Friday, August 15, 2008

Filem : Susuk (2008)


Synopsis

SUSUK is a Malaysian horror thriller movie set against the world of black magic and contemporary showbiz.


Director : Amir Muhammad, Naeim Ghalili

Cast : Ida Nerina, Diana Rafar, Noorkhiriah, Tengku Marina, Adlin Aman Ramlie, Aleeza Kassim, Hairie Othman, Sofea Jane.

Saya nak kata saya enjoy menonton pilem ini sebab watak-watak utamanya tiada memakai rambut pelesu yang menyakitkan mata hahahaha

Ok benda kecik saja.

Diana Rafar (Soraya) watak yang saya carikan selama ini di dalam pilem Melayu. Natural, dialog jelas ada hujung pangkal, mekap sederhana sesuai dengan watak dan paling utama tiada rambut pelesu. Boleh pon tak pakai rambut pelesu kan. Shabas beti.

Dan timbul satu persoalan di benak fikiran hamba, adakah wujud susuk rambut palsu ek? Sebab ada sorang dua artis wanita yang tak boleh tinggal rambut palsu nya bila muncul di khalayak ramai. Cuba cabut rambut palsu dia tengok lawa tak? Atau jika dicabut rambut palsu nya itu wajah nya bertukar seperti Suzana sewaktu melintasi sungai (langgar pantang) huhu

Citer ini ingin memberitahu kita bahawa susuk yang syirik amat popular kegunaan nya di kalangan artis (Islam kebanyakannya) sebab susuk yang membezakan antara artis dan bukan artis bak kata Rozana (Aleeza Kasim). Maknanya u ols syirik dan artis tidak dapat dipisahkan. Nauzubillah. Pulang la ke pangkal jalan u ols. Pulang lahhhhhh...

Setakat pakai susuk dan kemudian peel macam poyo bakat tah ke mana, kita tak perlukan lah artis macam ni. Artis kita bab-bab berlumba benda-benda mengarut macam ni depa memang champion. Tapi bakat dan IQnya nan ado (tak semua). Pakai la susuk banyak mana pong, kalau dah takde bakat tu tak de bakat la. Balik la kampung tanam padi lagi ada pekdah huhu Yang penting kena rajin, usaha, ikhlas dan hati mau baik.

Apa yek perasaan pakai susuk ni? Bayangkan anda telah memasukkan / menanam 'syaitan' di dalam tubuh badan anda dengan sengaja. Tenteram kah? Bahagia kah? Jadi kaya raya kah?

Kita pikir la bersama-sama ya

Ok kita terus ke jalan citer nya saja. Lain-lain apsek I ols tak berapa reti la nak ulas. Tau tengok citer saja.



AWAS - ada spoiler (dan seperti biasa terlalut-lalut hehehe)

Yang saya faham :

1. Susuk mengandungi 2 kisah. Kisah yang di-flash back. Kisah Soraya (Diana Rafar) dan Suzana (Ida Nerina) yang berlainan kisah dan waktu. Suzana seorang penyanyi popular manakala Soraya seorang jururawat dalam latihan yang bakal menjadi staff nurse tidak lama lagi.

2. Kemudian Soraya mahu menjadi penyanyi kerana dia sudah bosan menjadi jururawat yang asyik membuat kerja yang sama. Soraya sepatutnya mendengar cakap ibu nya. Jadi jururawat masa depan terjamin ada pencen. Saya tambah lagi jururawat ada EPF jua. Jadi artis tiada apa-apa. Glamer dan laku hanya sekejap. Kalau tidak beringat enjoy sakan tiada la simpanan di hari tua. Mana nak simpan duit asek men-susuk dan botox saja huhu

3. Untuk menjadi penyanyi Soraya perlu ada pakej dan kelainan. Dia memahami 'kelainan' itu adalah dengan memakai susuk. Tapi sebelum itu dia telah memakai susuk akibat terpengaruh dengan Rozana (kau gadis idaman ku). Tetapi susuk itu tidak power kerana ujibakat menjadi penyanyi bersama Encik Razlan (Dato' Jalal) dan Mr. Lee telah gagal.

4. Kemudian datang Dewa Dewangga (Adlin Arman Ramli) menghasut Soraya untuk menjadikan Soraya sebagai bintang. Soraya teruja dan napsu nya untuk menjadi bintang meluap-luap. (Nama Dewangga ni mek tingat akan lagu industan dalam Om Shanti Om 'Dewangi dewangi' yang pernah diputarkan di radio Era. Hai dah pasang lagu industan plak ke radio ni? huhu)

5. Soraya akan dipakaikan susuk keramat (penghulu segala susuk) oleh dukun Dewa Dewangga supaya aura glamer akan lebih terserlah lagi. Suara tak sedap pon boleh jadi sedap. Untuk memakai susuk keramat satu nyawa harus dikorbankan dan calon nyawa itu adalah pelacur / mak nyah (yang ada tatu rama-rama di kakinya) yang berwajah seperti Suzana yang Dewa Dewangga temui di lorong persis Lorong Hj Taib. Kita namakan dia Suzana (Suzanaaa mari lah sayang adekk)

6. Kemudian 2 wanita berkebaya merah digantung dengan kepala nya ke bawah di sebuah gudang kosong untuk upacara memasukkan susuk keramat. Saorang Soraya dan sorang lagi pelacur Suzana itu.

7. Kemudian satu sesi penyembelihan berlaku di mana leher Suzana itu di-zasss dengan parang

8. Kemudian Soraya menjerit dan melarikan diri selepas minum darah Suzana yang di-zasss tadi. Sewaktu melarikan diri wajah Soraya bertukar kejap hodoh kejap cantik.

9. Kemudian Soraya pingsan akibat penat berlari. Kemudian Dewa Dewangga mengangkat Suzana yang pingsan tadi. Eh kata Soraya lari napa plak Suzana yang pingsan. Sila ke poin 10 di bawah

10. Akhir kata berlaku lah transformasi Soraya menjadi Suzana. Makhluk itu berwajah Suzana dan ber-rohkan Soraya (Suraya, sepertimana kau dan mentariiii) Eh kenapa nama seme nama tajuk lagu nih hahaha. Makanya di awal-awal citer lagi sebenarnya Suzana itu adalah Soraya.

11. Pendapat saya, Soraya dipilih sebagai korban terakhir kerana Soraya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi artis dan kebarangkalian dia terjerumus melakukan syirik adalah tinggi. Syaitan tahu calon yang sesuai dia nak hasut. Lantas Dewa Dewangga sebagai syaitan yang bertopengkan manusia mengekori Soraya untuk mengumpan Soraya dan akhirnya Soraya termakan jua hasutan syaitan itu untuk memakai susuk keramat

Yang tak paham :


1. Apakah kriteria Suzana pelacur itu di pilih? Adakah dia mempunyai aura popular? Atau ada kaitan dengan tatu rama-rama di kaki nya? Sebab Soraya menggunakan wajahnya sewaktu sesi memasukkan susuk keramat. Patutnya cari muka yang macam Siti Nurhaliza ke, Ziana Zain ke, Nasha Aziz ke kan (sekadar menyebut bererapa nama artis popular)...hehehe

Yang saya suka :


1. Pelakon-pelakon nya semua terdiri dari mereka yang memahami skrip. Bukan nya hapal skrip semata-mata dan kemudian berdialog seperti membaca buku huhu. Waima kakak Soraya pon boleh berlakon.

2. Jalan cerita nya walaupun agak meng-konpiuskan tapi saya suka cara suntingan dan editing di buat. Nampak kemas. Tiada yang terpotong di tengah jalan hingga buat kita ternganga. Erkkk tak habis yang ni dah masuk scene lain. Begitu la contohnya.

3. Yang bab ayam tu saya dah dapat info dengan membaca di sini
Tak tahu sangat nak interpret simbol-simbol simbolik ni. Tapi saya pasti setiap yang dibuat ada sebabnya.

4. Muzik latar nya juga

Yang tak suka :


1. Tiada rasanya. Agak berpuas hati walaupun konpius

Syabas kepada Encik Amir Muhammad dan rakan-rakan nya di Monsoon Pictures.

Bagi yang belom menonton pergi lah menonton sekarang.

No comments: