Tuesday, October 17, 2006

Filem : Arang (2006)



Synopsis
Veteran detective So-young and her rookie partner Hyun-gi happen onto an incendiary homicide case. While Hyun-gi is goofing up and distracting So-young, So-young senses that there is something wrong in the case. They discover that the present case is somehow related to the mysterious death of a girl ten years previously. At this point, So-young becomes plagued with nightmares in which the girl appears. And the serial killings continue...
Starring : Lee Dong Wook , Song Yun Ah

Laman web


Tajuk citer ni Arang. Tapi sampai habis citer seketul arang aram pun tak de enterprem hahaha Acah je.

'Arang' dalam citer ni merujuk kpd sebuah hikayat seram zaman dulu kala di Korea. Hikayat hantu, dendam dam menuntut bela. Citer ni kategori seram yg konpius lagi mengkonpiuskan huhu

Filem ni merupakan filem pertama lakonan Lee Dong Wook, hero drama My Girl. Dalam citer ni dia bergandingan dengan Song Yun Ah, heroin Hotelier.

Kisah mengenai seorang pompuan yang dah mati yg bangkit menuntut bela atas kematian nya setelah 10 tahun. Lama tu. Yang menarik ialah setiap mangsa yg akan dibunuh akan menerima emel. Emel bersebut mengajak mereka ke Rumah Garam. Rumah Garam ni di mana perempuan tersebut mati. Kat umah garam tu memang ditempatkan banyak garam. Kira macam gudang garam la tapi tapi bukan gudang yg proses rokok gudang garam yach huhu. Tak larut plak garam² tersebut bila ari ujan ek. Sebab atap gudang ada kelihatan rongak di sana sini.

Perempuan tersebut mati tertimbus dengan garam dalam kuantiti yg banyak. Sebelum perempuan ni mati dia telah dirogol berjemaah dan kemudian hamil. Yg peliknya dia tak plak bunuh org yg timbus dia ngn garam sampe mati. Dia cuma mau bunuh orang² yg merogol dia saje. Konpius sungguh haha.

Bila dah ada kes bunuh maka pihak polis pon akan sibuk la menyiasat. Seorang polis perempuan lakonan Song Yun Ah bersama Lee Dong Wook pon menyiasat la kes bunuh yg pelik tersebut di mana cara pembunuhan hampir serupa. Siasat punya siasat berjaya la mengorek rahsia sebenar yg mana Lee Dong Wook juga ada kaitan dengan kes bunuh tersebut. Dia pernah suka kat pompuan tu suatu waktu dahulu tapi cintanya hanya bertepuk sebelah tangan *bek ground muzik lagu Pupus :P* Dan dia juga yg menjadik tukang rakam video sewaktu perempuan tersebut dirogol.

Citer ni kedapatan adegan tergantung dimana sebab Song Yu Ah mau menjadi polis kerna mau mencari sesorang dan membunuh org itu. Org itu telah merogol dia sewaktu remaja. Org yg bunuh dia itu ada parut kat tangan. Tapi sampe abis citer tak berjumpa dengan org itu. Saya teka musti ia menjadi salah satu dr jalan citer dalam citer ni tapi nan ado gamaknya. Dan juga kehadiran Lee Dong Wook dalam tim polis menjadi tanda soal kerna kehadiran dia dalam tim polis bukan untuk membantu pihak polis tetapi turut menyumbang kepada kekonpiusan polis menyelesaikan masalah hahaha.

Elemen seram yg biasa di mana hantunya perempuan berambut panjang dan mata yg menakutkan. Sebagai seorang yang tak berapa berani, pada saya citer ni menakutkan lelebih ada adegan tengah drive tertengok cermin keta dari dalam nampak hantu kat cermin. Uwaaaa. Seram. Maknanya ada hantu lam keta dok follow dia. Seram sebab mek salu drive sensorang balik dari berembun tetengahmalam huhuhu.

Makanya saksikan la citer ni untuk mengetahui siapakah pembunuh yg sebenarnya dan boleh saksikan Lee Dong Wook yg kurang smart berbanding lam citer My Girl hehe.

No comments: