Tuesday, January 23, 2018

Teknologi yang menjauhkan dari Allah


23 Januari 2018
Segmen Motivasi Pagi Selangor FM.
Oleh Dr. Robiah K Hamzah.

Topik : Teknologi.

Hari-hari rakam sebenarnya. Untuk simpanan peribadi. Doktor ni cakap laju, kalau tak rakam akan terlepas, terlupa kata-kata motivasi yang menusuk qolbu. Kalau boring, jiwa down boleh dengar balik.

Akak kongsi mana yang tusuk qolbu je la ye. Tak smepat nak menaip. Sapa nak audio boleh Perdana Menteri akak.

.....................

Bila bercakap mengenai henfon sebenarnya, secara global ianya sudah tidak banyak mempunyai kekuatan. Lebih banyak memberikan gangguan. Kerana apa? Kerana salah pakai. Ada orang menghidupkan wassapnya hingga wassapnya berbunyi setiap saat.  Semua grup nak masuk. Ini membuatkan dia lebih sayangkan henfon dia dari agamanya. Lebih sayangkan henfonnya dari sayang keluarganya. Dan ini telah menjadi satu sebab bunga-bunga perceraian. Harini dalam keluarga,  ayah-ayah, suami-suami yang mabok pegang henfonnya di rumah, bermakna dia sedang curang dengan isterinya, dia sedang cuai dengan anak-anaknya. Pergi mana tengok henfon. Nak makan pon bukak henfon, pergi jalan pon bukak henfon, dalam kereta bukak henfon. Artinyaaaaa kita kata, fitnah yang pertama ialah fitnah kepada keluarga. Anak tidak lagi heran ayahnya. Sebab mak ayah sibuk dengan henfon. Sebab itu saya nasihatkan ayah ibu, balik rumah pegang keluarga, bukan pegang henfon. Masukkan henfon dalam kotak jangan bukak. Esok baru bukak.

Fitnah-fitnah tu apa? Isi-isi yang kita dapat. Kalau 10 wassap, belum tentu ada 1 yang baik. Jauhkan diri kita dari fitnah ini. Sebab dengan memanjang manjangkan, forward-forward, sila viral kan... sedangkan kita tak tahu hakikat sebenarnya. Tak tahu dalil tu betul ke tidak. Tak tahu nasihat itu datang dari mana.

Pengalaman singkat saya semasa membawa jemaah ke Umrah. Viralnya Kaabah banjir. Ya Rabbbiiii. Sampai anak-anak saya susah hati di rumah sebab saya tak jawab henfon semasa di Mekah.

Mak jawablah henfon mak. Kenapa nak tahu tenggelam ke timbul ke. Rupanya viral Mekah Banjir. Padahal tak ada pun. Kita tawaf dengan selesanya. Itu contoh.

Bayangkan orang yang buat fitnah itu, sampai dia mati fitnah itu tetap dosanya. Bermakna dia sedang mengumpul dosa sebanyak-banyaknya. Sebab itu siapa kata, dari mana. Sebab tu kalau dapat kata nasihat ulama pon, kalau kita tak kenal ulama nya, kita tengok sumbernya. Adakah sumber itu sesuai atau tidak. Jangan terus forward. Siapa forward dapat pahala, dapat pahala banyak ni, banyak ni.

Kerana itu sekali lagi, harini teknologi yang kita ada banyak mendorong kita jauh dengan Allah. Mencuri waktu kita. Bayangkan masa bekerja, masa memandu berapa banyak orang kemalangan? Dibuat berbagai-bagai contoh untuk elak kemalangan di jalan raya tapi tetap terjadi. Sebab kita sudah sampai ke satu peringkat ketagih. Ketagih  teknologi ini. Ketagih cyber-cyber ini. Oleh itu mari kita sama-sama semak. Anak-anak harini tidak boleh selesai hidupnya tanpa ada alat-alat ini. Maka kita lah yang membuat undang-undangnya. Anak yang terjebak dengan kes fitnah gambar-gambar lucah. Sekali gambar KOTOR itu lekat dalam minda anak-anak, kita bimbang imannya goncang dan akhirnya iman pupus daripada ingatannya.

Sebab itu pengalaman sebagai konselor, ada anak Tingkatan 4 sudah tidak mahu lagi bercakap tentang agama. Tidak mahu lagi solat, tidak mahu lagi baca Quran. Kerana sudah  terpesona dengan apa yang dia dapat melalui wassap. Dia lebih  yakini apa yang wassap tulis, dari yakini apa yang diwassap oleh ayah dan ibu nya.

Jika anak sudah hilang kepercayaan kepada ibu dan ayahnya, bermakna putus hubungan dengan Tuhannya. Sebab redha Allah adanya dengan redha ibubapa. Bagaimana anak nak dapat redha jika ibubapa nya tak redha dengan keadaan anaknya.

Sekali lagi, bangun kekuatan setiap alat teknologi yang dibekalkan kepada kita, banyak mengheret kita ke tempat-tempat tak cantik kalau kita tidak bijak dan teliti untuk mengurusnya. Mudahan kita tidak menjadi mangsa fitnah yang disebarkan melalui wassap-wassap ini. Insya Allah. Kalau kita takut jadi mangsa, jangan sebarkan. Insya Allah kita menjadi orang yang terakhir menerimanya. Simpan atau delete, jangan jadi pemanjang-pemanjang tak bergaji ini. Kerja tanpa gaji tapi dapat dosa, sedosa-dosanya. Mudah-mudahan kita selamat. Insya Allah.

............................

Siapa yang belikan anak-anak ini henfon? Ya mak bapak termasuk akak juga.

Ingat mak ayah, kawallah penggunaan gajet anak-anak sementara kita ada kuasa veto untuk mengawal. Bila anak-anak sudah besar dia pula akan mengawal kita. Dah lain pulak cerita. Kita mak ayah pon ada pengalaman dulu-dulu kan. Melawan cakap mak ayah kita dulu. Kan kan.

Kitaran dia macam ni.

Mak ayah belikan anak henfon. Anak-anak lalai dan ralit dengan henfon. Anak-anak mula melawan cakap, tak ingat agama sebab henfon. Mak ayah marah anak, tak redha. Mak ayah tak redha, Allah tak redha anak. Anak semakin jauh dengan Allah.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini?

"Bapak yang bersalah dalam hal ini. Bapak membesarkan Sazali secara mem-khinzir buta. Segala apa kemahuan Sazali Bapak tunaikan. Segala hajat Sazali Bapak sempurnakan. Sehingga Sazali pandai bercakap bohong kepada Bapak. Sehingga Sazali menipu Bapak. Menipu untuk kepentingan diri."

Hujung-hujung anak salahkan Bapak. Bukan cikgu, bukan Perdana Menteri, bukan artis, bukan fesbuk, bukan wassap.

Moga perkongsikan ini dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

Aminn.




 Marah bapak kaki sebelah letak atas meja. Kemain dia punya feel marah


Terima kasih kerana membaca sampai habis.


No comments: