Synopsis
Cha Seung Hyo is an abandoned child who gets adopted in the United States and grows up to be a cold hearted person. Son Il Gun is a father who died, but he left things unfinished with his daughter. In order to make sure that his daughter is provided for he controls Seung Hyo's body for three hours a day for 49 days. He buys his daughter the things he couldn't do when he was alive with Seung Hyo's money. Il Gun's daughter, Young In, is a quick-tempered girl who meets Seung Hyo during her part-time job. At first she has a bad impression of him but she gradually starts to fall for the lonely Seung Hyo who is unable to open up to anyone else because of his bitter past.
Total episode : 17
Credit : Wikidrama, Soompi, WITHS2
si mati melihat mayat dirinya diratapi oleh si anak
Intro
Jika drama melayu atau sinetron indon menerbitkan citer seumpama ini, ia nya akan dilabelkan sebagai "tahyul" sebab ada 'pari-pari' dan juga adegan orang mati boleh hidup balik. Tapi bila orang Korea atau Jepun atau Hollywood buat citer cam ni ianya nampak best dan kool je kan.
Sebab itu agaknya skop penceritaan drama tempatan kita agak limited. Balik-balik citer rebut harta, rebut tanah pusaka, rebut syarikat, citer anak derhaka, isteri derhaka dan paling feveret citer orang laki kawin lebih dari satu dan citer mak nyah. Balik-balik citer tu je kan. Tapi kalu acap kali disajikan sajian yang sebegitu, boleh kena kejang urat kepala deknon
Tetapi itu bukan lah alasannya untuk tidak membuat drama yang bagus ya. Di zaman alaf baru ini manusia harus kreatif berdaya saing, cemerlang dan gemilang dalam menghasilkan produk yang bagus dan berkualiti. Sepatutnya semakin banyak saingan, semakin bagus dan berkualiti sesuatu produk itu. Takkan ilmu, buah fikiran, idea, kreativiti juga perlukan sabsidi ye u ols
Ah ya kita stop sini dulu la ya. Kalau sambung nanti jadi ribiu drama lain plak kang hehehe
Pemberitahuan
Oleh itu genre drama ini adalah komedi tahyul. Jangan tiru aksi-aksi di dalam drama ini. Merbahaya. Menonton sekadar hiburan semata-mata. Yang baik kita jadikan tauladan, yang tahyul kita abaikan. Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya anda turut menyukai drama ini.
Mukadimah
Saya dapat menjangkakan citer ni akan best sebab ada faveret ahjusshi saya blakon. Kalau drama genre komedi dia blakon memang akan jadi best. Tak caya tengok citer Bad Family dan Capital Scandal. Oleh yang demikian, saya amat menyukai drama ini malah lebih dari itu.
Sungguh lucu sekali ya citer ini. Disamping elemen lucu dan tahyul, ia juga menyerapkan beberapa elemen kebapaan yang akan mengingatkan kita kepada bapa kita. Sementara kita masih mempunyai bapa, hargai dan layan lah bapa kita sebaik mungkin. Tidak dapat dinafikan ya kadang kala kita ada sedikit hangin dan bertelagah pendapat dengan bapa kita hingga tidak bertegur sapa dengan dia. Tapi jangan biarkan pertelngahan itu berlarutan hingga ke suatu jangka masa yang lama kerana ditakuti sesuatu menimpa pada bapa kita dan kita tidak sempat memohon maaf di hari raya daripadanya.
Seperti dalam citer ini, anak itu tidak sempat berbakti dan menjadi anak yang baik kepada bapa nya kerana jangka hayat bapa itu hidup tidak lama. Malamnya anak itu bertengkar dengan bapa nya dan keesokan harinya bapa nya mati. Maka menyesal tidak sudah anak perempuan itu
si mati tidak bole berenggang dengan tubuh yang dia pinjam selama 49 hari
Selain daripada dipaparkan elemen kebapaan, drama ini juga menarik kerana ada diselitkan unsur misteri-misteri sedikit. Jadi kita akan mengikuti drama ni sehengga habis dengan penuh kesabaran kerana mahu mengetahui penyudah misteri itu. Bagaimanakah misteri itu terungkai? Adakah misteri itu ada kaitan dengan rumah tua? Atau pun rumah orang tua-tua? Walaubagaimanapun rumah tua dan rumah orang tua-tua berbeda maksudnya ya.
Dan melalui drama ini saya telah berkenalan dengan hero nya yang cute dan heroin nya yang comey. Kedua nya pertama kali saya menonton lakonan mereka.
Kisah cerita
Al-kisah bermula dimana seorang pelajar perempuan bernama Son Young In telah dikejar oleh gangster sewaktu pulang dari sekolah. Gangter itu memaksa supaya bapa Young In membayar hutang dengan lukisan bapanya.
Young In konpius kerana pada fikirannya bapa nya bukan lah seorang pelukis. Bapa nya adalah seorang penghantar makanan segera (fast food delivery man) Apa ke hei nya mangkok hayun gangster itu mahukan lukisan bapa nya.
Misteri 1 - Lukisan bapa *jengjengjeng*
menonton citer ini mengingatkan anda pada 'wet tissue' sebab Taepunim ini sangat menjaga kebersihan dari 50,000 jenis kuman yang ada di atas muka bumi ini...haha...sebelum masuk kereta kena lap tangan dengan wet tisu iteww...tak larattt
Young In berjaya melarikan diri. Sambil berlari Young In merasa amaroh yang tidak terhingga kepada bapa nya kerana telah meminjam wang gangster. Tiba di rumah Young In telah memarahi bapa nya.
Buat pengetahuan u ols, hubungan Young In dan bapanya tidak mesra dan tidak rapat. Young In tidak suka akan bapa nya kerana pada hematnya bapa nya telah menyebabkan kematian ibu nya. Dan selepas ibunya meninggal, bapa nya ada aweks. Maka semakin benci Young In pada bapa nya itu. Perasaan benci pada bapa nya itu seumpana seperti kalau boleh sekelumit bunyik tapak kaki bapanya berjalan di dalam rumah dia tidak mahu mendengarnya kerana menyesakkan nafas nya. Sampai begitu sekali anak itu benci pada bapa nya. Tetapi bapa itu tetap sayang pada anak perempuan nya yang cantik manes lagi anak tunggal itu walau bagaimana sekali pon treatment dia terima daripada anak nya setiap hari. Bapa mana yang tidak sayang anak ya, ye tak. Mungkin 'bapa hayam' tidak sayang anak.
Nak dijadikan citer, bapa itu meninggal dunia dalam episode 2. Polis mengklasifikasikan kematian bapa nya itu sebagai bunuh diri kerana tiada bukti-bukti yang dapat membantu polis menyiasat kes kemalangan itu sebagai kena langgar atau langgar lari atau konspirasi bapa Young In dibunuh oleh orang jahat. Young In tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa nya telah membunuh diri. Seburuk-buruk bapa nya, Young In berpendapat bapa nya tidak akan tergamak membunuh diri dan membiarkan dia berhidup seorang diri lagi sebatang kara. Tetapi pengkebumian harus dijalankan kerana mayat telah ditemui. Bertambah kemarahan Young In pada bapa nya kerana meninggalkan diri nya seorang diri dan dalam masa yang sama Young In terasa kehilangan insan tersayang.

selain koleksi wet tisu, Taepunim ini juga mengumpol penyepit lam lacinya untuk mengutip benda-benda yang tidak bersih seperti rambut sekritarinya yang gugur dalam file
Alkisah seterusnya dalam citer ini, roh bapa itu berlegar-legar di ruang udara kerana 'bapa' itu sendiri tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah mati. Macam mana dia boleh mati dan kenapa dia mati? Tiada sebab untuk dia membunuh diri dan meninggalkan anak perempuan nya seorang diri walaupun anak nya itu membenci nya tahap langit ke tujuh.
Misteri 2 - Kematian mengejut bapa *jengjengjeng lagi*
Sewaktu bapa itu sedang nyawa-nyawa ikan, bagai nyawa dihujung tanduk, datang seorang 'pari-pari' yang mahu membawa bapa Young In ke alam barzah. Bapa itu merayu agar diberi peluang terakhir untuk berjumpa sebentar dengan anak perempuan untuk meleraikan kekusutan yang sedang melanda. Dah alang-alang bapa itu dapat berinteraksi dengan 'pari-pari' itu, maka bapa itu memohon untuk tidak dibawa ke alam berzah dulu dan iznkan dia 'hidup' sebentar untuk dia melaksanakan tanggung jawab terakhir dia dia kepada Young In yang belom sempat dia lakukan lagi. Rayu punya rayu dari pihak defenden, akhir nya rayuan bapa itu diluluskan dengan bersyarat mengikut akta mati hidup semula.

happy father's day...
Bapa itu dibenarkan hidup dengan menggunakan tubuh badan orang lain selama 3 jam dalam sehari selama 49 hari saja. Selepas 49 hari bapa itu harus pulang ke alam barzah.
Bapa itu telah dibawa ke hospital untuk mengenal pasti calon-calon yang mempunyai tubuh badan yang cukup sifat yang boleh bapa itu pinjam tubuh badannya. Dan calon yang menepati sasaran ialah hero yang baru terlibat dengan kemalangan teruk. Kalau lihat pada kondisi kereta hero yang telah dilanggar dengan lori trailer 150km/j, kita akan simpulkan bahawa pemandu kereta itu tidak akan berhidup.
Dan bermula episode baru bapa Yong In yang bernama Son II Gun bersama tubuh hero, seorang warga negara US yang ditugaskan bekerja di anak syarikat Blue Star di Korea sebagai CEO atau Taepunim (representative) Satu lagi syarat bapa Young In tidak boleh berjauhan dengan tubuh Taepunim lebih dari 30 radius rasanya. Lupa lah. Jika tidak lampu alarm akan berbunyi. Hehehe siap ada alarm lagik tuh. Kelass.
di samping itu kita belajar buat kimci
Kita citer sedikit mengenai karekter Taepunim ini ya.
Taepunim ini bernama Cha Seung Hyo. Seorang yang pembersih lagi hygine. Seorang bos yang tidak mesra alam dengan staf nya lagi ego. Seorang yang cerewet. Seorang yang tidak memperdulikkan hati dan perasaan orang lain bila bercakap. Seorang yang sepi lone ranger. Sabahat baik dia ialah 2 ekor kura-kura di rumah nya.
Bila bapa Young In menggunakan tubuh badan Taepunim ini selama 3 jam dalam 1 hari, keadaan menjadi haru biru dan kelam kelibut kerana karekter ini berubah sebanyak 270 darjah kerana karekter bapa Young In dan Taepunim itu sangat kontras sehingga menyebabkan ramai orang moskel dan migrain. Sapa dia ni sebenarnya? Dari planet manakah dia datang?
citer ni turut menyelitkan satu phrase hindi...korea pun layan industan jugak huhu...'aaj hum bahut kush hai' bermaksud 'hari ini saya berasa amat gembira' ...tiap kali bapa Young In nak makan dia akan cakap nih..kira macam doa makan la ni kot hehe
Dipendekkan citer, Taepunim itu dapat melihat orang mati dan membantu menyelesaikan misteri 1 dan misteri 2 di atas tadi tu.
Citer pendek seterusnya ialah bapa Young In telah merahsiakan dari Young In yang dia adalah pelukis berbakat besar dan lukisan bapa Young In sangat berkualiti dan bermutu tinggi di mana ada pihak jahat yang mahu merampok kesemua lukisan bapa Young In sehingga menyebabkan kematian bapa Young In dengan tragis sekali.

Para pelakon :
Kang Nam Gil as Son Il Gun
Pertamanya saya menonton drama ini kerana ahjusshi ni, walaupun dia tak kendo hehe. Minat tol la dengan dia ni. Kalau dia jadik bapak tu macam best je.
Yoon Kye Sang as Cha Seung Hyo
Sapa ada menonton drama My Sister in Law is 19 mesti kenal dia nih. Second hero. Saya tak kenal dia nih. Baru kenal menerusi citer ni. Dan saya mendapati dia ni kategori makhluk yang cute jugak hehe
Dalam citer ni dia bawak 2 karekter. Satu watak yang lucu suka senyum sebab bapak Young In pinjam badan dia. Satu lagi watak sebagai individu sepi, tidak mesra alam dan terputus urat senyum. Bila dia senyum sangat comey wajah nya.
Go Ah Ra as Son Young In
Ini heroin pon comey jugak. Pertama kali menonton lakonan dia. Muda belia orang nya. Baru 20 tahun.
Jin Yi Han as Shim Jae Ha
2nd hero yang berwatak negatif. Walaupun negatip tetap menten kendo ahaks. Watak jahat dia tak jahat sangat. Jahat yang terkawal. Dia berkawan baik dengan Young In sebab mahukan lukisan-lukisan bapa Young In untuk di pamerkan di Amerika dan mengaut untung yang besar bila lukisan-lukisan itu semua dibeli oleh orang US.
Dialogue dan scene faveret (Episode 11)
Tak tahu kenapa, saya sangat suka scene ini. Dialog lucu antara Taepunim dan bapa Young In sedang bersembang di atas bumbung. Bapa itu tanya Taepunim dia buat apa kat umah Young In. Untuk meng-kaver line yang dia dah ter-syiok kat Young In, Taepunim menjawab seperti dialog di bawah ini. Antara dialog-dialog kaver line. Kata kunci dia "strange"
"Ah I wanted to ask you this just now, my mouth is itching to ask now. Why are you here? Tell me honestly, you punk"
"I came to return something. A shirt I borrowed. Is it strange? Why is it strange? You find it strange because you see it in the strange light, don’t you? Whether the daughter or the father, you two can fight over how strange you are"
"Even so, we’re completely strange, you can't be strange yourself. I mean, since you are here to return the shirt, you could have just left after returning it. Then why did you ask my daughter to eat with you, punk? Are you such a good man?"
"Those who aren't good can also invite others to eat. Also, it's only a meal. So why are you both father and daughter are so unwilling? I'm just hungry, that’s all. And I don't want to eat alone. It so happens your daughter was right in front of me"
"Oh, it that so? This is the best thing I've heard so far"
Dan bapa itu terus menajukan soklan dan speku Taepunim itu syiok sama Young In. Dan perbualan mereka berlanjutan hingga ke dialog Park Ji Sung ini hahaha
Saya dah biasa lihat dialog yang simple, yang berpatah-patah-patah-patah perkataan, yang ada point dalam drama Korea. Bila tengok dan dengar dialog / skrip drama dan filem kita yang kebanyakkan nya 'kosong', kadang kala bole buat saya migraine. Paling lama boleh bertahan tengok drama kita 30 minit sajork termasuk iklan. Cemana nak support cenggini? Tolong la melakukan anjakan paradigma ya...huhu.

Rating : Recommended
No comments:
Post a Comment