Synopsis
Based on a fictional book about a Robin Hood in Korea, Hong Gil Dong this drama is very loosely based off of that book and the time it was set in.
Hong Gil Dong is the bastard son of a minister. He spends most of his time lazing the day away and taking goods from the various merchants. However, a local monk think he's destined to be more. Hong Gil Dong, for his part, really dislikes the injustices in this ranked world.
Heo Yi Nok has returned to Korea, fresh from China. She's an upbeat, naive and carefree girl. She's been living with her grandfather for the last few years. They both are merchants looking to make a fortune back in Korea.
Lee Chang Hwi, however, has been told since he was young that he's the rightful king of Korea. He bumps into Heo Yi Nok. This initially causes misunderstanding between them, but over time his heart is softening towards her.
Meanwhile Heo Yi Nok and Hong Gil Dong are developing a friendship that feels like (at least to Yi Nok) that it could be more.
As the question of rightful succession comes into play, Hong Gil Dong and Yi Nok are forced to take sides.
Total episode : 24 + HGD Special
Credit : Wikipedia , WikiDrama , Hancinema , Soompi , WITHS2
Mukadimah
Pengalaman sewaktu menonton drama ini.
1. Menonton kali pertama – Sentap dengan ending nya
2. Menonton kali kedua kerana tidak puas menonton sekali dan nak bagi lebih paham akan jalan ceritanya
3. Menonton kali ketiga, keempat, kelima kerana errr...kerna diaaa ahakss (tengok certain part saja hehe)
Penulis skrip
Mari kita berkenalan dengan penulis skrip drama ini terlebih dulu kerana salah satu faktor keterujaan menonton terhadap drama ini oleh penggemar k-drama di Korea dan luar Korea adalah kerana penulis skrip ini.
Penulis skrip nya ialah adik bradik perempuan Hong atau dikenali juga sebagai Hong Sisters iaitu Hong Jung Eun dan Hong Mi Ran yang amat terkenal sekali di arena penulisan skrip drama Korea. Samada disebabkan surname dia Hong maka dia menulis citer Hong Gil Dong ni, saya pon kurang pasti. Antara drama-drama lain yang ditulis oleh Hong Sisters ini ialah My Girl, Sassy Girl Chunyang dan Fantasy Couple. My Girl sangat meletop di luar Korea. Fantasy Couple best drama MBC 2006 (drama ni saya tak dapat menikmati ke-best-an nya tang mana). Sassy Girl Chunyang ok la kot. Terbaru Hong Gil Dong, sangat-sangat ok dan best (of course huhu)
Kebiasaannya saya tidak mengambil pot sangat tang penulis skrip ni. Yang penting hero nya lah sebab untuk menjamu mata la kan hehehe. Contonya, My Girl dikenali kerana penulis skrip nya kah atau Lee Dong Wook nya kah. Tapi saya lebih tertarik pada Lee Jun Ki. Selepas ini menanti jugak untuk mengetahui hasil kerja terbaru Hong Sisters ini. Cuma saya sentap drama Hong Gil Dong ini dia bagi sad ending selepas ketiga-tiga drama mereka sebelumnya berakhir dengan gumbira dan ceria.
Hong unnie, kau memang kijam.
Drama HGD diadaptasi dari buku cerita klasik Korea. Menceritakan kisah Robin Hood versi Korea. Drama ni bergenre fiksyen period modern. Sedih, lucu, menyayat hati, kelakar, patriotik seme ada dalam ni. Cukup rempah ratus. Juga ada adegan ala katun-katun sket. Imajin lah anda membaca komik 'bergerak'
I. Hong Gil Dong
HGD merupakan seorang anak luar nikah seorang menteri dalam negeri di sebuah daerah di dalam sebuah negeri. HGD terhasil selepas bapak HGD memperkosa orang gajian nya kerana isteri dia tidak layan dia pada suatu malam yang hening. Pak menteri perkosa pembantu rumah katanya kan.
Dan lahir la HGD ke dunia yang fana ini. Semasa hayat hidupnya HGD telah diabaikan oleh bapanya sendiri semenjak usia kecil kerana status beliau adalah anak luar nikah. Anak luar nikah tiada tempat di dalam masyarakat. (Tang ni rasa macam nak carut plak. Dah rogol orang kemudian abaikan anak sendiri kan. Sabar tinah sabar) Ibu dia plak mati sewaktu dia kecil.
"You are not my son. You are a slave born to my slave. This is the law and cannot be changed."
"You are my blood, but cannot be my son"
Antara kata-kata bapak HGD kepadanya.
Berhidup la HGD seorang diri tanpa asuhan dan belaian kasih sayang dari seorang bapa dan ibu. Beliau tidak dapat belajar sekolah, tiada tempat di dalam rumah, tiada keluarga dan tiada masa depan. Pabila ditanyain orang mengenai bapa, HGD menjawab dia tidak mempunyai bapa. Kalau HGD dok kat Mesia mesti dia terjebak dengan mat rempit atau dadah atau black metal kan. Sungguh kasihan kan anak yang hidup di abaikan oleh bapanya sendiri yang ........... (sila isi tempat kosong)
Satu hari HGD telah berkenalan dengan seorang tok sami yang baik hati. Tok sami ini kasihan akan nasib HGD lantas mengambil HGD menjadi anak murid nya. HGD kemudian di didik menjadi manusia yang berguna, ada self confidence, di ajar ilmu mempertahankan diri dan ilmu-ilmu lain seperti ilmu tata rakyat dan kemahiran hidup untuk menjadi seorang rakyat yang bersih, cekap, amanah dan anti rasuah. Tok sami itu berkenan menjadikan HGD anak murid nya kerana beliau berkebolehan membaca nasib seseorang dan beliau telah meramalkan HGD ini ada aura hero di dalam diri nya dan bakal menjadi hero pojaan rakyat jelata dan penduduk kampong bila HGD dewasa nanti. Hanya takdir dan waktu yang bisa menentukan. (Hero drama pon iya juga hehe)
Tok guru HGD yang bersuara seperti Pyan Habib kata makincek hehe
Bila sudah dewasa dan penuh ilmu di dada, HGD mahu pergi merantau ke tempat lain membawa dirinya yang sebatang kara jauh dari kediamannya yang sekangkang kera itu. Sebabnya mahu menetap di negara sendiri ala-ala macam tak de mood aja kan. Keluarga tak de, kerja tak de, hapa tak de, harta lagi la tiada. Bapak anak dara mana yang mahu bermenantukan HGD ini plak kan. Maka HGD pon berhasrat mahu meninggalkan tanahair nya dan merantau ke negara China.
Sewaktu sedang menunggu tarikh kapal belayar ke China, HGD telah berkenalan dengan seorang wanita penjual ubat yang bernama Heo Yi Nok yang baru datang dari China bersama atuknya. HGD meminta Yi Nok mengajar beliau bahasa China supaya senang beliau mahu berkomunikasi pabila tiba di China nanti. Dan Yi Nok mengajar beliau satu perkataan Mandarin yang amat popular iaitu 'Jia You' atau kita kat sini kata 'Caiyok'. Makanya dalam citer ni nanti akan kedengaran perkataan 'Jia You' berulang kali.
Tetapiiii pemergian HGD ke China kerap ditunda beberapa kali kerana kedapatan beberapa faktor yang menghalang beliau untuk jadi perantau. Mungkin beliau tidak ditakdirkan menjadi perantau. Apakah faktor-faktor itu? Saksikan la sendiri ya.
Seterusnya, pada hari HGD telah confirm mahu berangkat ke China, berlaku lah satu insiden malang di mana HGD telah difitnah oleh mak tiri dan abang tiri nya yang memang benci pada HGD. Mereka berpakat mahu mengkambing hitamkan HGD dengan rencana keji supaya HGD tertangkap dan disumbatkan di dalam penjara. Rencana keji itu ialah mengupah pencuri mencuri di rumah bapa HGD dan kemudian menuduh HGD yang melakukan jenayah curi itu.
Yi Nok dan atuk nya
Dipendekkan citer, HGD terperangkap tetapi berjaya melarikan dirinya dan kini menjadi buruan pihak polis. HGD mahu membersihkan nama baik nya lantas dia pergi mencari pencuri yang sebenar di seluruh pelusuk kampung. Sewaktu sedang mencari pencuri yang sebenar beliau telah berjumpa dengan seorang pemuda misteri yang comey yang merupakan ahli kumpulan berhaluan kiri yang bernama Yongmun. Pemuda misteri ini dipercayai turut terlibat di dalam kes curi di rumah bapa HGD. Maka HGD pon berkonfrontasi dengan pemuda misteri comey itu dan mahu menangkap pemuda itu untuk membersihkan namanya. Tetapi HGD tidak berjaya menangkap pemuda Yongmun itu kerana kunco-kunco pemuda itu ramai dan gagah.
HGD tetap tidak berpuas hati selagi namanya tidak dibersihkan dari tuduhan mencuri. Dia mengatur rencana lain pula. Kali ini mahu menyerang tempat kediaman Yongmun.
Motif dia hanya satu, mahu menangkap pemuda misteri comey Yongmun itu dan bawa berjumpa pihak berkuasa iaitu bapak HGD sendiri dan memberitahu bahawa HGD tidak mencuri pada malam itu. Untuk menyerang kediaman Yongmun, HGD tidak mampu melakukan nya seorang diri. Beliau telah meminta pertolongan dengan tim pencuri yang lain. Kat dalam kampong ni banyak pencuri ye u ols. Tetapi pencuri yang glamer dan berkaliber sket ada 4 orang. Dengan bantuan pencuri 4 orang itu, HGD merangka pelan bagaimana mahu menyerang tempat kediaman Yongmun itu. 4 orang pencuri itu sudi menolong HGD kerana HGD pernah menyelamatkan mereka dari dibunuh oleh bala tentera Yongmun.
Maka kesimpulan nya di sini ialah musuh mereka sama iaitu Yongmun. (Kemudian nanti mereka akan bergabung dan tertubuh lah kumpulan "Hwal Bin Dang" yang bermaksud pencuri yang baik)
Hwal Bin Dang...tepat, cepat dan mesra...bersatu membenteras jenayah dan membantu orang miskin...redah je
Maka tiba la hari mahu menyerang kediaman Yongmun. Malangnya rencana mereka telah terpesong ke tempat lain. (Si Gil Dong ni memang nasib malang je sokmo) Ku sangkakan kediaman Yongmun tetapi rupanya istana Raja daa. HGD termasuk ke istana Raja. Dipendekkan citer, istana Raja terbakar dan terbom kababommmm pada hari HGD berada di dalam perkarangan istana. Perkarangan istana pada masa itu sedang menjalankan peperiksaan bagi orang awam yang mahu memohon kerja di dalam Kerajaan. Kalau lulus peksa bole mintak keje dengan Raja. Sekali lagi HGD dituduh menyebabkan kebakaran di istana kerana ada orang nampak HGD berada di tempat kejadian. Bagaimanapun sekali lagi HGD berjaya meloloskan diri.
Sekarang ini 2 tuduhan palsu telah berada di bahu HGD. Pertama mencuri rumah menteri aka bapa nya. Kedua, membakar istana. Siapa yang akan percaya dengan kata-kata HGD? Walaupun keluar air mata duyung dan muntah darah sekalipun HGD mempertahankan dirinya, tiada makhluk pun yang akan percaya.
Hanya ada satu jalan terakhir untuk HGD membersihkan nama nya iaitu dengan kematiannya. Ya HGD rela mati.
anak panah di dalam gerak slow motion lantas mengena dada HGD yg bidang itew *zaappp bunyi sound effek*
Kenapa HGD "rela" mati? Demi chinta yang membara ataupon demi kasih yang mengharum? Tiada satu pon jawapan merapu itu ya. Jawapan yang sebenarnya ialah,
Kerana dia tidak sanggup melihat ramai orang awam yang tidak bersalah mati dipancung oleh Raja Gila yang diketuai oleh bapa nya aka menteri kanan Raja. Bila istana tadi telah terbakar, Raja Gila pada masa itu amat murka dan bertitah supaya HGD ditangkap. Tetapi HGD lari bersembunyi. Maka Raja Gila perintah semua orang awam yang berada di dalam kawasan istana pada kejadian kebakaran itu berlaku di pancung satu persatu jika HGD tidak mahu menyerah diri.
