Synopsis
This drama is about the behind the scene in TV drama productions. It also portrays how the whole production team and performers complete a project in a tight schedule as well as how actors, actresses, and entertainment agencies handle rumors surrounding them. Jang Ki Joon (Lee Bum Soo) used to be a top manager in the business but he went bankrupt as he couldn't compete with other powerful agencies. He was 'rescued' by Oh seung Ah ( Kim Ha Neul) a top star who agreed to join his agnecy after breaking off with her former one. Lee Kyung Min (Park Yong Ha) was a drama PD who got his first chance at being a director. Seo Young Eun (Song Yoon Ah) is a much sought after script writer who was divorced and has a young son.
Total episode : 21
Credit : DramaWiki, KST, Soompi
oh i ols amat menyukai rumah nya ini...cantik bukan...tapi siap la nak mengelap dinding cermin kaca iteww kalu takde maid...ini umah Oh Seung Ah
Intro
Drama ini juga tidak kurang best dan hebat jugak ya. Rating drama ini juga tinggi menjadikan drama ini antara drama 2008 yang ngetop di Korea.
Berikut saya sertakan beberapa alasan yang telah menyumbang kepada ke-best-an drama ini mengikut 2 bijik mata saya yang tidak memakai kaca mata mahupun contact lens.
1. Pelakon-pelakon dia best-best belaka. Favorite actress saya juga turut belakon di dalam drama ini yang mana turut menyumbang drama ini menjadi best.
2. Al-kisah citer nya menarik. Saya suka akan kisah cerita nya. Kita dapat lihat bagaimana kdrama dibikin
3. Skrip dia merbeles dan bagus
4. Seterusnya, anda menonton la sendiri drama best ini. Semoga hidup kita lebih bermakna apabila menonton hasil tangan yang best ini. Drama best, kita pon tumpang jadi best walauponnn...kita takde kena mengena dengan ke-best-an itew sebenarnya hehehe.
Drama ini mengisahkan kisah disebalik tabir pembikinan drama Korea. Kita dapat saksikan bagaimana proses drama-drama Korea ini di bikin. Merangkumi dari segala aspek utama seperti :
1. Pemilihan penulis skrip
2. Pemilihan jalan cerita
3. Pemilihan pelakon - oleh pengarah atau penulis skrip
4. Pengarah drama
5. Penerbit
6 Rating
- Kat Korea kan depa berlawan-lawan rating drama sapa paling tinggi di antara 3 stesen TV utama - KBS, MBC & SBS. Jadi kita boleh lihat apa mereka buat untuk menaikan kan rating melalui drama ini
7. Masalah yang dihadapi
- Masalah disiplin
- Pelakon buat hal tarik diri dari projek drama
- Pelakon wanita berebut nak watak utama
- Pengurus artis lebih sudu dari kuah
- Dan sebagainya
8. Dan lain-lain faktor persekitaran
Rentetan pembikinan KDrama dapat dilihat di sini
Para pelakon:
Song Yoon Ah as Seo Young Eun
Beliau sebagai penulis skrip yang glamer dan disegani. Skrip drama yang ditulis oleh beliau pasti akan meletop mendapat rating yang tinggi melepasi 20%. Sebab tu beliau tergolong dalam kategori penulis skrip yang ngetop. Sebagai penulis skrip ngetop beliau juga bertindak memilih pelakon untuk skrip drama beliau dengan bertekak-tekak dengan ramai orang.
Seorang ibu tunggal beranak satu.
Dalam citer ini, beliau terlalu over-acting sebab mengikut kehendak skrip. Bukan skrip yang dia tulis tapi skrip drama sebenar. Jadi jangan menyampah kat dia ye. Hehe.
Bila skrip telah terhasil, skrip itu akan dibawa kepada tuan direktor untuk di-audit / di-edit / di-rombak jika perlu.
Siapakah tuan direktor itu? Tuan direktor itu seorang yang sangat comey seperti di bawah hehe
Park Yong Ha as Lee Kyung Min
Beliau sebagai Pengarah drama 'Ticket to the Moon' tulisan cik puan penulis skrip di atas. Pertama kali mengarah drama. Mereka berdua berkolobrasi dan kerja sama untuk menyiapkan drama itu hingga tamat. Saban hari kerja sama demi kerja sama sehingga la mereka kuch kuch hota hey. Hehehe. Tapi mak dia tak suka teman wanita nya kerana status janda beranak satu. Mak dia mengaku yang mak dia kolot sedikit, tidak dapat menerima menantu janda beranak satu.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, bagaimanakah kisah percintaan mereka seterusnya? Saksikan la sendiri.
Kim Ha Neul as Oh Seung Ah
Dia ni pula sebagai aktres terkenal no.1 di Korea konon²nya. Dalam masa 7 tahun beliau berjaya mengukir nama di industri seni. Bila sudah terkenal dan popular, beliau sangat angkuh dan berlagak.
Dia punya watak saya ada moskel sikit. Saya tak paham kenapa beliau memilih menjadi artis yang angkuh, sombong, demanding selepas beliau bersusah payah menapakkan diri dalam bidang lakonan hingga hampir kena rakam aksi bogel masa pi interview nak jadi artis lepas tamat sekolah. Macam familiar je scenario ni. Artis dan berbogel memang tak dapat di pisahkan gak nye ek. Moral of the stori, jangan jadi artis, nanti kena bogel huhu
Terkasima kejab tengok wajah beliau yang semakin jelita di dalam drama ini. Jelita tapi dagu tak berapa nak runcing hohoho
Lee Bum Soo as Jang Ki Joon
Beliau sebagai pengurus artis bernama Pengurus Jang. Satu hari syarikat nya sedang diambang bengkrap dan hampir menyebabkan beliau kehilangan bisnes. Kemudian datang aktres popular di atas itu yang mahu menggunakan khidmat pengurus artis ini walaupun syarikat Pengurus Jang ini akan bangkrap. Sebenarnya ada sebab aktress itu mahu pengurus ini menguruskan diri nya.
Lee Hyung Chul as Jin Sang Woo (SW Entertainment President)
( Luca Toni lepas Azzurri tewas Euro 08 telah berhijrah ke Korea dan menjadi pelakon drama wahahaha. I ols nampak dia ni ada iras LT la plak ahaks)
Dia ni pula bekas pengurus aktres popular Oh Seung Ah itu. Lepas kontrak nya bersama aktres itu tamat, aktres itu lari mencari pengurus lain yang boleh dipercayai. Pengurus Jin namanya. *jin lapar tuanku* Pengurus Jin ini mengamalkan pengurusan ala diktator sebab itu aktres dia lari dengan pantas selepas kontrak tamat. Seme nak kena ikut cakap dia. Tak bole jadik men.
Disebabkan Oh Seung Ha merupakan lubuk emas dia telah lari ke syarikat pengurus artis lain, maka dia sakit hati dan mula menggunakan strategi keji untuk menggelapkan karier Oh Seung Ah.
OSTOn Air Playlist Turut menyumbang kan lagu FT Island dan Park Yong Ha sendiri dan keduanya lagu sedap lazat dan berkrim
Fan made MV (credit astralyz)
Bad Love - Park Yong Ha
If - Naby
Rating : Also recommended
If - Naby
Rating : Also recommended
No comments:
Post a Comment