Friday, October 01, 2010

Tipu daya syaitan


Salam Jumaat penghulu segala hari. Sekadar berkongsi apa yang di dengari pagi tadi untuk renungan bersama untuk bersama menjana transformasi akhlak dan akidah kita ke jalan yang lebih gemilang dan terbilang. Insya Allah.




Pagi tadi sejurus saya menaiki motokar saya dan selepas membaca ayat-ayat pendinding mana-mana yang patut, saya terus buka radio. Stesen radio pada ketika itu telah ter-set pada siaran KL.FM 97.2fm

Lantas kedengaran seorang Ustaz sedang bertazkirah.


"Janganlah kamu berkata celaka syaitan..."
 
Ayat pertama yang kedengaran. Lantas saya pon teruskan mendengar dengan penuh keterujaan sambil memandu selo and steady menuju ke lebuhraya persekutuan sambil berdoa di dalam hati agar hiway tak jem. Boring seh federal hiway boleh kata tiap pagi jem selepas bayar tol Batu 3. Padahal nak masuk ke exit Subang dekat saja. Tapi disebabkan jem, terpaksa beratur panjang dan boleh mendatangkan hangin satu badan kadang-kadang. Dan kadang-kadang pula tu tersasul tercarut lite-lite, marahkan jem walaupun jem tak bersalah. Hik hik.

Dan saya berazam tidak mahu mencarut memaki jem lagi selepas ni (walaupun pada kadar makian lite-lite) selepas mendengar tazkirah Ustaz pada pagi Jumaat yang mulia ini.

Sebab nye syaitan suka bila kita memaki hamun.

Tajuk tazkirah / ceramah pada harini ialah tipu daya syaitonnirojim

Kisah 1

Al-kisahnya begini.

Kita dilarang memaki syaitan ya u ols. Sebab bila kita memaki syaitan seperti "celaka syaitan" maka kita telah memberi satu kuasa besar kepada syaitan untuk membesar sebagai johan. Syaitan akan membesar sebesar rumah. Rumah banglo yang siap ada kolam renang barangkali.

Sebalik nya, berkata lah "Bismillah..."

Tapi ambe tak pasti macam mana nak cakap sebab Ustaz tu cakap Bismillah saja.

Adakah Bismillah syaitan?

Atau Bismillah hir rahman nir raheem syaitan?

Tapi yang pasti bukan celaka, cilakak, cilake syaitan.

Berdasarkan sebuah hadis Nabi SAW,


Syaitan semakin membesar bila di maki
 
[Jangan lah kamu berkata "celaka syaitan". Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “mendapat kekuatan ku”. Tapi hendak la kamu berkata "Dengan nama Allah". Apabila berkata demikian syaitan akan menjadi hina dan akan mengecil seperti lalat ]

Hadis Abu Daud (4982) – sanad sahih

Saya salin hadis dari blog
ini

Hadis ni juga yang dibacakan oleh Ustaz pagi tadi


Kisah 2
 
Kemudian DJ bertanya pada Ustaz. Macam mana pula kalau kita merendah diri pada syaitan seperti berkata,

"Maaf Tok. Anak cucu tumpang lalu"

Jawapan nya ialah SYIRIK u oll.

Apa kes pulak kita nak merendah diri pada syaitan. Hanya Allah kuasa yang besar, yang harus kita rendahkan diri kita, bukan nya syaitan.


Kisah 3 

Syaitan tidak masuk di dalam rumah yang dibaca Surah Al-Baqarah
 
Kemudian Ustaz berpesan, hendaklah kita membaca Surah Al-Baqarah setiap bulan di dalam rumah kita.

Nabi bersabda,

[Jangan lah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah Al-Baqarah]

Hadis sahih muslim. Salin dari sini jua.

Di zaman yang serba maju, canggih, berteknologi dan berfacebook ini, mungkin ada yang tak sempat nak baca surah Al-Baqarah setiap bulan disebabkan faktor-faktor seperti kekurangan masa atau kesibukan kerja.

Maka oleh itu kita boleh pasang CD surah Al-Baqarah dan sama-sama mendengar. Jangan pula kita pasang CD, kemudian kita layan FB pula. Tak seswai tu.

Ok arasemika?


Kisah 4

Lewat kawin akibat sihir
 
Ini kisah semalam dalam Semanis Kurma. Sebuah kisah menyayat hati. Seorang Ustazah di sihir oleh kawan sekolah nye sendiri dan menanggung kesakitan selama 20 tahun. Umur 40 tahun baru beliau bertemu jodoh. Sedih ambe mendengarnye.

Ustazah itu disihir atas 3 sebab :

1. Paling aktif dalam kelas
2. Ramai kawan
3. Ustaz sayang dia mungkin sebab dia pelajar yang aktif dan baik hati barangkali

Ini jin dia sendiri yang cakap semasa Ustazah itu tidak sedar diri dan berubat di Mesir. Siap inpom sekali nama kawan dia.

Kenapa la ada manusia busuk hati yang sebegini rupa ya? Kalau berani lawan la one by one. Jangan main-main sihir bagai

"Ooo dua lawan satu ke? Jangan main bangsat tau..." bak dialog P.Romli

Kalau kawan kita baik, kita jadik la lebih baik dari dia.

Kalau kawan kita ramai kawan, kita cuba lah kaji kenapa ramai kawan suka dia, dan kita contohi la akhlak baik kawan kita itu. Kenapa musti nak menjulang syaitan yang direjam???

Kau kenapa nak geng dengan syaitan hah?

Kenapa? Kenapa? Wae? Wae?

Bagi mengelakkan diri kita terkena sihir dan sebagai pendinding diri kita (untuk mempertahankan dirik), kita di anjurkan mengamalkan baca 3 Qul selepas solat. Sebenarnya ada ayat lain, tapi yang mudah dan senang yang dah hafal sejak kecil ialah 3 Qul di samping Ayat Kursi.

Ingat! Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitonnirojim.

Selalu la baca,




Yang bermaksud : "Aku berlindung dari Tuhan dari syaiton yang direjam"

Bila kita sedang baca Quran, tiba-tiba ada gangguan seperti telefon, telefon berbunyiiii ada haiwan dalam kesusahan, atau ada SMS masuk dan kita pon terbaca SMS itew, lantas bacaan Quran kita tergendala sebentar. Bila nak sambung balik baca Quran jangan lupa baca Auzubillah...itu semula, sebab bacaan Quran kita telah terganggu dek syaitan. Ambe dah penah tulis ni kat blog dulu rasanya. Kita represh balik memory. Ingat itu ya dek non.

Yang baik itu datang dari Allah jua.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

No comments: