Showing posts with label Lee Da Hae. Show all posts
Showing posts with label Lee Da Hae. Show all posts

Saturday, May 03, 2008

KDrama : Robber (2008)


Synopsis

Dal Rae (Lee Da-hae) is a single mom who isn’t picky about her food, laughs a lot and is a loyal friend. After graduating from high school, she meets Tae-oh, a handsome mountain climber, while working in a local bank in Pyeong-chang. She follows Tae-oh to Seoul to get married. She becomes pregnant. But even before the baby is born, Tae-oh is killed in a freak accident in the mountains. Dal Rae ends up living with her mother-in-law, Tae-oh’s mother, and her pretty baby daughter.

One day, her mother-in-law, Sun-sum, forces her to go on a blind date. She's shocked to find an elderly man as her date and rushes out, causing a car accident. The owner of the car is Oh Joon (Jang Hyeok), a former boxer who quit because he didn’t want to mess up his pretty face. Instead, he is masquerading as a fund manager, living off women. To make things worse, he has debts to pay off set on by his sister who is married to an abusive husband. Dal Rae proves to be a new target for him. But strangely enough, this unsophisticated girl isn’t at all interested in him, which makes him want to seek true love in her.

 
Total episode : 16

Credit : DramaWiki , Hancinema, WITHS2, Soompi





Melihat pada tajuk drama ini pasti dapat mengagak jalan citer drama ini. Ya mengenai seorang robber yang suka me-robber orang. Pe-robber adalah seorang lelaki manakala mangsa pe-robber adalah kaum perempuan yang mempunyai banyak wang. Tidak kira isteri orang kah, tunang orang kah, anak yatim piatu kah, nenek orang kah, janji banyak duit. Nenek sekarang dah vogue yew. Masuk reality tv lagi ahaks. Ada ketika sewaktu dia mahu me-robber, dia turut me-raba mangsa lite-lite supaya mangsa terperangkap dan tertipu dengan taktik kasanova nya.

Kwon Oh Joon seorang lelaki kacak, macho lagi kendo dan merupakan bekas ahli boxing. Beliau berhidup dengan suka berpoya-poya tiada pekerjaan tetap dan telah meminjam wang Along (ceti haram) untuk perkahwinan kakak nya. Suatu hari beliau di kejar oleh ketua Along sebab tidak berjaya melangsaikan hutang piutang nya dan telah dibelasah dengan teruk sehingga wajah carik makan nya lunyai. Satu kepantangan Oh Joon sekiranya mahu membelasah dia, belasah la kat mana saja kecuali bahagian muka kerana muka nya adalah sumber kewangan nya. Oh Joon mencari wang secara menipu dengan menggunakan wajahnya yang kendo itew untuk memikat wanita beruang.




Pesanan penaja buat wanita-wanita di luar sana. Hati-hati ya dengan jejaka ensem yang mahu mengorat anda. Mungkin dia hanya mahu mengorat henbeg dan dompet anda saja seperti Oh Joon sshi ini. Jangan mudah tertipu dengan ke-kacak-an. Tatapi kalau robber itu seperti Kang Ji Hwan kah atau Tamaki Hiroshi kah atau Kaka kah, I rela yew di tipu muahahaha

Acah je.

Oh Joon kemudian meminta tempoh pembayaran hutangnya dilanjutkan lagi kerana dia tidak mempunyai wang dan berjanji akan mencari wang dengan kadar segera. Jika Oh Joon masih tidak dapat bayar hutangnya, organ-organ dalaman Oh Joon akan dirampas oleh Tuan Sadik Segaraga dan akan dijual seluruhnya.

Maka Oh Joon pon memulakan misi latest nya mencari mangsa wanita baru yang dapat bayarkan hutang piutangnya sebanyak $30,000. Mangsa seterusnya ialah seorang janda beranak satu yang lurus bendul yang bernama Jin Dal Rae.

Bagaimana kah Oh Joon ini dapat mengenali Dal Rae?




Begini kisahnya.

Memang brengsek sungguh Oh Joon sshi ini ya. Dal Rae dengan tidak sengaja telah terlanggar kereta Oh Joon di parking kereta sewaktu sedang mengundurkan kereta. Dal Rae dilanda perasaan bersalah dan disebabkan tiada orang diketika itu, Dal Rae meninggalkan sekeping nota buat tuan punya kereta menyuruh menghubungi Dal Rae untuk menuntut ganti rugi. Betapa baik nya pelanggar-pelanggar kereta di Korea siap tinggal nota lagi nak bayar ganti rugi. Kalau kita kat sini, terlanggar keta di tempat awam yang ramai orang, lepas langgar kemudian lari lagi ado. Atau nama ringkasnya langgar lari. Inikan pula terlanggar keta orang di tempat yang tiada orang kan.

Jika ini berlaku pada diri anda,

1. Adakah anda akan menulis nota seperti contoh "Encik, saya terlanggar keta cik tadi. Saya minta maaf. Saya tidak sengaja. Sila hubungi saya. Nanti saya bayar ganti rugi. No phone saya 019-330**** Blog saya pula waiem.blogspot.com. Contact saya tau jangan tak contact"

2. Atau menunggu tuan punya kereta yang dilanggar untuk bayar ganti rugi & minta maaf?

3. Atau buat bodah seolah tiada apa yang berlaku, tekan minyak dan kemudian blah?




Lepas membaca nota itu, Oh Joon pon membuat temujanji untuk berjumpa Dal Rae. Sewaktu dia mencari-cari Dal Rae di dalam coffee house, Oh Joon terdengar perbualan Dal Rae di telefon. Seperti bulan jatuh ke riba, seperti duit datang bergolek, seperti terkena nombor ekor walaupun belom betol-betol kena lagi, hidong Oh Joon kembang kempis dan senyum senget hingga ke telinga sewaktu mendengar perbualan Dal Rae.

Apakah yang di dengari oleh Oh Joon pada ketika itu? Dengarkan perbualan telefon di bawah ini.

"Hello! This is Kim Jin Gu"

"This is Jin Dal Rae"

"I called earlier to ask you something but I forgot to ask"

"I'm leaving my office in 50 seconds. Finish your question in 50 seconds"

"My mom always wanted to set up a small café, but I don’t have enough money. In 2 weeks I’m going to have my savings of $30,000, but that’s my life savings. If I leave you my money, can you quickly turn it into $100,000? This is your line of business, isn’t it?"

"Your 50 seconds are up. Please call tomorrow"


Jeng jeng. Oh Joon sudah terdengar Dal Rae mempunyai saving $30,000 dan hatinya berbunga-bunga cinta gumbira. Sasaran sudah berada di depan mata. Misi seterusnya ialah mahu menekel Dal Rae sampai dapat. Sampai dapat itu wang $30,000 supaya organ dalaman nya tidak dirampas oleh Tuan Sadik.

Gi manakah caranya Oh Joon mahu mengambil uang $30,000 daripada Dal Rae? Itu anda kena saksikan sendiri drama ini. Adegan menipu ini saya kira sangat lucu jugak. Macam-macam taktik Oh Joon guna untuk memikat Dal Rae.



Senarai nama mangsa penipu. Sukses rate 500 persen katanya


Dipendekkan citer :

1. Oh Joon insaf. Biasalah kan lepas buat jahat kemudian insaf mahu jadi orang baik. Oh Joon insaf kerana tidak sampai hati terusan menipu keluarga Dal Rae yang baik hati itu. Mungkin juga Oh Joon sudah terpikat dengan kejelitaan Dal Rae. Oh Joon berjaya mendapatkan wang tunai $30,000 dengan menipu Dal Rae kata kawannya mahu menjual café kemudian Oh Joon pulangkan balik wang itu kepada Dal Rae.

2. Oh Joon insaf dan mahu kembali ke pangkal jalan kerana dia sudah jatuh cinta sama Dal Rae walaupun Dal Rae janda beranak satu dan mahu mulakan hidup baru bersama keluarga Dal Rae. Cinta tidak bertepuk sebelah tangan saja. Dal Rae juga syiok sama Oh Joon.

3. Dal Rae seperti mahu tercabut nyawa bila dapat tahu yang selama ini Oh Joon rapat dengan nya hanya kerana $30,000.

4. Oh Joon disahkan oleh dokter mengalami keretakan otak dan pendarahan kerana kerap kali kena tumbuk oleh Along di bahagian kepala. Dan akan mati jika ditumbuk lagi.

5. Buat kali kedua nyawa Dal Rae mahu tercabut kerana Oh Joon minta berpisah kerana Oh Joon sudah mau mati katanya.

6. Adegan lucu lain adegan di mana gangster insaf. Gangster kalu nak insaf mesti kelakar punya kan. Hahaha. Seperti gangster dalam citer Lovers. Lepas insaf belajar guna komputer riba.




Ending. Oh Joon tak sempat mati citer dah abis. Happy ending. Hehe

Moral of the stori, cakaplah sekuat alam kat telefon bimbit anda yang anda ada simpanan $30,000. Kemudian anda akan ditipu oleh seorang Robber kendo. Tapi tak pe. Mana tau kot-kot Robber itu la jodoh anda sebenarnya. Robber insaf katanya. Eh tapi kena berlanggar kereta dulu hehe. *macam penah ku dengar stetmen ni*
Gitu lah kisahnya.



Sebagi tanda insaf dan tidak mahu menipu lagi, Oh Joon sshi meminta maaf pada kesemua mangsa tipu helah nya dan maaf mesti diterima



Dan para pelakonnya :


Jang Hyuk as Kwon Oh Joon


Seorang penipu yang berkaliber dan bengong. Banyak adegan bengong dia buat saya tergelak. Dunno to describe kebengongan dia tapi bengong lah. Sebab bila kita berpura-pura, kita akan melakukan sesuatu yang bengong.



Lee Da Hae as Jin Dal Rae

Kali ni watak dia watak air mata.

1. Suami mati selepas 1 tahun mereka berkahwin. Mati sewaktu pergi mendaki gunung
2. Mak mentua dia paksa dia kawin lagi buat kali kedua tapi dia tidak mahu dan dia menangis (ni pun ank sedih kah hehe)
3. Kena tipu $30,000 dengan lelaki pojaan
4. Lelaki yang dichintai minta berpisah
5. Lelaki di chintai akan mati
6. Sebab dia terlebih nangis, saya turut menangis sama hehehe


Kim Jung Tae as Kim Jin Goo

Kehidupan dia ni ala-ala robot sket disebabkan didikan daripada kecil yang kurang kasih sayang. Seorang yang menepati waktu. Kerjaya pengurus kewangan dan remiser kot. Sebab tu Dal Rae mintak dia investkan duit $30,000 jadik $100,000. Syiok sama Dal Rae tapi Dal Rae syiok sama Oh Joon sshi. Menjadi kawan baik kepada anak Dal Rae




Anak kepada Dal Rae




Ibu mentua Dal Rae yang juga seorang ibu tunggal




Ketua gangster yang insaf sebab nak mengorat ajuhmma kat atas tu. Tema lain citer ni selain 'penipu' ialah 'insaf' sebab ramai lelaki yang insaf di dalam citer ni kerana perempuan yang di chintai hehe.


OST. Best jugak. 

Selamat menonton dan insaf.

Selepas insaf boleh la menjamu selera di Restoren Insaf yang terletak di Jln TAR Kuala Lumpur :P

Friday, May 25, 2007

KDrama : Hello! Miss (2007)



Synopsis
Hwa Ahn Dang owner, Soo Ha, is trying to save the place from being bankrupt. She meets Dong Gyu and Chang Min, the grandsons of a wealthy man, who had worked for a long time at Hwa Ahn Dang before. Together with a crazy woman's daughter 'Hwa Ran', they get involve in a dangerous love story... This drama is adapted from the novel, "Kimchi Mandu."

 
Starring : Lee Ji Hoon ,
Lee Da Hae , Ha Suk Jin , Yoon Mi So , Ryan

Total episode : 16

Genre : Romance comedy

Credit : DramaWiki,
Soompi, WITHS2



sekali saja scene kat full house...kat pulau ropanya ini rumah

Komen ringkas : Citer ini mengecewakan saya. Cheq raso nak katok penulis skrip sama pengarah nya hahaha

Nak kata best sangat tidak dan nak kata tak best pon tidak cuma citer ni tidak memenuhi piawaian kisah cinta seperti yang penonton inginkan hahahaha Biasa la kan bila tengok drama kita musti nak tengok hero heroin cintan cintun tapi tiada dalam citer ni di awal mahupun pertengahan episod. Episod 15 baru ada, baru la chentar pihak lelaki dibalas oleh pihak pompuan. Brapa lama mau tunggu daaa. Memang teruja banget untuk menonton ini drama tapi hasilnya kurang menarik. Mungkin juga sebab citer ni diadaptasi dari komik maka jalan citer dia kurenggg gitu kan

Citer mengenai Lee Su Ha, pemilik rumah pusaka lagi bersejarah iaitu Hwa Ahn Dang di sebuah perkampungan. Seorang usahawan kaya raya bernama Hwang Man Bok ingin memiliki rumah pusaka tersebut sebab rumah tersebut ada sentimental value pada diri nya dan dia ingin menghabiskan masa tua nya di dalam rumah itu.

Cara pertama dia guna ialah dengan meng-offer untuk membeli rumah tersebut dengan harga yang lumayan. Malangnya offer nya itu telah di tolak bulat-bulat oleh Su Ha dengan alasan rumah tersebut bukan untuk dijual sampai bila-bila walaupun telah kelihatan daif. Walau ribut taufan datang melanda Su Ha tetap tidak akan menjual rumah pusaka itu.

Bila cara pertama tidak berjaya, Encik Hwang telah menggunakan cara kedua iaitu dengan mengarahkan 2 cucu lelaki nya yg kacak lagi bergaya memikat Su Ha hingga berjaya.

Gitu la rangka jalan citer nya. Para pelakon seme dah ngam cuma jalan citer kureng. So anda saksikan lah sendiri. Mungkin perasaan anda akan berlainan dengan saya. Jangan mudah terpengaruh yek hehehe

Para pelakonnya pula :





Lee Ji Hoon as Hwang Dong Gyu

Watak dia dalam citer ni sangat berbeza dengan citer Wonderful Life. Anda akan suka dia dalam citer ni seperti mana saya teramat suka hehe. Karekter hero ngn heroin juga sangat kimia dalam citer ni. Tu yang buat lagi frust sebab hero ngn heroin dah ada kimia, jalan citer plak kurang rasa dan rempah ratus...;p




Lee Da Hae as Lee Soo Ha

Drama baru selepas My Girl. Boleh kata watak dia lebih kurang sama dengan My Girl. Cuma dalam My Girl dia mcm bengong² dan tak serius sket kan..dalam citer ni dia seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Kalau anda peminat Lee Da Hae jangan ketinggalan menyaksikan drama ni. Kalau tengok heroin ni blakon watak komedi mesti tingat kat Amy Mastura.




Ha Suk Jin as Hwang Chan Min

Selaku pihak ketiga yang sering kacau daun itu di antara hubungan hero dan heroin. Sepupu kepada hero. Lebih kurang jugak dengan citer My Girl dimana sepupu sepapat jatuh hati dengan heroin.




Yoon Mi So as Suh Hwa Ran

Tak banyak yang boleh diperkatakan tentang dia.



Ryan as Lee Joon Yong (Soo Ha's half brother)

Abang tiri kepada Lee Soo Ha




Encik Hwang Man Bok, datuk kepada 2 orang hero diatas. Kesalahan dia hanya mencuri seekor lembu dari Hwa Ahn Dang 30 tahun dulu tetapi dibenci seperti telah membunuh sebuah keluarga miskin yang mana kesalahan dia tidak dapat dimaafkan oleh penghuni Hwa Ahn Dang sampai bila-bila hehe Lawakss


 
Kamus Korea


Miss = Aeigisshi (ejaan penuh)
Oraboni = panggilan penuh lagi bersopan untuk abang...panggilan pendek yg biasa Oppa
Mandu = dumpling / dimsam...tiada kaitan dgn 'pemandu' atau 'memandu' yach hehe ;p

Monday, August 28, 2006

KDrama : Green Rose (2005)



Synopsis

Lee Jung-Hyun (Go Su) is accused for murdering Oh Soo-Ah's (Lee Da Hae) father. He runs away and becomes a fugitive. Later, he returns and seeks out revenge. Oh Soo-Ah who is the successor of the enterprise "First Electronic" falls in love with Lee Jung-Hyun.

 
Starring :
Go Soo , Lee Da Hae , Kim Suh Hyung

Total episode : 22

Credit :
DramaWiki, SBS

Pada saya ini cerita best. Saya suka banget keseluruhan jalan citer dia. Penuh dengan saspen dan membuat jantung anda dag dig dug terutama 10 episod yang terakhir.

Adegan paling suka mcm mana hero memberitahu heroin secara tersirat bahawasa nya dia la chentar hati heroin sebenarnya. Jenuh gak meneka sorang diri mcm mana hero akan membuka rahsia dirinya yang sebenarnya selepas 3 tahun tidak berjumpa dan dilaporkan telah mati.

Moral of the stori : Kita kena kaya dan ada kuasa baru akan dipandang orang dan boleh membalas dendam dan menegakkan keadilan. Segala keje pun senang nak buat sebab ada kuasa dan duit. Tapi jangan salah guna kuasa sudahla yek. Tak baik Tuhan marah :)



hero menten dahi berkerut hahaha


Citer ni mengisahkan hero yang difitnah kerana cubaan membunuh bapak heroin dan dihukum penjara seumur hidup. Hero cuba mempertahankan diri tapi tiada bukti yang cukup menunjukkan dia tak bersalah di atas rencana terancang pembunuhan bapak heroin. Emak nya sangat sedih dan tak tau cemana nak buat lantas membunuh diri. Hero diberi pelepasan menghadiri upcara pengkebumian mak dia. Alang² mandi biar basah. Alang² dah diberi lepas keluar dari penjara maka hero pun melarikan diri untuk membuktikan diri dia tak bersalah. Maka dia pun mencari suspek sorang demi sorang. Suspek yg paling utama sekali ialah seksitari kepada bapak heroin.

