dapat baju jalan baru kemain butang sampai atas hehe
Saya ada seorang adek baru. Nama dia Mohd Nazmi Shah. Emak saya panggil dia Mi. Ini gambar dia. Tidakkah dia hensem? Umurnya baru 8 tahun dan belajar dalam darjah 2 di sekolah rendah errr...dalam taman dahlia juga (minta maaf cikgu saya lupa nama sekolah dia). Dia seorang yang sangat rajin. Hobi adek saya ini adalah membaca. Dia sangat suka membaca buku bahasa Inggeris dan juga surat khabar. Dia juga suka mewarna. Saya telah membelikan dia buku mewarna dan pensil kaler jenama Luna. Dia juga tidak berapa nakal. Mata pelajaran kegemaran dia ialah Bahasa Inggeris dan Sains Moden. Cita-cita asal dia nak jadi doktor kemudian tukar fikiran mahu jadi ustaz pula. Baru-baru ini adek saya telah dapat hadiah kotak pensil yang terkini di sekolah kerana 'carry mark' dia tinggi dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Oh saya sangat la gembiranya dihati sewaktu mendengar perkhabaran itu.
Pada suatu hari iaitu hari Sabtu yang lepas, saya membawa adek-adek saya pergi ke Danga Bay untuk bersiar-siar. Orang begitu ramai sekali. Ada yang membawa anak kecil bersama. Mi berjalan berpimpin tangan bersama adek saya yang seorang lagi bernama Ina.
Sewaktu berjalan-jalan mengelilingi Danga Bay Ina berpesan kepada Mi
'Mi pegang tangan Kak Ina. Nanti kalau Mi hilang bagaimanakah Kak Ina hendak jawab kepada ibu Mi?'
Lalu Mi menjawab 'Ya la. Living things ni kan mahal, Kak Ina'.
Kemudian Ina bertanya kepada Mi semula 'Kalau dead things pula macam mana?'
Mi membalas 'Bukan dead things la Kak Ina, itu non living things'
Saya yang berjalan dibahagian hadapan 'Muahahahaha' menoleh kepada Ina. Kemudian kami berhenti rehat dan duduk di bawah pokok yang menghadap Tambak Johor sambil menikmati ais krim Mat Kool.
Kesimpulan cerita adalah di atas muka bumi ini ada 2 kategori benda iaitu living things (benda bernyawa) dan non-living things (benda tidak bernyawa), menurut dalam buku Bahasa Inggeris Mi. Eh buku Inggeris ke Sains ek. Lupo lak tapi rasa dulu macam pernah belajar gak hehehe
Saya sayang akan adek saya ini dan berdoa agar dia akan menjadi manusia yang berguna bila sudah dewasa nanti. Sekian karangan saya kali ini.
No comments:
Post a Comment