Synopsis
Dal Rae (Lee Da-hae) is a single mom who isn’t picky about her food, laughs a lot and is a loyal friend. After graduating from high school, she meets Tae-oh, a handsome mountain climber, while working in a local bank in Pyeong-chang. She follows Tae-oh to Seoul to get married. She becomes pregnant. But even before the baby is born, Tae-oh is killed in a freak accident in the mountains. Dal Rae ends up living with her mother-in-law, Tae-oh’s mother, and her pretty baby daughter.
One day, her mother-in-law, Sun-sum, forces her to go on a blind date. She's shocked to find an elderly man as her date and rushes out, causing a car accident. The owner of the car is Oh Joon (Jang Hyeok), a former boxer who quit because he didn’t want to mess up his pretty face. Instead, he is masquerading as a fund manager, living off women. To make things worse, he has debts to pay off set on by his sister who is married to an abusive husband. Dal Rae proves to be a new target for him. But strangely enough, this unsophisticated girl isn’t at all interested in him, which makes him want to seek true love in her.
Total episode : 16
Credit : DramaWiki , Hancinema, WITHS2, Soompi
Dal Rae (Lee Da-hae) is a single mom who isn’t picky about her food, laughs a lot and is a loyal friend. After graduating from high school, she meets Tae-oh, a handsome mountain climber, while working in a local bank in Pyeong-chang. She follows Tae-oh to Seoul to get married. She becomes pregnant. But even before the baby is born, Tae-oh is killed in a freak accident in the mountains. Dal Rae ends up living with her mother-in-law, Tae-oh’s mother, and her pretty baby daughter.
One day, her mother-in-law, Sun-sum, forces her to go on a blind date. She's shocked to find an elderly man as her date and rushes out, causing a car accident. The owner of the car is Oh Joon (Jang Hyeok), a former boxer who quit because he didn’t want to mess up his pretty face. Instead, he is masquerading as a fund manager, living off women. To make things worse, he has debts to pay off set on by his sister who is married to an abusive husband. Dal Rae proves to be a new target for him. But strangely enough, this unsophisticated girl isn’t at all interested in him, which makes him want to seek true love in her.
Total episode : 16
Credit : DramaWiki , Hancinema, WITHS2, Soompi
Melihat pada tajuk drama ini pasti dapat mengagak jalan citer drama ini. Ya mengenai seorang robber yang suka me-robber orang. Pe-robber adalah seorang lelaki manakala mangsa pe-robber adalah kaum perempuan yang mempunyai banyak wang. Tidak kira isteri orang kah, tunang orang kah, anak yatim piatu kah, nenek orang kah, janji banyak duit. Nenek sekarang dah vogue yew. Masuk reality tv lagi ahaks. Ada ketika sewaktu dia mahu me-robber, dia turut me-raba mangsa lite-lite supaya mangsa terperangkap dan tertipu dengan taktik kasanova nya.
Kwon Oh Joon seorang lelaki kacak, macho lagi kendo dan merupakan bekas ahli boxing. Beliau berhidup dengan suka berpoya-poya tiada pekerjaan tetap dan telah meminjam wang Along (ceti haram) untuk perkahwinan kakak nya. Suatu hari beliau di kejar oleh ketua Along sebab tidak berjaya melangsaikan hutang piutang nya dan telah dibelasah dengan teruk sehingga wajah carik makan nya lunyai. Satu kepantangan Oh Joon sekiranya mahu membelasah dia, belasah la kat mana saja kecuali bahagian muka kerana muka nya adalah sumber kewangan nya. Oh Joon mencari wang secara menipu dengan menggunakan wajahnya yang kendo itew untuk memikat wanita beruang.
Pesanan penaja buat wanita-wanita di luar sana. Hati-hati ya dengan jejaka ensem yang mahu mengorat anda. Mungkin dia hanya mahu mengorat henbeg dan dompet anda saja seperti Oh Joon sshi ini. Jangan mudah tertipu dengan ke-kacak-an. Tatapi kalau robber itu seperti Kang Ji Hwan kah atau Tamaki Hiroshi kah atau Kaka kah, I rela yew di tipu muahahaha
Acah je.
Oh Joon kemudian meminta tempoh pembayaran hutangnya dilanjutkan lagi kerana dia tidak mempunyai wang dan berjanji akan mencari wang dengan kadar segera. Jika Oh Joon masih tidak dapat bayar hutangnya, organ-organ dalaman Oh Joon akan dirampas oleh Tuan Sadik Segaraga dan akan dijual seluruhnya.
Maka Oh Joon pon memulakan misi latest nya mencari mangsa wanita baru yang dapat bayarkan hutang piutangnya sebanyak $30,000. Mangsa seterusnya ialah seorang janda beranak satu yang lurus bendul yang bernama Jin Dal Rae.
Bagaimana kah Oh Joon ini dapat mengenali Dal Rae?
Begini kisahnya.
Memang brengsek sungguh Oh Joon sshi ini ya. Dal Rae dengan tidak sengaja telah terlanggar kereta Oh Joon di parking kereta sewaktu sedang mengundurkan kereta. Dal Rae dilanda perasaan bersalah dan disebabkan tiada orang diketika itu, Dal Rae meninggalkan sekeping nota buat tuan punya kereta menyuruh menghubungi Dal Rae untuk menuntut ganti rugi. Betapa baik nya pelanggar-pelanggar kereta di Korea siap tinggal nota lagi nak bayar ganti rugi. Kalau kita kat sini, terlanggar keta di tempat awam yang ramai orang, lepas langgar kemudian lari lagi ado. Atau nama ringkasnya langgar lari. Inikan pula terlanggar keta orang di tempat yang tiada orang kan.
Jika ini berlaku pada diri anda,
1. Adakah anda akan menulis nota seperti contoh "Encik, saya terlanggar keta cik tadi. Saya minta maaf. Saya tidak sengaja. Sila hubungi saya. Nanti saya bayar ganti rugi. No phone saya 019-330**** Blog saya pula waiem.blogspot.com. Contact saya tau jangan tak contact"
2. Atau menunggu tuan punya kereta yang dilanggar untuk bayar ganti rugi & minta maaf?
3. Atau buat bodah seolah tiada apa yang berlaku, tekan minyak dan kemudian blah?
Lepas membaca nota itu, Oh Joon pon membuat temujanji untuk berjumpa Dal Rae. Sewaktu dia mencari-cari Dal Rae di dalam coffee house, Oh Joon terdengar perbualan Dal Rae di telefon. Seperti bulan jatuh ke riba, seperti duit datang bergolek, seperti terkena nombor ekor walaupun belom betol-betol kena lagi, hidong Oh Joon kembang kempis dan senyum senget hingga ke telinga sewaktu mendengar perbualan Dal Rae.
Apakah yang di dengari oleh Oh Joon pada ketika itu? Dengarkan perbualan telefon di bawah ini.
"Hello! This is Kim Jin Gu"
"This is Jin Dal Rae"
"I called earlier to ask you something but I forgot to ask"
"I'm leaving my office in 50 seconds. Finish your question in 50 seconds"
"My mom always wanted to set up a small café, but I don’t have enough money. In 2 weeks I’m going to have my savings of $30,000, but that’s my life savings. If I leave you my money, can you quickly turn it into $100,000? This is your line of business, isn’t it?"
"Your 50 seconds are up. Please call tomorrow"
Jeng jeng. Oh Joon sudah terdengar Dal Rae mempunyai saving $30,000 dan hatinya berbunga-bunga cinta gumbira. Sasaran sudah berada di depan mata. Misi seterusnya ialah mahu menekel Dal Rae sampai dapat. Sampai dapat itu wang $30,000 supaya organ dalaman nya tidak dirampas oleh Tuan Sadik.
Gi manakah caranya Oh Joon mahu mengambil uang $30,000 daripada Dal Rae? Itu anda kena saksikan sendiri drama ini. Adegan menipu ini saya kira sangat lucu jugak. Macam-macam taktik Oh Joon guna untuk memikat Dal Rae.
