Thursday, October 30, 2008

Cerekarama : Pelita Buluh



U ols ada menonton citer ni? Tayangan masa raya ke-empat aritu hehe. Lama dah tulis tapi peram. Selalu cam tu. Tulis, tulis, taip, peh tu...ahh macam tak best la. Peram. Ahh malas la nak post. Delete.

Dilemma seorang blogger sambilan. Hehehe.

Saya berminat nak tonton citer ni sebab ada ahkak Ogy kita. Ahakss. Ahkak Ogy kalu blakon jadi orang miskin memang streotype cara dia pakai tudung, wardrobe dia dan juga wajahnya yang tidak bermekap. Saya suka tengok penampilan dia yang tak semenggah itew. Contoh citer lain, saya lupa tajuk tapi pelakon dia ada Zamarul Hisham yang baru pindah ke kampung itu dan menghantar anak perempuan nya di rumah keluarga akak Ogy. Akak Ogy sebagai penjual nasi lemak kalu tak silap. Mak dia Fauziah Nawi yang mengalami tekanan jiwa dan adik dia Raja Azura suka lepak disko.

Tapi dah jadi orang miskin gitu je la style nya yang ada tak? Takkan nak pakai bulu mata palsu jual nasi lemak kan? Veri de tak kena konsep dah tu. Hehe.

Pelita Buluh arahan Rashid Sibir (boleh agak dah jalan citer sedih dia ni) dan para pelakon nya hebat-hebat belaka. Azean Irdawaty, Nasir Bilal Khan, Fahrin Ahmad, Elly Mazlin, Azizah Mahzan, Norlia Ghani. Yang mana tak perlu dipertikaikan lagi lakonan mereka. Fauziah Nawi tak de pulak kali ni ya. Tapi Fauziah Nawi kalu watak mak-mak datin, orang ada-ada, memang agak kurang seswai. Macam tak kimia gituh.

(Dan saya tak faham kenapa mesti nak cakap Kelantan dalam Bicara Cinta. Saya tak follow drama ni tapi sekali skala tertengok. Hazab nya aku dengar. Terus jadi lawak. Tak pon cari la plakon Kelantan btol)

Kisah dia ala macam filem Antara Dua Darjat. Keluarga Tengku orang ada-ada versus keluarga orang kebanyakan orang meskin hina yang takde darah kerabat diraja. (Asal miskin mesti hina. Pesal ek??) Percintaan dan perkahwinan anak Tengku dan orang kebanyakan telah dihalang oleh bonda Tengku yang bengis lagi garang dengan alasan yang kerap kali kita dengar iaitu tidak setaraf.

Tengku Imran (Nasir Bilal Khan) telah berkahwin dengan Nora (Ahkak Ogy) yang bukan berdarah Tengku. Kerna chinta agung depa kawin juga tanpa restu bonda Tengku Imran. Kemudian mereka dikurniakan anak perempuan bernama Tengku Zarina (Elly Mazlin). Sewaktu Nora di dalam pantang Tengku Imran telah membawa lari Tengku Ina dan serahkan kepada bonda nya, Tengku...er lupa nama (lakonan Azean Irdawaty). Kita taruk nama dia Tengku B lah. B untuk bonda. *Saya putar Halim*

Tengku B dengan bengis dan amaroh telah mengugut Tengku Imran, pilih satu antara 2, Tengku B atau pon Nora. Kalau Tengku Imran kalau pilih Nora maka putus hubungan mereka, haram air susu ibu ke hapa, etc etc. Lupa dah.

* Kalau Nora tak datang besok, dengan tok bomoh, dengan jin, dengan korang pat orang nnti aku lipattt * (Eh ni citer Nora lain) :P

Ditelan mati bonda, diluah mati Nora. Akhirnya Tengku Imran terpaksa memilih bonda nya yang bengis itu. Dan terpisah la Nora bersama suami nya Tengku Imran. Tengku Imran kemudian berkahwin pula dengan Tengku M (Azizah Mahzan). Tengku Ina menganggap Tengku M adalah mama dia.

Dipendekkan citer, Nora sekarang menetap di rumah orang tua-tua bersama seorang lagi warga tua Hamidah Wahab, teman dia di situ. Kemudian Nora ada anak angkat yang kerap melawat dia di situ iaitu Fahrin Ahmad. Fahrin Ahmad ada gelpren iaitu Tengku Ina. Fahrin beritahu Tengku Ina bahawa makcik Nora juga mempunyai seorang anak perempuan dan setiap tahun dia akan pasang pelita buluh sebelum raya kot-kot anak dan suami dia pulang ke pangkuan dia untuk berhari raya. Sebab Tengku Ina dilarikan oleh Tengku Imran pada bulan puasa dekat² nak raya. Sebab tu tajuk citer dia Pelita Buluh.

Diringkaskan citer, Tengku Imran sekarang lumpuh tidak boleh bergerak. Tengku B pula tiada ketenangan jiwa mengenang dosa-dosa dia yang lampau kerna memisahkan Tengku Imran dan Nora. Tengku B sedih melihatkan kondisi anak lelaki beliau Tengku Imran yang lumpuh. Walaupun rumah besar, duit banyak tetapi anak nya lumpuh. Kasihan ya.

Dan mereka nanti berjumpa dengan Nora bila mana Tengku Ina menjemput Nora buka puasa di rumahnya tanpa mengetahui Nora adalah ibu kandungnya. Kwang kwang.

Ending Tengku Ina mati di malam raya sebab kena langgar dengan keta mercedis Tengku M. Tengku M dalam keadaan ting tong separuh sedar akibat terlebih ambil alkohol telah me-reverse ketanya dengan laju dan tak pasan Tengku Ina ada kat belakang. Tengku Ina yang baru pulang dari solat Terawih bersama Fahrin Ahmad. Keceper Tengku Ina jatuh.

Tak setaraf lagi. Sudah nya ko yang tak de ketenangan jiwa kan. Rasain.

Apa yang mahu saya komen ialah,

Untuk watak wanita bertudung, potray kan la dia senonoh sikit. Senonoh maksud saya, kasi la matching warna baju dan tudung. Orang sekarang ni dah tak pakai dah baju dan tudung tak matching warna. Tak percaya tengok wanita bertudung disekeliling anda. Baju kurung warna biru tua tanah biru peh tu pakai tudung warna shocking pink. Tak pun baju merah ko tala kan pakai tudung oren. Tudung bawal low gred plak tu pakai. Cuba u ols imajin macam mana rupa dia. Gaya pemakaian tudung kena la juga stylo kan? Sebagaimana stylonya mekap warna eye shadow dengan warna blouse kadang2 dapat kita lihat.

Kalau realitinya rasanya Elly Mazlin pon tamau pakai camtu. Bertambah tak matching dengan hidung mancung lebih shading dia iteww. Mungkin ada lah orang kebanyakan yang tidak mengikuti arus fesyen busana muslim akan pakai warna tak matching. Tapi bilangannya tak ramai

Saya bagi satu contoh. Contoh seperti orang 'kuala'. Bukan orang Kuala Kangsor, Kula Pilah tu yach. Ni orang kuala yang dok kat laut, kat kelong. Kat JB ada kelompok orang ni. Depa dok dekat kawasan bernama Kong Kong berdekatan dengan Pasir Gudang yang dekat-dekat ngn laut/sungai. Sini boleh makan sifud. Time cukup bulan depa akan berjemaah pi shopping kat bandaraya. Time ni kita boleh lihat fesyen-fesyen citrawarna mereka. Tapi ini boleh dimaafkan lagi sebab mereka tidak terdedah dengan arus fesyen terkini.

Takkan la Tengku tak mampu nak beli tudung warna matching dengan baju yang tak berapa sen sangat tu ye tak. Kalau beli hanbeg jenama mewah boleh plak matching kan dengan warna kasut, warna bunga, warna belt kan. Kalau susah sangat nak pilih warna matching, pilih tudung 3 warna ni yang matching dengan semua tema. Putih, hitam dan krim. Senang citer. Satu lagi cara lipat tudung kan??? Aigoooooo. Mentang-mentang lah cuma berlakon kan.

Sekian saja komen saya mengenai tudung Tengku Zarina yang tidak setaraf dengan darah Tengku nya dan banglo nya yang besar itew di dalam cerekarama Pelita Buluh. Hehehe. Bukan apa saya simpati melihat nasib persembahan tudung-tudung di dalam drama kita yang tidak dikemas kini. Nanti pas ni u all try test peratikan dalam drama-drama dan telemovie.

No comments: