Wednesday, July 23, 2008

On Air - Drama Making


Drama ini mengisahkan citer pembikinan drama Korea dari awal hingga akhir.

Mari kita layannn

Bab remaja lepasan sekolah mahu jadi pelakon / selebreti /artis


Remaja ini mahu menjadi pelakon terkenal seperti aktress popular Secret Sunshine di atas. Aktress popular tu kata tak susah nak jadi macam dia. Cuma yang payah nak dapatkan attention orang. Bab ni kat mana-mana pon serupa. Keinginan mahu jadi artis. Samada artis bermoral atau pun tidak. Bergantung pada tahap kecepatan mahu cepat glamer dan dapat perhatian orang


Dalam pembikinan drama Korea, 'rating' memainkan peranan yang penting. Rating sebagai pengukur samada drama ini ditonton ramai orang atau tidak. Persaingan drama amat pesat. Oleh itu mereka memerlukan rating. Tapi pada saya rating rendah tidak bermaksud drama itu kurang bagus atau kurang kualiti. Masalah nya di sana terlampau banyak saingan dan pilihan. Dalam banyak saingan itu penonton kena pilih 1 drama saja dalam satu masa. Pada satu malam ada 3 drama ditayangkan serentak di 3 stesen tv utama Korea KBS, MBC & SBS. Jadi drama mereka fighting-fighting antara satu sama lain.


Penulis skrip pula menegaskan drama yang bagus perlu ada skrip yang bagus.


Kemudian skrip mesti diluluskan terlebih dahulu


Siapakah yang meluluskan skrip? Tu ahjussi tu iaitu Ketua stesen TV. Penulis skrip akan berbincang dengan ketua stesen tv drama apa yang hendak dibuat


Sebagai penulis skrip tersohor, beliau ego sket sebab drama beliau sebelum-sebelum nya tak pernah dapat rating rendah. Kali ni beliau nak buat drama kisah seorang perempuan cantik dewasa yang mempunyai mental budak 7 tahun. Bertekak punya bertekak akhirnya skrip lulus juga


Ketua stesen tv masih tak puas hati dengan jalan citer drama itu. Masalah untuk mendapatkan pelabur


Bab mencari lead aktor dan aktress pula selepas skrip dah lulus. Citer ni ramai cameo pelakon² antara beliau ini Kang Hye Jung. Tapi beliau tolak tawaran ni sebab beliau dah penah blakon watak pompuan sakit mental dalam filem Herb & Welcome to Dangmokgol


Pencarian hero pula. Penulis skrip nak dia ni. Tapi dia sudah ada komitmen drama lain. So tak dapek den nak nolong. P/S : Rasa macam nak cocok-cocok je lesung dia tu hahaha



Maka satu ujibakat mencari lead aktor diadakan sebab seme hero popular lain dah ada komitmen


Pengarah mahu hero berwajah mat saleh yang bole speaking korea. Tapi penulis skrip tak setuju dengan mengambil kira drama-drama sebelumnya. Andey andey yanadey...



Antara masalah yang timbul. Lead aktres yang banyak songeh. Sebab dia rasa dia dah popular sangat maka dia demand hero gred A yang dia akan bergandingan dalam drama iteww



Lepas semua langkah-langkah di atas telah ok dan confirmed, maka mereka akan ber-reheasel skrip dalam bilik konferen



Kemudian sesi photoshoot poster dan gambar


Kemudian OST sapa yang buat


Kemudian sesi kenduri mintak doa supaya semenya sukses


Kemudian rombongan ke lokasi menggunakan truck-turck stesen TV


'Aku bilang action lain kali cakap'


Sesi sidang akhbar sebelum Episode 1 ke udara. Biasanya seminggu sebelum waktu penayangan drama sebenar


Sesi beting rating episode 1 oleh para crew





Bagaimana rating di kira? TV kat umah kena pasang satu alat yg ada diregister untuk pengiraan rating. So maknanya kalu sebuah umah ada 10 tv, bukak 10-10 tv tapi tak termasuk dalam pengiraan rating kalu tak pasang bendalah tu. Sebab dalam citer ni mak penulis skrip itu kalut menelefon sedara mara suh bukak semua tv yang ada untuk naikkan rating drama anak dia. Tapi ahjumma tu beritahu seperti dialog di gambar di atas...


Sesi edit masukkan lagu bagai


Masing-masing saspen nak tengok rating di keesokkan hari nya di internet. Antara scene yang lucu


Rating episode 1 telah diketahui


Cameo


Sesi dubbing scene cakap kat telefon


Drama yang depa sedang bikin 'Ticket to The Moon'


Shooting di dalam studio dengan props yang sedia ada. Studio ni biasanya di dalam bangunan stesen TV itu sendiri. Siap seme bilik tidur dan ruang tamu hehe. Contoh macam drama yang panjang berjela 100 lebih episode depa shooting kat studio utk adegan di rumah. Cth citer kat KBS World 'Likeable or Not', 'My Destiny', banyak sunting di studio sajor. Boleh dengar bunyik lantai papan plywood hahaha


Last skali siap shooting seme, video akan diserahkan pada ahjusshi untuk tayangan di TV





Penutup wrap up party setelah tammat episode akhir mereka akan berparty meraikan seme usaha dan penat lelah para crew



Happy ending



Ending happy

Credit soft subs : KST


Realitinya begitu la ya prosedur KDrama ini di buat. Mungkin krew drama kita di sini boleh amek sket petua-petua kdrama untuk buat drama yang bagus di sini terutama bab skrip / dialog. Memandangkan channel KBS World bole ditonton oleh semua pelanggan Astro, makanya boleh la studi skrip drama-drama Korea ini. Bukan apa I ols salu dapat migrain bila dengar skrip drama u ols kat sini huhuhu

...bersambung lah lagi...lapan lagi...

No comments: