Showing posts with label Song Yun Ah. Show all posts
Showing posts with label Song Yun Ah. Show all posts

Monday, July 28, 2008

KDrama : On Air (2008)



Synopsis

This drama is about the behind the scene in TV drama productions. It also portrays how the whole production team and performers complete a project in a tight schedule as well as how actors, actresses, and entertainment agencies handle rumors surrounding them. Jang Ki Joon (Lee Bum Soo) used to be a top manager in the business but he went bankrupt as he couldn't compete with other powerful agencies. He was 'rescued' by Oh seung Ah ( Kim Ha Neul) a top star who agreed to join his agnecy after breaking off with her former one. Lee Kyung Min (Park Yong Ha) was a drama PD who got his first chance at being a director. Seo Young Eun (Song Yoon Ah) is a much sought after script writer who was divorced and has a young son.

Total episode : 21

Credit : DramaWiki, KST, Soompi


oh i ols amat menyukai rumah nya ini...cantik bukan...tapi siap la nak mengelap dinding cermin kaca iteww kalu takde maid...ini umah Oh Seung Ah

Intro

Drama ini juga tidak kurang best dan hebat jugak ya. Rating drama ini juga tinggi menjadikan drama ini antara drama 2008 yang ngetop di Korea.

Berikut saya sertakan beberapa alasan yang telah menyumbang kepada ke-best-an drama ini mengikut 2 bijik mata saya yang tidak memakai kaca mata mahupun contact lens.

1. Pelakon-pelakon dia best-best belaka. Favorite actress saya juga turut belakon di dalam drama ini yang mana turut menyumbang drama ini menjadi best.

2. Al-kisah citer nya menarik. Saya suka akan kisah cerita nya. Kita dapat lihat bagaimana kdrama dibikin

3. Skrip dia merbeles dan bagus

4. Seterusnya, anda menonton la sendiri drama best ini. Semoga hidup kita lebih bermakna apabila menonton hasil tangan yang best ini. Drama best, kita pon tumpang jadi best walauponnn...kita takde kena mengena dengan ke-best-an itew sebenarnya hehehe.





Drama ini mengisahkan kisah disebalik tabir pembikinan drama Korea. Kita dapat saksikan bagaimana proses drama-drama Korea ini di bikin. Merangkumi dari segala aspek utama seperti :

1. Pemilihan penulis skrip
2. Pemilihan jalan cerita
3. Pemilihan pelakon - oleh pengarah atau penulis skrip
4. Pengarah drama
5. Penerbit

6 Rating
- Kat Korea kan depa berlawan-lawan rating drama sapa paling tinggi di antara 3 stesen TV utama - KBS, MBC & SBS. Jadi kita boleh lihat apa mereka buat untuk menaikan kan rating melalui drama ini

7. Masalah yang dihadapi
- Masalah disiplin
- Pelakon buat hal tarik diri dari projek drama
- Pelakon wanita berebut nak watak utama
- Pengurus artis lebih sudu dari kuah
- Dan sebagainya

8. Dan lain-lain faktor persekitaran

Rentetan pembikinan KDrama dapat dilihat di sini

Para pelakon:





Song Yoon Ah as Seo Young Eun

Beliau sebagai penulis skrip yang glamer dan disegani. Skrip drama yang ditulis oleh beliau pasti akan meletop mendapat rating yang tinggi melepasi 20%. Sebab tu beliau tergolong dalam kategori penulis skrip yang ngetop. Sebagai penulis skrip ngetop beliau juga bertindak memilih pelakon untuk skrip drama beliau dengan bertekak-tekak dengan ramai orang.

Seorang ibu tunggal beranak satu.

Dalam citer ini, beliau terlalu over-acting sebab mengikut kehendak skrip. Bukan skrip yang dia tulis tapi skrip drama sebenar. Jadi jangan menyampah kat dia ye. Hehe.

Bila skrip telah terhasil, skrip itu akan dibawa kepada tuan direktor untuk di-audit / di-edit / di-rombak jika perlu.

Siapakah tuan direktor itu? Tuan direktor itu seorang yang sangat comey seperti di bawah hehe


Park Yong Ha as Lee Kyung Min

Beliau sebagai Pengarah drama 'Ticket to the Moon' tulisan cik puan penulis skrip di atas. Pertama kali mengarah drama. Mereka berdua berkolobrasi dan kerja sama untuk menyiapkan drama itu hingga tamat. Saban hari kerja sama demi kerja sama sehingga la mereka kuch kuch hota hey. Hehehe. Tapi mak dia tak suka teman wanita nya kerana status janda beranak satu. Mak dia mengaku yang mak dia kolot sedikit, tidak dapat menerima menantu janda beranak satu.


Sedih tidak keruan apabila pilihan hati direjek oleh ibu tersayang. Tengah sedih pon comey

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, bagaimanakah kisah percintaan mereka seterusnya? Saksikan la sendiri.


Kim Ha Neul as Oh Seung Ah

Dia ni pula sebagai aktres terkenal no.1 di Korea konon²nya. Dalam masa 7 tahun beliau berjaya mengukir nama di industri seni. Bila sudah terkenal dan popular, beliau sangat angkuh dan berlagak.

Dia punya watak saya ada moskel sikit. Saya tak paham kenapa beliau memilih menjadi artis yang angkuh, sombong, demanding selepas beliau bersusah payah menapakkan diri dalam bidang lakonan hingga hampir kena rakam aksi bogel masa pi interview nak jadi artis lepas tamat sekolah. Macam familiar je scenario ni. Artis dan berbogel memang tak dapat di pisahkan gak nye ek. Moral of the stori, jangan jadi artis, nanti kena bogel huhu

Terkasima kejab tengok wajah beliau yang semakin jelita di dalam drama ini. Jelita tapi dagu tak berapa nak runcing hohoho


Lee Bum Soo as Jang Ki Joon

Beliau sebagai pengurus artis bernama Pengurus Jang. Satu hari syarikat nya sedang diambang bengkrap dan hampir menyebabkan beliau kehilangan bisnes. Kemudian datang aktres popular di atas itu yang mahu menggunakan khidmat pengurus artis ini walaupun syarikat Pengurus Jang ini akan bangkrap. Sebenarnya ada sebab aktress itu mahu pengurus ini menguruskan diri nya.




Lee Hyung Chul as Jin Sang Woo (SW Entertainment President)

( Luca Toni lepas Azzurri tewas Euro 08 telah berhijrah ke Korea dan menjadi pelakon drama wahahaha. I ols nampak dia ni ada iras LT la plak ahaks)
Dia ni pula bekas pengurus aktres popular Oh Seung Ah itu. Lepas kontrak nya bersama aktres itu tamat, aktres itu lari mencari pengurus lain yang boleh dipercayai. Pengurus Jin namanya. *jin lapar tuanku* Pengurus Jin ini mengamalkan pengurusan ala diktator sebab itu aktres dia lari dengan pantas selepas kontrak tamat. Seme nak kena ikut cakap dia. Tak bole jadik men.

Disebabkan Oh Seung Ha merupakan lubuk emas dia telah lari ke syarikat pengurus artis lain, maka dia sakit hati dan mula menggunakan strategi keji untuk menggelapkan karier Oh Seung Ah.

OSTOn Air Playlist Turut menyumbang kan lagu FT Island dan Park Yong Ha sendiri dan keduanya lagu sedap lazat dan berkrim

Fan made MV (credit astralyz)
Bad Love - Park Yong Ha
If - Naby

Rating
: Also recommended

Tuesday, October 17, 2006

Filem : Arang (2006)



Synopsis
Veteran detective So-young and her rookie partner Hyun-gi happen onto an incendiary homicide case. While Hyun-gi is goofing up and distracting So-young, So-young senses that there is something wrong in the case. They discover that the present case is somehow related to the mysterious death of a girl ten years previously. At this point, So-young becomes plagued with nightmares in which the girl appears. And the serial killings continue...
Starring : Lee Dong Wook , Song Yun Ah

Laman web


Tajuk citer ni Arang. Tapi sampai habis citer seketul arang aram pun tak de enterprem hahaha Acah je.

