Wednesday, October 29, 2008

Filem : Host and Guest (2005)




Synopsis
 
The movie portrays the changes a cynical intellectual and a deeply religious man experience after they meet, and deals with social and political issues such as conscientious rejection of mandatory military service and human rights of minorities.


Cast : Kang Ji Hwan,

Ok u all ni filem pertama Kang Ji Hwan. Indie filem yang diterbitkan dalam tahun 2005. Dari tahun lepas saya cari movie ni tak jumpa-jumpa. Kat Clubbox pon takde.

(Biasa lah waiem kalo hero feveret dia, dia nak tengok semua citer lakonan hero pojaan dari dolu hingga sekarang huhu)


Tahun 2008 filem ini dikeluarkan dan ditayangkan semula di Korea katanya disebab popularity yang diraih oleh KJH di persada seni lakonan. Pelakon yang dulu underrated kini telah termasuk di dalam senarai gred A punya hero. Sebab tu saya suka KJH sebab saya kenal dia dari sebelum dia glamer tak ramai peminat sampai la ni dia mempunyai bilangan peminat yang ramai di seluruh antero doniya yang melayan drama Korea. Soompi thread dia saya mula ikuti dari hanya 20 pages, la ni dah ada 400 pages. Begitu pantas muka surat itu bergerak ya. Suka nak lihat perjalanan karier beliau. Raso macam dia dokek jo ngn den hehe

Drama Hong Gil Dong telah menaikkan nama beliau sebab melalui drama tersebut lah orang sudah mula perasan skill lakonan dia di samping memiliki wajah dan personaliti yang sedap mata memandang. Sebelum tu orang tak nampak pon dia walau menang Best Actor untuk drama Be Strong Geum Soon dalam tahun 2005. Drama Fireworks pon dia suam-suam kuku. Tetapi dia meletop kembali di dalam drama Capital Scandal.

Berbalik pada citer ini, ianya sebuah indie movie. Sebuah indie movie katanya tidak ditayangkan di pawagam. Saya pon tak berapa paham mengenai 'indie pilem' ni.

Untuk maklumat lanjut apa itu independent film silalah baca sini http://en.wikipedia.org/wiki/Independent_film




Citer mengisahkan 2 orang insan yang berlainan serba serbi berjumpa dan kemudan bersahabat. Biasa nya gitu la kan dalam kehidupan manusia. Tak kenal, kemudian berkenalan dan kemudian menjadi samada kawan atau musuh baik. Manade orang lahir-lahir terus bersahabat baik, ye tak. (Eh ada bujang lapok. "Kami berkawan sejak dari dalam perot pakcik") Ehehehe

 
Mereka berlainan latar belakang, ideologi, pemahaman agama dan konsep dalam kehidupan.

KJH dalam ni dia jadi ala-ala pasif, anti sosial dan alim gitu. Orang ajak tengok wayang tak mao. Sebab pada pendapat dia filem sekarang ada adalah ganas. Tidak sesuai ditonton oleh umum. Pi wayang tamao, pi karaoke lagi la tamau. Tempat maksiat katanya. Kemudian dia dijatuhi hukuman penjara sebab tamau attend military service yang diwajibkan ke atas setiap warga lelaki Korea. Sebab dia mengikuti fahaman agama nya.

Mari lah kita saksikan beberapa adegan dalam filem ini. Ada gambar baru syiok citer.

Guru filem itu mengajak beliau menonton filem.

"Film reflect reality". Sangat setuju


 

Guru filem itu ajak menonton filem Turki



 

Ketekunan menonton


 

Kat karaoke nanyi lagu ni hahaha
Appa gom, omma gom, aegi gom



Adegan dalam teksi. Sorang penumpang warga Korea tiba-tiba pro Bush

Tercetus la perbalahan


Pembelaan diri di mahkamah






Gitu la serba ringkas citer nya ya.
Untuk citer lebih details saksikan lah filem ini.
Filem ini tidak sesuai ditonton Umum. Hehe.

No comments: