Saturday, June 13, 2009

Mr. Brain - Episode 1


Jepun suka buat citer pasal pembunuhan kan. Pembunuhan misteri dan kemudian kematian itu akan di siasat. Kaedah siasatan yang lain. Tahun ni je drama Jepun pilihan yang ambe tonton lebih kurang tema dia macam tu.

Dimulakan dengan Voice - kisah pelajar forensik yang bedah siasat kes kematian

Kemudian Majo Saiban, ada kes bunuh gak

Kemudian BOSS citer polis yang ada kes bunuh. Of kos la ni

Dan yang terkini, yang ni Mr. Brain turut ada kes bunuh. Kes bunuh terancang. Dalam Mr. Brain saspek akan di scan otak dia nak tengok sama ada apa yang di cakap benar atau tidak.

"Human can lie with words, but brain cannot lie" Tag line drama ni.


Intro mengenai otak manusia


Kemudian empunya otak itu plak hehehe. Ni masa 5 tahun lepas wajah beliau begini. Kemudian lepas satu eksiden berlaku di mana beliau dihempap dengan besi billboard yang tombang, rambut beliau jadi panjang hehehe


Ini Cik Yuri Kazune yang bertugas di IPS (Institute Police Science)


Ini pula Inspekter Sahab, Inspekter Hayashida. Tapi dia inspekter bawahan. Dia ni ada dalam Hanazakari jugak kan? Beliau menerima panggilan telefon mengatakan ada bom bakal meletop di kawasan Gotanda. Sebab tu muka dia terkejut macam tu. Pihak polis pon bergegas lah ke sana. Sebuah kereta meletop di tengah jalan dan mengganggu lalu lintas


Pemuda ini pula sedang berada di kawasan situ dan di tangkap sebab menjadi saspek pengeboman


Rupanya beliau adalah seorang neuroscientist yang bernama Tsukumo Ryusuke dan akan memasuki IPS untuk belajar neuro sains. Masa beliau kena tahan di bilik lokap, beliau berjaya menyelesaikan kes bom itu. Yang bom ada lah pihak polis sendiri sebab nak curi duit kat kasino berdekatan. Dia bom supaya orang awam lintang pukang lari dan senang anggota polis tu ambek duit dalam kasino. Sabar je la. Harapkan polis, polis makan padi.


So duduk la Encik Tsukumo di IPS. Beliau diberi sorang pembantu iaitu Cik Yuri Kazune. Ni masa citer bab otak kiri dan otak kanan manusia. Comey je cik kartun tu


Adegan di cafe. Waitress tu tanya, "You really eat a lot in the morning, don't you?"

Dia pon jawab, "While you sleep your blood sugar level plummets. So breakfast is essential for activating the brain" (Jawapan dia mesti ada kaitan dengan brain)

"Men who eat a lot are lovely"

Kekekeke

Sebenarnya kita memang di tuntut untuk makan berat, makan banyak di waktu pagi (sarapan) sebab tubuh badan kita tidak bekerja selama kita tidur jadi kena makan breakfast yang berat dan jangan skip breakfast. Info sains gitu. Dan ada orang kata lagi kalau kita tak skip sarapan nanti awet muda. Hehehe


Inspekter sahab tu mintak tolong dengan Encik Tsukumo ni dalam kes pembunuhan di sebuah rumah. Sebab Inspekter tu nampak Encik Tsukumo ni ada kebolehan yang luar biasa


Ni plak kisah mengenai orang menipu. Cik Yuri tu kata guna saja brainwaves scan kalau nak tahu orang tu cakap benar atau tidak. Encik Tsukumo plak bagi dia punya teori.

"You can fugure it out without looking at the brainwaves...when a person lies, the left brain works really hard"



"When people tell lies, they unconsciously look up and to the right"


Sekali dia tanya kat asisten dia, "Ko buat apa tadi dalam bilik aku?"

"Tak de pape"

"Haa tengok tu...ko tengok atas dan to the right...to the right. Ni mesti menipu ni"

"Mana ada"


Siasatan di tempat kejadian. Sebenarnya keje dia bukan untuk tangkap orang jahat. Tapi kepakaran dia diperlukan untuk merungkaikan kerumitan


Sorang saspek di scan otaknya. Nak tahu dia cakap benar atau tipu. Dia kata dia tak de kat sini masa kejadian bunuh itu berlaku.

Di pendekkan cite, dia lah pembunuh itu. Sorang bisnesman ahli korporat. Memang kagum cara dia divert bukti-bukti supaya polis tak syak wasangka sikit pon kat dia. Dia boleh guna DNA orang yang dalam penjara. Cayalah


Yang atas tu beliau lepas eksiden kena hempap besi. Terkena bahagian kepala dia tapi tak serius. Cuma selepas kejadian tu dia macam jadi pelik sket sebab fius dia longgar di beberapa tempat haha


Hahaha lagi. Karekter dia dalam drama ni komedi sket. Sebab ada fius longgar kat otak dia kan. Dia nak belajar kat IPS sebab nak cari diri dia semula. Sebab dia pon pelik dengan diri dia lepas eksiden tu. Dulu dia minat tengok majalah "Playboy" tapi sekarang dah tak minat. Dia tak boleh terima kenyataan tersebut hahaha

No comments: