Tuesday, September 07, 2010

Salam Aidilfitri



1. Di kesempatan ini saya dan suami ingin mengucapkan selamat menyambut 1 Syawal yang bakal menjelma kelak. Semoga kedatangan Syawal kali ini akan memberi kita semua kerahmatan dan keberkatan yang berlipat ganda dari tahun-tahun sebelum nya.

2. Di hari yang mulia ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf andai sepanjang tempoh berbelog saya ada terkasar bahse, terkecik kan hati sapa-sapa , terlezer ke secara sengaja ataupon tidak. Maafkan lah daku insan biasa yang tidak terlepas melakukan kesilapan.

3. Bagi yang pulang ke kampung berhari raya, berhati-hati di jalan raya. Hati girang, girang jugak, nak memotong jalan jangan lupa bagi signal

4. Tahun ini juga merupakan raya yang spesel buat saya sebab pertama kali beraya di rumah ibu mertuaku bersama suami terchenta. Pagi raya kita beraya di Kampung Delek, Klang. Lepas solat Jumaat (kemungkinan raya jatuh hari Jumaat), baru berlepas ke Johor Bahru. Yipeeeeeeeeee. Tak saba nak makan masakan mak. Dah boring daa makan masakan sendiri. Kenapa JB jauh? Wae? Wae? Kekeke

5. Di hari raya nanti jemput lah datang ke rumah bila-bila masa sepanjang Syawal. Rumah ambe sentiasa terbuka setiap hari. Tak payah tunggu open haus baru nak datang sebab ambe secara peribadi tidak gemor konsep open haus / rumah terbuka ni. Sebab, nanti tak dapat nak sembang kalau semua datang serentak. Raya dah le setahun sekali. Kadang-kadang ada member-member yang kita berjumpa bersua muka pon setahun sekali. Mana nak layan tetamu lain, mana nak sembang.

6. Anda penah tak ter-kecik hati bila tidak di layan oleh tuan rumah sewaktu rumah terbuka sebab umat terlalu ramai hingga buatkan tuan rumah terlepas pandang kawannye sendiri?

7. Kalau nak datang koling-koling yach dan permintaan makanan boleh di buat. Paling cikai pon nasik goreng, kalu tak sempat nak masak macam-macam hehehe

8. Bersederhana la di dalam beraya dan ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik menyambut Syawal berbanding kita.

9. Tata

No comments: