Salam sejahtera
Para penonton bapak-bapak ibuk-ibuk semuanya
Hehehe
Harini saya bukan mahu berdangdut tetapi mahu berkongsi satu info mengenai tajuk di atas yang mana semua bapak-bapak dan ibuk-ibuk harus tahu sebagai maklumat tambahan. Kalau udah ketahuan ya lagi bagus
Pada Sabtu lepas bertempat di dewan Masjid KLCC saya telah menghadiri satu ceramah kesihatan mengenai HIV & AIDS yang saya kira amat bagus sekali isi kandungan yang dilemparkan. Banyak info yang saya baru tahu. Selama ni tahu jugak tapi tak berapa amek port dengan lebih mendalam. Jadi saya mahu berkongsi info-info tersebut dengan anda semua. Saya akan meribiu ceramah ini sedikit masa lagi sebab gue perlukan waktu untuk menaip apa yang perlu di ribiu.
Antara poin penting nya ialah virus HIV ini sangat aktif di dalam 3 tempat :
1. Dalam darah
2. Dalam air mani lelaki
3. Dalam cecair di faraj wanita
Virus AIDS ni berasal daripada Amerika pada tahun 1981 dari pasangan gay. Aigooo date dia 5 June daa huhuhu. Sebelah dengan besday gue. Dan virus ini telah dengan pantasnya merebak ke seluruh doniya dan di Malaysia
Asal puncanya telah diketahui.
Seterusnya bagaimana kah langkah-langkah mencegah / pengawalan yang dapat dilakukan oleh kita terutama suri rumah dan ibuk-ibuk sekalian? Kita sebenarnya terdedah juga kepada virus ini walaupun kita tidak hisap dadah (berkongsi jarum suntikan), tidak mengamalkan seks bebas (bertukar pasangan) dan tidak homoseksual.
Jika ianya hanya terkena di kalangan mereka saja tak pe juga kan. Masalahnya sekarang insan-insan yang tidak bersalah juga terkena tempias nya.
Oleh yang demikian, kita perlu peka, berilmu dan amek tahu langkah-langkah mengelakkan nya dan juga mencegahnya untuk lapisan generasi akan datang, anak-anak puan-puan yang bakal memimpin negara. Untuk generasi yang sedia ada mungkin tidak dapat dibendung lagi sebab sudah terlanjur. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak *ehem* HIV la dapat nya. Bab-bab terlanjur batiniah ni susah nak cakap sebab kita tidak mengalaminya. Yang tak susah cakap ialah bab-bab membendung keterlanjuran, mengawal sebelum terlanjur, mengelak dari terlanjur, mencegah ketelanjuran, menyampaikan info dan maklumat, membenteras, mendidik tentang bahaya virus ini jika terlanjur dan perkara-perkara yang sewaktu dengan nya. Tetapi tidak harus cepat menghukum ya.
Nantikan kisah extended nya di Part 2. Jengjengjeng*muzik latar*
No comments:
Post a Comment