Citer dalam bentuk DVD yang pertama aku beli walaupun belom ada DVD player sebab hero Korea paberet berlakon. *Yayy* Bila la mao beli ini player ni iskk...entah coming soon ke...ntah next change ke. Sib bek kat opis sekarang dah boleh tengok DVD * yay lagik*
Citer ni mengisahkan bagaimana sorang pemuda yg bercita-cita mahu menjadi paderi gereja. Entah mcm mana dah dekat nak jadi paderi dia bersama kawan dia tak sengaja melakukan kesalahan dan di denda. Dia diarah pergi ke sebuah gereja kecil di kawasan pendalaman dan menjalani 'denda' dia di sana dan belajar dengan Father Nam. Semasa berada di sana beliau telah di uji dengan perlbagai dugaan yang mana mengganggu jiwa hati dan perasaan dia untuk menjadi sorang paderi yang benar² 'bersih dan suci hati' . Bila masa dah cukup time, dia kembali ke tempat asal beliau untuk menjalani upacara ordination (upacara mengangkat seorang menjadi paderi) Di situ dia terpaksa membuat pilihan antara Tuhan dan cinta (yak ini perempuan)
Lakonan Kwon Sang Woo sebagai Kyushik, berbeza dari citer² dia yg aku tengok sebelum ni, citer Stairways to Heaven dan My Tutor Friend. Dalam kedua citer tu dia jadi anak org kaya. Kali ni dia jadik anak org yg tak berapa kaya dan tak berapa kedana. Suka nye tengok Sang Woo dalam citer ni yg mcm lurus bendul gitu. Bawak kereta pun tak tahu. Jantan jenis apa kah ini? :P Mungkin masa dia banyak di abis kan dengan ilmu untuk jadi paderi sampai tak dan nak blajo memandu kot. Dan asek kena buli sama itu heroin, lakonan Ha Ji Won sebagai Bong-hee. Heroin ni la yg banyak mengganggu dan menguji 'kepaderian' beliau. * mari kita cekik dia * Itu perempuan anak sedara Father Nam yang baru datang dari Amedikaa. So hari² la dia berjumpa dengan heroin itewww.
Kyushik cuba untuk membaptistkan Bong-hee sebab Bong-hee terbawak² peel US dia ke situ. Kemudian putus chentar sama balak dia. Dan dari situ dalam masa yg sama mengajar Kyushik erti chentar sama manusia. Tu aa don play play.
Eh si Kyushik ni ada sorg kawan bernama Sundal yewww. Huhuhu. Wat a name. Aku terbaca dalam internet ada yg eja Seon-dal. Subtaitel kluar Sundal. Sundal oh Sundal :P Muka pun kiyut dengan mata yang shay-pet. Kalau anda peminat Sang Woo gak jangan lepas tengok ini celita. Bila dia nangis kita pun nak nangis sama hehe
"No matter where I am and who I am I will love you"
buat persembahan masa kawan depa kawen
No comments:
Post a Comment