Tuesday, January 23, 2018

Aku _________, Maka Aku Ada




Pagi ini selepas sarapan saya terus selongkar kotak buku untuk mencari sebuah buku yang telah diharamkan baru ni. Tujuannya adalah untuk tak nak bagi mengantuk lepas makan. Mungkin kalau baca buku kontroversi mata akan segar bugar. Sekadar bermungkin.
Ada 22 topik kesemuanya. 

Topik pertama. MH370, Maira Mengajar Kami. Seorang anak yang berusia 17 tahun redo dan pasrah di atas kehilangan ayahnya (Airmata menitis pulak sewaktu menulis perenggan ini).

Topik kedua. Isa, Seorang Ateis. Ada seorang pemuda ateis menghubungi penulis nak ajak sembang. Pemuda itu tidak percaya pada Tuhan dan benci pada agama. Antara soalannya, mengapakah Tuhan yang telah berjanji untuk memberi rezeki kepada semua makhluk masih membiar sebahagian umat manusia tersiksa menderita kebuluran? Pemuda tersebut sedang struggle untuk mencari sesuap nasi. 

Penulis memberitahu pemuda ateis itu ayat 6 surah Al Hud. Akan tetapi jaminan rezeki bukan lah bermaksud ia akan dihantar di hadapan muka pintu atau disuap ke dalam mulut manusia berakal dan diberi kecerdasan. Yang dimaksudkan dengan rezeki ialah ia wujud setimpal dengan usaha supaya rezeki itu terbuka mencurah ke pangkuan. 

Panjang lagi penjelasan. Baca lah buku ini. Haha

Topik ketiga. Seorang Muslim dan Seorang Lutheran. Penulis mempunyai sahabat orang Denmark. Dan bersembang lah mengenai insiden gila kartun Nabi Muhammad SAW pada tahun 2005. Berpunca dari sikap orang Islam sendiri yang berhijrah ke Denmark dan tak reti nak bergaul dengan orang tempatan. 

Topik keempat. Beriman Dari Bertanya. Membuka minda betul topik ni. Mengenai sistem persekolahan anak2 kita. Anak-anak usia 4, 5, 6 tahun suka bertanya. Bila masuk ke dalam sistem sekolah skill bertanya mereka terbantut. 

"Alam persekolahan anak, sistem pendidikan bukan eksperimen politikus. Anak-anak diperkotak katik oleh politikus. Anak-anak ini setelah diperkotak katik akan menjadi kumpulan generasi yang kekal serta tetap mempertahankan kekuasaan politikus.
Ini kerana di sekolah anak-anak ini tidak lagi bertanya. Mereka tersogok, tersuap dan terjolok. Mereka menelan dan menerima itu adalah kebenaran. Suis akal mereka senyap-senyap dimatikan. Kita sebagai ibubapa pasrah saja bahawa kecurigaan dan kemusykilan anak-anak telah lumpuh."

Lepas topik tu akak pon terlelap. Ciss. Terlelap jugak. Kena buat cermin mata jugak agaknya. Font kecik. Nanti kita sambung lagi.




Jumpa penulis di PBAKL 2015 di MAEPS yang kontroversi. 
Lokasi MAEPS yang kontroversi.

No comments: