Wednesday, March 16, 2005

Telemovie : Sutun


Akhirnya dapat juga tengok citer ni setelah diberitahu akan ada ulang tayang buat kali kedua dikaca talibesen oleh inche Vad yang bertugas dikonti artiyem juga peminat no.1 otak² kempas (OOK). Terima kasih. Citer kat artiyem ni kena org inform suh tengok baru ler tengok. Namun kekeliruan tercetus di antara TV1 dan TV2 dimana di channel manakah yg menyayangkan ini criter sebab sepanjang yg diketahui telemuvi salu tayang kat TV2 ari Senin kol 10 ke atas. Tetiba kat tayang kat tibi 1 aiseymen...sms canang dah hantar kat org kampung suh bukak TV2 kol 10 mlm.

SUTUN judul telemuvinya. Kisah masyarakat yang merobek hati. Citer berkenaan sorang pelajar lelaki yang bernama Adik yang perwatakan lembut seperti perempuan (err ekceli pompuan sebenar pun tak de perwatakan cam tu kot) Sangat fanatik dengan warna merah jambu atau singkatan nama warna pink. Aku terfikir apakah warna pink ni warna resmi 'mereka'? Sebab bila org lelaki keras mengguna kan warna pink ni mereka di lihat 'seswatuh'. Kalau mengikut warna peberet Rasulullah, warna pink adalah salah satu warna pilihan Rasulullah kerana Rasulullah suka akan warna² yang lembut. Dan kita akan mendapat pahala memakai warna kegemaran Rasulullah (insya Allah). Tak susahkan untuk dapat pahala? Ikut saja apa yang Rasulullah buat. Waullahualam.

Berbalik citer Sutun tadi, bapak Adik tak dapat menerima keadaan Adik yang sedemikian rupa. Hatinya kuciwa teramat sangat ditambah dengan gosip² orang kampung pasal Adik. Mana tak nya kalau boleh dia mahu Adik mengikut langkahnya menjadi seorang tentera, gagah dan perkasa, bukannya jalan berlenggang kangkung membawa payung warna pink serta mempunyai jari yang melentik². Naluri seorang bapa yg normal akan bertindak sedemikian bila melihat anak lelakinya sedemikian rupa. Dia akan marah, pukul dan herdik sebab dia berfikiran Adik telah memalukan keluarga. Anak lekaki yang sulung yeww harapan ibu bapa menggunung tetambah sorang plak lelaki. Jarang sebenarnya seorang bapa faham akan anaknya. (Err...ye ke?? Setakat yg aku dah jupe lah) Kalu ada pun dia buat² tak paham. Dan aku rasa faktor yang membuat Adik lembut sebab mak dia ingat akan dapat anak perempuan dan mungkin nak sangat anak perempuan. Sebab bayi yg dalam kandungan dapat merasa suka duka dan keinginan ibunya sebab dia berkongsi err...iskk lupa lak...ngn ibu nya...betol ke ibuk²?

Hmm sebenarnya nak kupas masalah lelaki lembut ni veri the komplikated wan. Aku simpati dengan mereka ni. Apa hala tuju, impian hidup mereka sebenarnya? Apa yang mereka mahu dalam hidup? Tak penat ke? Sampai bila nak macam tu? Biasanya dialog mereka 'bukan mereka pinta di lahirkan begitu'. 

Benar Tuhan yang menjadikan mereka begitu. Setiap kejadian Tuhan ada sebabnya. Kalu mereka bukan pinta di lahirkan begitu mengapa tergamak mengubah kejadian Tuhan seperti seperti membuat plastik surgeri bagai. Adakah mereka 'marah' dengan Tuhan yang menjadikan mereka sedemikan rupa? Tetapi lelaki mana bisa nak jadi perempuan? Perempuan sendiri dijadikan daripada tulang rusuk lelaki dan lelaki adalah 'imam' bagi seorang perempuan dan ketua dalam rumahtangga. Mahu menjadi perempuan kerana apa? Aku tak dapat nak terokai situasi ini sebab bagi aku mustahil.

Macam Adik mungkin tak ramai kawan tapi bila Syuk berkawan dengan dia, dan Syuk hadiahkan payung pink pada Adik, pandangan Adik dah semacam kat Syuk. Adik memandangkan Syuk dengan pandangan 'berahi'. Mungkin Syuk 'takut' sebab tu dia menjauhkan diri dari Adik. Terlajak perahu boleh di undur....sebelum terlajak perasaan lebih baik Syuk cabut dulu. Mungkin la sebab tu Syuk menjauhkan diri. Dan mujurlah Adik masih ingat lagi yang dia tu lelaki (refer dialog dia ngn Zita kat tepi padang)

Kemudian datang pula Abg Khalid @ Michelle yang mahu mengajak Adik menjadi pondan. Kononnya nak membawa Adik ke alam mereka yang memahami jiwa mereka. Kononnya mahu dihormati dan mereka bukan dilahirkan untuk dihina. Tapi bagaimana bisa mahu dihormati jika mereka berpakaian seperti perempuan, bertenggek di lorong gelap untuk mencari 'pelanggan'. Dan 'pelanggan' itu adalah lelaki seperti mereka. Apa yang mereka buat? (ni soklan budak yg inesen :P) Tu la dia...komplikated.

Pandangan aku lah untuk mereka² seperti Adik, balik semula pada agama yang anda anuti. Sebab aku rasa ini semua melibatkan proses 'pembentukan' dalaman, batiniah yang kuat sebab melibatkan hati dan perasaan. Dan kena betul² kuat semangat. 


Allah ada berfirman bermaksud “Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu” (Surah Adz-Zaariyaat, ayat 56). 

Hayati Islam sebagai cara hidup, fahami kenapa anda dan kita semua dijadikan di atas muka bumi ini dan cuba la balik semula kepada kejadian asal anda sebab semua nya terletak pada diri kita sendiri kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dirinya sendiri yang mengubah. (Ekceli kalau Allah nak ubah boleh sebab dia yang jadikan kita.) Tapi di sini lah pentingnya peranan dan tanggung jawab orang sekeliling yang 'keras'. Bukan dengan sewenang wenang nak menghukum seseorang. Sebaliknya cuba mendekatinya dan memahaminya (Ustaz dalam citer ni yang hanya tahu menghukum dan termakan hasutan dari sebelah pihak). Kita sesama amal maaruf dan nahi mungkar. Syaitan amat suka melihat anak Adam musnah dan memang tu la keje dia.

Rasulullah ada bersabda (lebih kurang bermaksud) "Sekiranya kamu melihat kemungkaran tegurlah menggunakan tangan. Sekiranya tidak mampu tegur dengan mulut. Sekiranya tidak mampu tegur dengan hati (iaitu dgn doa)...itu la selemah² iman". 


Sebagai saudara Muslim saya mendoakan mereka menemui apa yg mereka cari dalam hidup mereka dan sama² dapat menjalani kehidupan 'normal' seperti yang dituntut oleh agama.

Masa scene Pak Aziz Sattar sebagai pondan veteran itu sangat menyentuh :

Pertama : Menyuruh Adik balik dari menjadi seorang pondan. Dia dah alami sengsara menjadi seorang pondan. Sepatutnya beginilah yg patut dilakukan oleh nyah² senior pd junior yg baru nak berjinak dalam bidang itewww. Bukan memberi tunjuk ajar lagi. Sebab kita yang keras ni mungkin tak berapa nak faham jiwa mereka.

Kedua : Dia terpaksa menghabiskan sisa masa dia kat tepi lorong tu. Family pun tak endahkan dia. Nak berfamily pun tak boleh. Bukan tak boleh, dia memilih untuk tidak boleh. Sayang sekali. Sepatutnya org tua seusia beliau sedang bergembira, at least, bersama keluarga dan cucu nya. Setidak² nya nanti ada org yang boleh mendoakannya bila dia mati juga bacakan dia Yassin.

Dan aku konpius sapa yang sebenarnya mati? Bukan Adik ke yang mati lemas? Kalu Adik tak mati pehal lak bapak dia nak baca surat Adik tepi kubur? *garu garu pala* Citer ni penuh dengan pengajaran. Siapa kata drama/telemovie/filem hanya hiburan kosong semata² dan dibuat utk mengaut keuntungan saja ? 'Rugi' la kita kalau beranggapan sedemikan. Syabas buat pengarah dan seluruh warga kerja citer Sutun ni. 

No comments: