Aku teruja tengok citer ni pas dinobatkan terbaik dalam Anugerah Academy ke 77 yg berlangsung baru² ni. Anugerah yang digondol :
- Filem Terbaik
- Pengarah Terbaik (Clint Eastwood)
- Aktress Terbaik (Hillary Swank)
- Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik (Morgan Freeman)
*Berapa banyak baikk daaa* hehe
Filem dibawakan AOE Worldwide Sdn Bhd itu berkisar mengenai Maggie Fitzgerald (Hillary) yang gigih berlatih di gimnasium milik Frankie Dun (Clint) untuk mengejar impian menjadi peninju terkenal. Namun, lelaki itu cuba mengelak diri daripadanya walaupun dia mendapat latihan daripada bekas peninju lakonan Freeman. (kopipes dr BH)
Tapi akhirnya Frenkie latih gak Maggie walau pada awalnya dia kata dia tak latih orang pompuan. Tapi dengan syarat, ikut saja arahan dan jangan tanya. Prektis, prektis, prektis dan menang banyak pertandingan Maggie mampu belikan mak dia sebuah rumah dengan hasil duit bertinju tapi mak dia tak hargai pun rumah yg Maggie beli. Sangat kuciwa. Kalau kita pun kan, penat² belikan presen kat mak, last² mak mcm tak suka plak. Ishh apa jenis mak la ni.
Kemenangan demi kemenangan yg diperolehi oleh Maggie melayakkan dia memasuki pertandingan tinju bertaraf dunia. Kira kalau dia menang dalam pertandingan ni, dia la peninju wanita terkuat di alaf ini. Tapi saingan dia bukan sembarangan. Muka lawan dia mcm samseng kampung dusun daa. Susah nak tumbangkan, badan ketol² keras mcm besi. Hidung Maggie pun patah kena hentam. Aduhhh sangat la ngilu nya scene ni bila mana Frenkie picit hidung Maggie nak elakkan darah terus mengalir. Nak muntah pun ada.
Namun Maggie terus bersemangat waja, kasik lawan jugak dengan berbekalkan semangat dari Frenkie. Dan...dan...berlaku la insiden di mana Maggie terlantar di hospital untuk seumur idop selepas itu. Cess itu samseng main kasar *oh ko main kasar ya nnti ko...tiup wisel panggil geng* :P Dan Maggie tidak boleh bertinju selamanya. Aahhh sedih banget *kesat ayor mata ngn tudung merah Poii* Kemudian Frenkie melakukan sesuatu untuk bagi Maggie 'tidur selamanya' dan tidak menanggung azab lagi.
Saksikan la citer ini kalau mahukan yang terbaik.
No comments:
Post a Comment