16 Januari 2018
Segmen Motivasi
Pagi Selangor FM.
Oleh Dr. Robiah
K Hamzah.
Setiap pagi di
Selangor FM jam 7.30 pagi, ada segmen motivasi dan tazkirah oleh Dr. Robiah K
Hamzah. Antara penceramah feveret sebab cakap bersemangat. Minggu ni sis sempat
rakam. Harini punya topik sangat menyentap jiwa, hati, peparu dan limpa. Tahun
sebelum-sebelumnya keluar rumah jam 8 pagi. Tahun ni kena awal sejam. 7 pagi
dah bertolak sebab hantar anak sekolah. Baru tau ada segmen ni dan dapat
dengar. Alhamdulillah. Di situ hikmahnya keluar awal.
Topiknya MARAH.
Marah bererti kita sedang berada dalam genggaman iblis.
*****************
Bagaimana nak
membuang rasa marah? Rasa marah tidak boleh dibuang, tapi boleh dikawal.
Bagaimana kita menguruskan marah itu. Marah sebagai satu tanda bahawa kita
sedang digenggam iblis. Sebab itu jangan gunakan marah sebagai modal. Sebagai
modal untuk mengurus rumah, mengurus pejabat, untuk dapatkan apa yang kita
mahukan, untuk memerintah, untuk menunaikan apa sahaja hajat kita. JANGAN. Jangan
sampai kita terperangkap.
Marah membuatkan
saraf kita keras, membuat darah kita berjalan laju, membuat jantung kita
berjalan tanpa mengikut jadual. Marah menyebabkan muka kita sakit. Yang paling
penting, marah menggamit kita untuk strok. Strok ertinya darah kita berhenti,
jantung jalan laju.
Marah membuatkan
bahasa kita tidak cantik, kita jadi orang kasar. Sebab orang marah suka
baling-baling, matanya tengok orang setengah mati dan dia suka bertindak
agresif. Itu secara emosinya.
Secara
spritualnya, secara jiwanya, orang yang marah jauh dari Allah dan dekat dengan
iblis. Kesempatan ini akan digunakan sebaiknya oleh iblis. Iblis akan membuat
kita terlonjak untuk membuat lebih kasar. Ada orang yang bunuh mak bapaknya
hanya kerana duit kerana marah sedang menguasainya. Marah adalah senjata iblis.
Oleh itu siapa yang menggunakan marah untuk mengurus, bererti dia sedang
menggunakan modal-modal iblis. Dirumah
marah, dipejabat marah, tengah memandu marah. Marah suami, marah isteri, marah
pekerja, marah sesiapalah. Bererti dia sedang menggunakan modal iblis untuk
menguruskan dirinya.
Itu adalah
sesuatu yang malang. Siapa nak cantik, siapa nak tenteram, siapa nak mati
menyebut nama Allah, tolong baiki macam mana nak urus marah.
Dipesan
Rasulullah, bila kita nak marah, jangan bercakap. Bila marah kita akan
keluarkan perkataan yang buruk-buruk. Kalau sedang berjalan, duduk dulu. Kalau
boleh cari air, kita cari lah air kerana air adalah penyejuk pada segala marah.
Sebab itu air dijadikan sebagai pemadam api. Yang membuatkan kita marah itu
ialah api dan api itu ialah iblis. Jangan sampai kita bertindak kasar. Kalau
boleh mandi, pergi mandi. Atau berwuduk
dan solat 2 rakaat.
Jauhkan diri
dengan orang yang buatkan kita marah. Kalau nampak orang itu marah, kita
bangkitlah. Minta maaf banyak, saya pergi dulu. Jangan dilawan. Jika dilawan,
kita sama dengan dia.
Suami pum pang
pum pang, isteri duduk diam jangan bercakap. Isteri pum pang pum pang, suami
duduk jangan lawan. Bila lawan kita sama dengan dia. Kalau anak marah-marah,
peluk je dia dan doa, mudahkan urusan anak aku ni Ya Allah, legakan perasaannya
Ya Allah.
Bila kita
berlapang dada, bererti kita rela dengan apa yang ada. Marah bererti kita tidak
rela dengan apa saja yang Allah bagi. Maka yakinlah bahawa orang yang
menggunakan marah sebagai modal, dia sedang jauh dengan Allah. Paling sulit
untuk sujud dengan Allah. Orang yang paling sulit untuk beri maaf dan minta
maaf. Dan paling bimbang dia tidak dimaafkan. Bila kita tidak dimaafkan,
bermakna kita tidak layak masuk syurga Allah.
Oleh itu jangan
jadikan marah sebagai modal kerana dia tidak bawak kita dekat dengan syurga
Allah. Kita akan dekatkan kita dengan neraka Allah. Nauzubillahminzalik.
Mudah-mudahan kita tidak bekalkan marah-marah pada anak, pada keluarga, pada
ahli dijabatan, dan akhirnya kita sulit untuk mengucapkan 2 kalimah syahadah
bila masa dijemput Allah. Ini kemalangan paling malang. Berhati-hati lah.
Terima kasih. Assalamualaikum.
*****************
Aduhai banyak
ayat-ayat cinta 3 Doktor yang berdesup sanubari.
Dalam genggaman
iblis.
Modal-modal
iblis.
Bekalkan marah
pada anak.
Harap lepas ni
Mummy semua tak marah dan senyum selalu.
Kenapa P.Ramlee
kata jangan marah, nanti kena jual? Lepas kena jual tak boleh marah ke? Apa pulak
kaitan marah dengan kena jual?
Bincangkan.
1 comment:
Post a Comment