Senarai nama mangsa penipu. Sukses rate 500 persen katanya
Dipendekkan citer :
1. Oh Joon insaf. Biasalah kan lepas buat jahat kemudian insaf mahu jadi orang baik. Oh Joon insaf kerana tidak sampai hati terusan menipu keluarga Dal Rae yang baik hati itu. Mungkin juga Oh Joon sudah terpikat dengan kejelitaan Dal Rae. Oh Joon berjaya mendapatkan wang tunai $30,000 dengan menipu Dal Rae kata kawannya mahu menjual café kemudian Oh Joon pulangkan balik wang itu kepada Dal Rae.
2. Oh Joon insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan kerana dia sudah jatuh cinta sama Dal Rae walaupun Dal Rae janda beranak satu dan mahu mulakan hidup baru bersama keluarga Dal Rae. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan saja. Dal Rae juga syiok sama Oh Joon.
3. Dal Rae seperti mahu tercabut nyawa bila dapat tahu yang selama ini Oh Joon rapat dengan nya hanya kerana $30,000.
4. Oh Joon disahkan oleh dokter mengalami keretakan otak dan pendarahan kerana kerap kali kena tumbuk oleh Along di bahagian kepala. Dan akan mati jika ditumbuk lagi.
5. Buat kali kedua nyawa Dal Rae mahu tercabut kerana Oh Joon minta berpisah kerana Oh Joon sudah mau mati katanya.
6. Adegan lucu lain adegan di mana gangster insaf. Gangster kalu nak insaf mesti kelakar punya kan. Hahaha. Seperti gangster dalam citer Lovers. Lepas insaf belajar guna komputer riba.
Ending. Oh Joon tak sempat mati citer dah abis. Happy ending. Hehe
Moral of the stori, cakaplah sekuat alam kat telefon bimbit anda yang anda ada simpanan $30,000. Kemudian anda akan ditipu oleh seorang Robber kendo. Tapi tak pe. Mana tau kot-kot Robber itu la jodoh anda sebenarnya. Robber insaf katanya. Eh tapi kena berlanggar kereta dulu hehe. *macam penah ku dengar stetmen ni*
Gitu lah kisahnya.
Sebagi tanda insaf dan tidak mahu menipu lagi, Oh Joon sshi meminta maaf pada kesemua mangsa tipu helah nya dan maaf mesti diterima
Dan para pelakonnya :
Jang Hyuk as Kwon Oh Joon
Seorang penipu yang berkaliber dan bengong. Banyak adegan bengong dia buat saya tergelak. Dunno to describe kebengongan dia tapi bengong lah. Sebab bila kita berpura-pura, kita akan melakukan sesuatu yang bengong.
Lee Da Hae as Jin Dal Rae
Kali ni watak dia watak air mata.
1. Suami mati selepas 1 tahun mereka berkahwin. Mati sewaktu pergi mendaki gunung
2. Mak mentua dia paksa dia kawin lagi buat kali kedua tapi dia tidak mahu dan dia menangis (ni pun ank sedih kah hehe)
3. Kena tipu $30,000 dengan lelaki pojaan
4. Lelaki yang dichintai minta berpisah
5. Lelaki di chintai akan mati
6. Sebab dia terlebih nangis, saya turut menangis sama hehehe
Kim Jung Tae as Kim Jin Goo
Kehidupan dia ni ala-ala robot sket disebabkan didikan daripada kecil yang kurang kasih sayang. Seorang yang menepati waktu. Kerjaya pengurus kewangan dan remiser kot. Sebab tu Dal Rae mintak dia investkan duit $30,000 jadik $100,000. Syiok sama Dal Rae tapi Dal Rae syiok sama Oh Joon sshi. Menjadi kawan baik kepada anak Dal Rae
Ketua gangster yang insaf sebab nak mengorat ajuhmma kat atas tu. Tema lain citer ni selain 'penipu' ialah 'insaf' sebab ramai lelaki yang insaf di dalam citer ni kerana perempuan yang di chintai hehe.
OST. Best jugak.
Selamat menonton dan insaf.
Selepas insaf boleh la menjamu selera di Restoren Insaf yang terletak di Jln TAR Kuala Lumpur :P
No comments:
Post a Comment