'Arang' dalam citer ni merujuk kpd sebuah hikayat seram zaman dulu kala di Korea. Hikayat hantu, dendam dam menuntut bela. Citer ni kategori seram yg konpius lagi mengkonpiuskan huhu

Filem ni merupakan filem pertama lakonan Lee Dong Wook, hero drama My Girl. Dalam citer ni dia bergandingan dengan Song Yun Ah, heroin Hotelier.

Kisah mengenai seorang pompuan yang dah mati yg bangkit menuntut bela atas kematian nya setelah 10 tahun. Lama tu. Yang menarik ialah setiap mangsa yg akan dibunuh akan menerima emel. Emel bersebut mengajak mereka ke Rumah Garam. Rumah Garam ni di mana perempuan tersebut mati. Kat umah garam tu memang ditempatkan banyak garam. Kira macam gudang garam la tapi tapi bukan gudang yg proses rokok gudang garam yach huhu. Tak larut plak garam² tersebut bila ari ujan ek. Sebab atap gudang ada kelihatan rongak di sana sini.

Perempuan tersebut mati tertimbus dengan garam dalam kuantiti yg banyak. Sebelum perempuan ni mati dia telah dirogol berjemaah dan kemudian hamil. Yg peliknya dia tak plak bunuh org yg timbus dia ngn garam sampe mati. Dia cuma mau bunuh orang² yg merogol dia saje. Konpius sungguh haha.

Bila dah ada kes bunuh maka pihak polis pon akan sibuk la menyiasat. Seorang polis perempuan lakonan Song Yun Ah bersama Lee Dong Wook pon menyiasat la kes bunuh yg pelik tersebut di mana cara pembunuhan hampir serupa. Siasat punya siasat berjaya la mengorek rahsia sebenar yg mana Lee Dong Wook juga ada kaitan dengan kes bunuh tersebut. Dia pernah suka kat pompuan tu suatu waktu dahulu tapi cintanya hanya bertepuk sebelah tangan *bek ground muzik lagu Pupus :P* Dan dia juga yg menjadik tukang rakam video sewaktu perempuan tersebut dirogol.

Citer ni kedapatan adegan tergantung dimana sebab Song Yu Ah mau menjadi polis kerna mau mencari sesorang dan membunuh org itu. Org itu telah merogol dia sewaktu remaja. Org yg bunuh dia itu ada parut kat tangan. Tapi sampe abis citer tak berjumpa dengan org itu. Saya teka musti ia menjadi salah satu dr jalan citer dalam citer ni tapi nan ado gamaknya. Dan juga kehadiran Lee Dong Wook dalam tim polis menjadi tanda soal kerna kehadiran dia dalam tim polis bukan untuk membantu pihak polis tetapi turut menyumbang kepada kekonpiusan polis menyelesaikan masalah hahaha.

Elemen seram yg biasa di mana hantunya perempuan berambut panjang dan mata yg menakutkan. Sebagai seorang yang tak berapa berani, pada saya citer ni menakutkan lelebih ada adegan tengah drive tertengok cermin keta dari dalam nampak hantu kat cermin. Uwaaaa. Seram. Maknanya ada hantu lam keta dok follow dia. Seram sebab mek salu drive sensorang balik dari berembun tetengahmalam huhuhu.

Makanya saksikan la citer ni untuk mengetahui siapakah pembunuh yg sebenarnya dan boleh saksikan Lee Dong Wook yg kurang smart berbanding lam citer My Girl hehe.

Friday, March 17, 2006

KDrama : Hongkong Express (2005)




Synopsis

This drama depicts the relationships between four individuals in the urban jungle of Hong Kong. Han Joen Young (Song Yoon Ah) is an interior designer engaged to rich tycoon Choi Kang Hyeuk (Cha In Pyo). Before she can marry her rich boyfriend, she chances upon her old flame Kang Min Soo (Cho Jae Hyun), bringing pause to her love life. But there are darker happenings afoot, including the secret behind a murder - and both of Joen Young's lovers may be involved! Co-starring Kim Hyo Jin, Hong Kong Express is a riveting drama about a heartbreaking and potentially dangerous love triangle.
Total episode : 16
Credit : DramaWiki




Lelaki A dan adek perempuan lelaki B

Dah lama aku peram citer ni. Tak apdet² hehe.

Ini celita mengkisahkan tentang 2 lelaki A dan B yang berkawan kerna terpaksa dan tanpa rela. Sorang gengster dan seorang direktor di sebuah syarikat gergasi di Korea. Mereka bertemu di Hong Kong dan berakhir di Korea.

Lelaki A berhijrah ke Hong Kong selepas insiden terbunuh datuk nya sewaktu di laut. Dia menyalahkan diri dia dan membawa diri ke Korea sbb nak lupakan peristiwa sedih iteww.

Lelaki B plak pi Hongkong atas tujuan bisnes.

Mereka 'berkawan' sebab lelaki B telah melanggar lari seorang pelajar hingga mati dan polis sedang mencari siapa pelanggarnya. Bagaimanapun lelaki A telah menyerah diri kepada polis dan mengaku dia melanggar. Semasa kejadian berlaku lelaki A dan B berada di dalam kenderaan yg sama bersama sorang lagi saksi iaitu gelpren lelaki B. Takkan lelaki A nak serah diri buta² je kan? Musti ada tukar ganti dengan duit. Ya lelaki A berkehendakkan sejumlah wang yang besar kerana adik angkat dia dah pinjam duit ngn Along sejumlah duit. Don play play ngn Along yach. (Asal Hongkong musti ada Along hehe) Dan lelaki A pesan kat lelaki B suruh jaga adik² dia semasa dia berada dalam penjara.

Kemdian lokasi beralih ke Korea. Lepas keluar penjara lelaki A mencari B di Korea. Suka tak suka lelaki B terpaksa memberi satu jawatan pada A kat kompeni dia. Maka bermula la intermission yang mana lelaki B sangat berdendam dengan lelaki A tapi tak boleh nak buat apa. Adek perempuan B lak jatuh cinta pada A yang pada awalnya hanya berpura² sebab nak kasik lelaki B hangin satu badan.

Prinsip lelaki B, ada 3 perkara penting dia sanggup buat apa saja kalau ada sesiapa yang mengganggu atau mengacau 3 benda penting dia. Keluarga, kerjaya dan teman wanita. Kalau ada sapa kacau dia akan bertindak kijam.


Lelaki B bersama teman wanita nya. Tengok pompuan ni musti ingat Nasha Aziz

Nak dijadikan citer teman wanita B adalah 'cinta monyet' merangkap chentar pertama lelaki A sejak dari kecik. Mereka kawan masa kecik dan terpisah bila pompuan tu ikut pindah bersama keluarga angkat dia. Dia memang dah lama nak cari pompuan tu. Pompuan tu jugak rindu dan teringin nak jupa kawan dia masa kecik. Memasing ada simpan gambo kenangan waktu kecil. Maka berlaku la konflik. Selanjutnya kena la menonton ini drama yach.

Aku suka watak lelaki A dan B yang banyak bermain dengan emosi dalaman sebab masing² memendam rasa dan perasaan.

Watak A seorang yang muram, kesorangan, tak bahagia. Siapa yang tengok akan bersimpati ngn dia dan dalam masa yang sama geram tahap cipan tengok dia sebab dia hanya anguk² je bila kena buli. Mcm tak de pendirian nye orang. Hanya ikut arahan.

Watak B seorang yang kesepian, ego, mencari² kehidupan sebenar. Dendam yang tak terluah.

Aku beli citer ni sebab nak tengok heroin dia Song Yun Ah. Lepas drama Hotelier dia blakon citer ni. Dan hero² dia seme hero yang berpengalaman dan senior sket (tammo cakap tua hehe)

Ok la citer ni. Ada adegan gengster, buli. Ok bagi aku sebab tak de sangat adegan cintan cintun tangkap leleh hehe. Dan disebabkan hati yang geram dan tak dapat dikawal maka pembunuhan berlaku. Sorang akan mati. Nak carik soundtrack dia. Ada lagu best.

Thursday, December 01, 2005

Filem : Jail Breakers (2002)


Mr.B (kiri)

Synopsis

Jae-Pil and Mu-suk have both been in prison for a few years now. During these years, both prisoners have been exemplary inmates. Mu-suk has a lot of respect from the other prisoners and Jae-Pil has always been nice and respectful to the guards and chief, which gave him a bad reputation among other prisoners.

The next special amnesty day, the Independence Day Special Pardons, is coming soon and both would really like to be on the list of the pardoned prisoners. But the prison chief doesn’t want to spoil the names of the lucky men before it’s time. Mu-suk and Jae-Pil decide that they have enough of this life style and they want their freedom back. The two prisoners make their escapes and swear to never return to their cells. Until they read the next mornings newspaper where they discovers that their names are on the Special Amnesty list. They now have to get back into prison as soon as possible and settle this matter with the chief but it seems that it was much more easier for them to get out of prison that to get in.



Ekceli dah lama aku carik citer ni dari tahun 2003 lepas tengok drama Hotelier kat TV3 sikit masa dulu. Sekarang baru jupe. Sampai kirim ngn org Korea, kirim ngn opismet yang pi Korea suh carik citer ni sebab aku tak jumpa cari kat sini. However segala usaha menemui kegagalan sebab kirim ngn org yg tak layan tengok citer² ni seme. Depa tatau nak carik kat mana. Memang la tak jupe hehe.

Tak de le best sangat citer ni pon. Saja je sebab aku nak tengok lakonan heroin dia, yak itu heroin yang blakon drama Hotelier. Nama Song Yun Ah ada iras cam Nasha Aziz sket. Besa la aku kalu dah minat sorg plakon, akan korek carik citer lain yang dia blakon jugak. Korek nye korek dia ada menang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi citer ni kat pesta pilem Korea sket masa dulu.

Bila dah tengok...hek eleh haha Aku moskel tang mana yang membolehkan dia menang pelakon pembantu iteww. Tapi nama award pon 'pelakon pembantu' mungkin watak dia membantu melancarkan perjalanan jalan citer ni kot.

Seperti ringkasan jalan citer, citer ni pasal penghuni² jel. Watak utama Mr. A and Mr. B. Mr. A memang ada niat nak melarikan diri dari jel. Dalam diam Mr. A telah korek lubang dari bilik jel yg dia duduki dengan menggunakan sudu selama 6 tahun yeww. Apaaaa??? Guna sudu? Haha semangat waja tol dia. Mr. B lak ingin melarikan diri sebab gelpren nak kawen ngn org lain sebab tak tahan tunggu Mr. B lelama dalam jel. Gelpren dia tu heroin tu la. Maka Mr. B pon follow Mr. A melarikan dari melalui lubang yang dikorek oleh Mr. A menggunakan sudu.

Alkisahnya 2 hari selepas mereka melarikan adalah Independence Day kat Korea. Pada hari tersebut sapa banduan yg berkelakuan baik dapat pengampunan dan boleh bebas awal. Mr. A ngn Mr. B tatau depa ni akan di ampunkan. Bila tanya pegawai samaada nama depa ada atau tidak, pegawai tak nak beritahu. Nak kasik seprais konun. Tak sempat tunggu seprais Mr. A ngn Mr. B berjaya melarikan diri. Bila dapat tau nama depa termasuk dalam senarai yang diampunkan keluar dalam paper depa pun menyesal dan mahu kembali semula ke jel sebab mau bebas cara baik. Maka berusaha la sinchan mencari jalan cemana nak kembali semula ke dalam jel. Selanjutnya kena la tengok citer ni.

P/ S : Drama Korea yang terbaik bagi aku hingga hari ini dari segi jalan citer, lakonan, soundtrack ialah Hotelier. Complete. Cukup serba serbi. Belom ada lagi drama yang aku dah tengok setakat ni leh celen sama Hotelier. Pada aku la hehe. Lagu drama terbaik lagi best lak citer Stairway to Heaven :)