Kemudian HGD berjumpa dengan bapanya secara senyap-senyap dan meminta supaya berhenti membunuh orang awam dan sebagai ganti bunuh la dia, Gil Dong. Tetapi dengan syarat HGD mahu dia ditangkap di dalam hutan dan mati di dalam hutan kerana hutan adalah tempat di mana dia membesar dan taman permainan dia dan juga tempat dia menangkap harimau bersama Yi Nok.
Dan mati la HGD di akhir episode 7 (Mati sekejap lepas tu hidup balik tau)
Dan meraung la Yi Nok apabila mengetahui HGD chinta hatinya telah mati.
Dan berkumandang la lagu syahdu 'If' nyanyian Tae Yeon buat pertama kali nya. Bila dengar lagu nih mesti berbayang HGD mati dipanah anak panah manakala Yi Nok pula menangis sambil memanggil-manggil HGD di dalam hutan.
"Gil Dong aah. Kau di mana? Mari la pergi bersama-sama. Jangan tinggalkan aku. Gil Dong aah. Uwaaaa"
MV If (with English substitle)
* penulis turut meneteskan ayor mata pada saat kejadian itu berlaku*
Sangat sedih skals
II. Pemuda misteri comey aka Prince Chang Hwi
Seterusnya kita ke al-kisah pemuda misteri di dalam citer di atas tadi. Salah satu sebab HGD mati adalah kerana beliau ini.
Bila mak tiri HGD mahu mengkambing hitamkan HGD dengan mengupah pencuri mencuri rumah bapa HGD, dalam masa yang sama ada satu kumpulan pencuri lain datang serentak nak mencuri jugak. Hahaha kan dah kata ramai pencuri dalam citer ni. Kumpulan pencuri itu ialah dari kumpulan Yongmun yang diketuai oleh pemuda misteri itu. Mereka mahu mencuri pedang Sa Yin yang berada di dalam bilik bapa HGD.
Kenapa pedang Sa Yin itu menjadi rebutan ramai? Bapak HGD simpan pedang itu. Kemudian pemuda misteri itu juga mahukan pedang itu juga. Kemudian Raja Gila itu juga berkehendakkan pedang itu juga.
Ini adalah kerana ada rahsia terkandung pada pedang itu. Ada kata-kata wasiat daripada bapa Raja. Pada pedang itu ada tertulis nama pewaris yang akan menduduki tahta selepas bapa Raja mangkat. Dan Raja itu mempunyai 2 orang putera yang akan mewarisi tahta selepas kemangkatan nya.
Kata-kata dipedang itu berbunyik begini,
"I give the crown to my second son. Protect and guard him against all enemies"
(Benda ni buat saya terfikir dan moskel. Apa ke hei nya bapa Raja nak putera nomo 2 jadik Raja. Sepatutnya otomatik putera pertama yang akan menggantikan bapa Raja kan. Ini juga merupakan misteri yang mana saya rasa semua orang tertipu di akhir episode hahaha Twist yang menarik.)
Ok al-kisah seterusnya lagi pemuda misteri Yongmun itu merupakan putera nomo 2 yang muncul mahu menuntut hak nya sebagai Raja yang sah secara diam. Nama beliau ialah Prince Chang Hwi. Dan Raja Gila itu pula merupakan abangnya yang telah "membunuh" nya masa dia kecik sebab abangnya itu kemaruk nak naik tahta. Prince Chang Hwi menyamar menjadi pemuda misteri kerana keadaan tidak mengizinkan dia meng-exposekan diri dia secara terangan sebab nanti dia kena bunuh lagi dengan abang nya selagi tak dapat pedang itew. Sebab abang dia ingat dia sudah mati tetapi sebenarnya Prince Chang Hwi tidak mati. Maka bila pedang itu sudah berada di tangan Prince Chang Hwi nanti, Raja Gila itu akan kehilangan tahta dan kuasa dan haruslah dikenakan hukuman bunuh.
Kenapa bapa HGD pula menyimpan pedang itu? Hahaha dia berkait-kait tau hubungan diorang ni. Bapa HGD turut membantu Raja Gila itu membunuh adik nya pada masa dahulu. Bila dia ber-kroni dengan Raja Gila maka dia akan dapat jawatan menteri kicen cabinet. Dan sekarang bapa HGD merupakan penasihat kanan Raja Gila itu.
Gitu la al-kisahnya. Moral of the stori semuanya gila kuasa, gila darjat, gila pangkat, semua gilaaa. Kuasa bole membuatkan orang bunuh membunuh, menjadi gila mental dan tidak mengaku anak sendiri.
Bila HGD berkonfrontasi dengan pemuda misteri aka Prince Chang Hwi itu, baru la HGD dapat tahu kisah tersirat yang sebenar kenapa Prince Chang Hwi mencuri pedang di rumah bapa HGD pada malam tu.
HGD mengambil keputusan untuk mati sebab nak melindungi putera Raja ini juga. Sebab pada hemat HGD sebagai HGD dia tidak dapat membuat apa pada masyarakat, dia seorang yang tidak berguna, anak luar nikah yang tiada tempat di dunia, tujuan dia hidup pon tak de apa-apa misi, tiada arah tujuan, maka lebih baik la dia mati daripada putera Raja itu mati dan orang awam yang tidak bersalah lain mati dipancung.
Sebelum HGD mati, dia telah meninggalkan beberapa soalan kepada Prince Chang Hwi dan soalan-soalan ini telah menghantui Prince Chang Hwi hingga buat dia tidak lena tido, makan tak basah, mandi tak kenyang.
"What makes you worthy enough to do all this so that you can be a King?"
(sebab kerana berkehendakkan pedang itu ramai rakyat yang tidak bersalah dibunuh. Maksudnya kalau dia seorang putera Raja yang baik, dia tentu tidak tergamak melihat rakyat nya dibunuh)
"Do you have to become a King just because you were born to be one?""Think about why you have to be a King?"
"Think about if you should be a King?"
"Ok goodbye sahabat sekarang aku nak pergi mati lahhh" kata HGD.
Kisah citer di atas adalah dari episode 1 hingga 7 yang merupakan tonggak utama jalan citer nya. Drama ni ada 24 episode kesemuanya. Kalau citer kesemua 24 episode rasanya boleh terbitkan buku nih hahaha.
Kisah selanjutnya anda kena la tonton sendiri. Ada banyak kisah lagi. Kisah benar yang kita akan jumpa dalam kehidupan seharian kita sebab citer ini turut menyindir beberapa isu semasa yang berlaku di Korea dan secara tidak langsung saya nampak ada lebih kurang kesamaan dengan kat Mesia
1. Kisah cinta 4 segi.
2. Kisah HGD yang benar-benar menjadi hero seperti yang diramalkan oleh tok sami itu.
3. Kisah bagaimana rampasan kuasa Prince Chang Hwi dari abangnya yang mendapat sokong penuh dari rakyat yang berkehendakkan Raja yang berjiwa rakyat seperti Prince Chang Hwi
4. Kisah menteri yang taat setia membabi buta pada Raja yang sakit mental yang tidak layak memerintah Negara (Bapa HGD nanti bunuh diri sendiri kerana mahu mempertahankan Raja Gila kesayangan nya sebagai tanda taat setia pada Raja dan Negara)
5. Kisah bakal Raja dan rakyat yang berlainan latar belakang dan berlainan ideology yang saling mempergunakan antara satu sama lain untuk mencapai misi masing-masing (HGD dan Prince Chang Hwi)
6. Kisah Raja yang bagaimana yang dimahukan oleh rakyat?
7. Kisah menteri yang korup guna wang rakyat (ini normal la ni kat mana-mana jua)
8. Kisah Raja yang tidak tahu memerintah Negara, bagaimana kesan nya terhadap rakyat?
9. Jika rakyat diberi kebebasan untuk memilih pemerintah, pemerintah macam mana yang akan dipilih oleh rakyat itu? (seperti lepas PRU 12 saje huhu)
10. Kisah seorang ibu putera Raja yang akan berbuat apa saja untuk pastikan putera lelaki nya menjadi Raja. Tetapi Raja untuk siapa? Untuk rakyat kah atau untuk kepentingan diri sendiri kah? Ingat senang kah mahu menjadi Raja?
Keluhan rakyat di EP01
"There are so many thieves nowadays. It’s a pain to behead all of them"
"It's hard to make a living. That’s why they’re turning into thievery"
"The reason why the country is in the mess is because our king is useless"
"Shhhh. Do you want to behead up there?"
Okke kita ke pelakon nya pula :
Kang Ji Hwan as Hong Gil Dong
Seperti biasalah hero pojaan waiem ahakss
Sung Yu Ri as Heo Yi Nok / Ryu Yi Nok
Pada saya watak dia kali ni begitu menjadi dengan dia. Sebelum-sebelum ni saya tidak impressss langsung dengan lakonan dia. Cuma minat tengok wajah dia yang comey dan ayu itu saja. Letih tengok dia dalam Snow Queen dan One Fine Day.
Jang Geun Suk as Lee Chang Hwi
Putera raja yang comey. Dia ni juga pilihan kedua untuk watak ni seperti Kang Ji Hwan. Watak ini terlebih dahulu di-offer kepada tu sapa hero Only You.
Kim Ri Na as Seo Eun Hye
Dia ni merupakan anak menteri yang syiok kat HGD. Bapak dia pening kepala sebab dia chinta dekat HGD. Bapak dia nak jodohkan dia dengan abang HGD.
Ahn Suk Hwan as Seo Yoon Sup / Minister Seo (Eun Hye's father)
Ahjusshi feveret penulis skrip
Choi Ran as Court Lady Noh / Noh Sang Koong
Juga ahjumma feveret penulis skrip. Dia ni orang kanan Prince Chang Hwi. Dia jaga Chang Hwi dari kecik selepas bonda Chang Hwi dibunuh oleh abangnya. Pasan tak depa dua ni ada dalam My Girl & Sassy Girl Chunyang? Begitu kimia sekali mereka.
Kil Yong Woo as Hong Pan Seo (Gil Dong's father)
Jo Hee Bong as Lee Kwang Whe (Chang Hwi's brother)
Ini la dia Raja Gila itu. Sebab apa dia gila. Dia terbayang hantu adik dia datang mengacau dia tiap malam. Jiwa dia tak tenteram sebab dia dah bunuh ramai orang sebab nak jadi Raja. Kesudahannya dia tidak dapat tumpu perhatian pada pentadbiran negara kerana dibayangi oleh kesalahan sendiri yang telah menyebabkan dia mereng.
Saya rasa kagum depa ni pandai pilih pelakon. Aktor ni tak penah blakon drama. Ni drama pertama beliau. Dia cuma blakon filem saja.
Merchant Wang. Watak yang mencuit hati saya juga. Lawak dia ni. Saya suka dengar bila dia cakap cina hahaha Dia ni tak suka dengan HGD sebab HGD selalu curi barang kat kedai dia.
OST. Sangat meletop. Semua lagu best dan kena dengan mood jalan citer.
Dalam episod akhir di penghujung episod ada satu lagu syahdu berkumandang. Sebuah lagu berbahasa Norway yang dinyanyikan oleh penyanyi soprano Norway bernama Sissel Kyrkjeba dengan tajuk lagu "Lær meg å kjenne"
Teach me to know your ways
And to walk them trustingly step by step
I know that what I own
Are borrowed goods, and everything is yours
But if your strong hand guides me
I will never see the wrong goal
And for every hope that dies down here
I will receive a greater hope in heaven.
Ending :"They look like a shooting star. Shall we make a wish?"
"At a time like this?"
"They look like they are wishing us farewell"
"We’ll go together"
"Gil Dong ah, [I love you]"
"Ara"
"Do you know what that means?"
"Dummy"
"Saranghae, saranghae, saranghae"
HGD Episode 7
"At a time like this?"
"They look like they are wishing us farewell"
"We’ll go together"
"Gil Dong ah, [I love you]"
"Ara"
"Do you know what that means?"
"Dummy"
"Saranghae, saranghae, saranghae"
HGD Episode 7
Hong Gil Dong ExtraPart 1 , Part 2 , Part 3 , Part 4
Hong Gil Dong Special (with English subs)Part 1 , Part 2 , Part 3 , Part 4 , Part 5 , Part 6 , Part 7
Hong Gil Dong vs Sun Woo Wan (Capital Scandal) :P
Perasan tak wahai peminat KJH sekalian? hahahaha
Akhir kata, jika anda rasa nak tonton citer ni, tonton la saja ye. Kalau tanya saya, ditakuti jawapan tidak berapa telus kerana berunsur bias ya amat. Ahaks ahaks.
Sekian.
No comments:
Post a Comment