Carik punya carik dapat tahu itu suspek telah dihantar ke cawangan di Shanghai. Hero bagaimanapun telah berjaya dari tidak diberkas pak polisi dan terjun ke dalam sungai. Seramai-ramai polis yg lengkap bersenjata tak berjaya menangkap hero sorang yang tak de senjata hiks. Selang beberapa minggu satu mayat telah dijumpai di sungai tersebut dan pihak polis yakin hero telah mati. Gumbira lah semua orang yg telah menganiaya hero. Tammat la riwayat hidup hero di Korea.

Arakian hatta sebenarnya hero belum mati. Kalu mati abisla citerkan hehe. Hero cuma menukar baju dengan orang lain yg dah mati kemdian hanyutkan ke sungai untuk buat silap mata ala David Koperfield hehe.


Maka hero berazam mahu mencari juga suspek yang dapat membuktikan dia tidak bersalah. Dengan gigih hero telah menyeludup pegi ke Tanah Besar China secara haram. Tang ni mek kagum hero dapat baca tulisan Cina dengan fasih hahahaha.

Hero telah berjaya survive orang diri di China. Kemdian berjaya jumpa dengan suspek seksitari iteww dan telah berbaik dengan sorang lagi warga Korea dan berbaik la mereka bertiga warga² Korea tersebut. Suatu hari mereka berjaya menumpaskan cubaan membunuh sorang tokoh konglemerat yg terbesar di China. Tokoh konglemerat tersebut telah memberi hadiah kepada mereka bertiga kerna telah berjaya menyelamatkan dia. Melihat pada raut wajah hero yg ala² jujur lurus bendul dan boleh buat keje, tokoh konglemerat tersebut telah menyerap masuk hero ke dalam syarikat nya. Bermula dari jawatan kecil dan akhirnya ke posisi tinggi dan akhirnya layak mewakili syarikat China tersebut dalam urusan perniagaan di seluruh dunia. Amek kau dari pendatang haram boleh jadik boss di syarikat yang besar dan berpengaruh di China.

3 tahun telah berlalu

Satu mesyuarat wakil² syarikat elektronik Asia Tenggara akan di adakan di Korea. Hero mewakili syarikat terbesar China dengan nama dan identiti baru. Kemunculan nya menjadi kejutan ramai tapi hero menten kool.

Hero kembali ke Korea dengan satu tujuan utama untuk membaik pulih nama asal nya yg diberi oleh ibunya juga menuntut bela atas kematian ibunya

Kembali untuk mengerjakan manusia yg telah memfitnahnya

Juga kembali bertemu chentar hatinya yang sangat dirindu serindu rindunyaaaa ala² kumpulan Sepoong huhuhu

Dan akan terbongkar la satu lagi rahsia di sebalik kisah pembunuhan bapak heroin. Misteri di sebalik misteri. Ala² cam disebalik kuetiaw kerang ada kerang, udang dan juga taugeh hohoho

Friday, June 09, 2006

KDrama : My Girl (2005)


*Pemberitahuan 20/03/08 :
 
Ribiu My Girl akan digubah semula (chewah gubah katanya) sebab saya mendapati ribiu sebelum ni macam cipan sket ribiu nya. Maka saya akan membuat balik karangan My Girl selepas menonton cd versi muaturun demi kepuasan manifesto diri sendiri dan kebaikan kita bersama penduduk kampung sekalian haha. Actually ada beberapa citer yang saya tidak berpuas hati dengan ribiu saya sendiri. Sebab itu kalu anda lihat senarai ribiu drama saya tidak disusun mengikut abjad drama tetapi mengikut tarikh ribiu untuk penilaian saya sendiri. Bak kata pepatah, lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang. Hehehe.
Fightingggg!

Synopsis

Ju Yoo-rin (Lee Da Hae) is an imposter proficient in English, Chinese, and Japanese. Seol Gong Chan (Lee Dong Wook) second generation heir of a big corporation. Because of his grandfather's illness, he's forced to ask Yoo-rin to be his long-lost cousin so that his grandfather's last wish can be fullfilled. So therefore, they both are bound in a lie that no-one in the family knows the truth

Starring : Lee Da Hae, Lee Dong Wook, Lee Joon Ki

Total episode : 16

Credit : DramaWiki



ini hero skali tengok tarak ensem...16 kali tengok adalah manis hehe