduan-banduan itu menjadi akrab disebabkan Yesung.

Yesung berjaya diseludup masuk ke dalam penjara sebab appa dia nak sangat jumpa Yesung dan impian dia itu direalisasikan oleh cinggu-cinggu banduan dia.

Nak bawak masuk Yesung ke dalam cell satu hal, nak bawak keluar pulak lagi satu masalah.

Di sini lah kedapatan unsur-unsur komedi yang nyata.

Setelah lama menetap di dalam penjara, rakan-rakan banduan appa Yesung ada sedikit moskel dengan kesalahan jenayah yang telah dilakukan oleh appa Yesung. Tingkah laku dan peel appa Yesung tidak selari langsung dengan jenayah yang dia telah lakukan. Merogol dan membunuh kanak-kanak??? 

Hmmm. Sempat lagi mereka berfikir bagi pihak appa Yesung.

Dipendekkan citer pada hari nak dekat perbicaraan akhir appa Yesung di mahkamah, rakan-rakan banduan appa Yesung berjaya merungkaikan kemoskelan mereka. Mereka berpendapat bahawa budak perempuan itu mati bukan sebab dibunuh tapi tergelincir dan seketul batu bata telah jatuh dan terkena kepala beliau yang menyebabkan kematian. Lantas mereka membantu appa Yesung bercakap kebenaran di dalam mahkamah. Siap tuliskan skrip bagai untuk bagi appa Yesung hafal semua jalan cerita satu per satu.  Waima Ketua Warden penjara juga menolong benarkan Yesung duduk di dalam cell bersama appa nya.

Dipendekkan citer lagi, citer ni memang tacing dekat nak habis. Sediakan tisu atau tuala muka di tepi. Kompom tangkap leleh huhuhu

Ribiu bergambar.


Adek manes ni Yesung bila dah beso. Watak tak berapa banyak. 
Bila dah beso jadi peguam dan rekues untuk bukak balik kes appa nya untuk buktikan appa nya tidak bersalah. Semoga rohnya appa dapat rehat dengan aman


Hari-hari dua beranak ni lepak depan kedai untuk tengok beg Sailor Moon yang kuning tu


Mokcik tu ber-omo-omo bila nampak adegan ini dan terus menjerit panggil polis


Sidang perbicaraan di dalam cell. Yang baju lain dari yang lain tu ialah cip dia. Ketua gengster muka ganas tapi tak reti baca. Nanti Yesung yang ajar baca dan tulis. Kekeke
 

 Yesung yang tengah tunggu appa dia. Tunggu tunggu tok kelik


Cell sikit punya cantik. Yang belah belakang tu bilik air 


Yesung di seludup masuk dalam cell 


 Rakan-rakan banduan melakonkan semula adegan itu untuk merungkaikan kemoskelan


Masa ni masing-masing telah kembali ke pangkal jalan dan jadi saksi. Peguamcara cakap kata-kata mereka bekas banduan tidak boleh dipercayai. Terus ahjussi ni melenting...hehehe lawak jugak part ni


Siap sedia dengan tisu atau apa-apa kain pengesat. Hari terakhir Yesung jumpa appa dia di dalam cell. 


Kemudian appa Yesung dibawa pergi ke sebuah bilik. Tidak sanggup berpisah dengan Yesung, appa Yesung sekali lagi merayu dan melutut. 

"Saya salah...saya salah. Maafkan saya. Huwaaaaaaaaaa" appa Yesung meraung

 *Jangan pisahkan aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta diaaaaa *  

...lagu tema berkumandang



"Appaaaaaaaaaaaaa..."

Sekian. Sob Sob.

4 comments:

eyyla said...

ermmm... cepat gak ribiu citer ni yer.. tak sabo nak tgk.. download dh siap nasib baik jumpa yg ada sub malay boleh lah feeling lbh2 kit...hehehe

waiem said...

Citer best kena ribiu cepat...hehehe

Shee said...

masih terasa kesan dan kebangkungan mata ambe tengok movie ni unnie....

waiem said...

Shee :)