Showing posts with label Lee Jun Ki. Show all posts
Showing posts with label Lee Jun Ki. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

KDrama : Two Weeks (2013)




Tamat sudah menonton drama lakonan pojaan hati ini.

Antara drama Lee Junki yang saya pantas-ke-hadapan tengok sebab penat dan terus tengok ke episod akhir untuk ketahui kesudahannya hihi

Penat sebab Junki banyak lari. Lari sini masuk hutan, lari sana masuk rumah orang, lari sinun duduk bawah jembatan untuk menyelamatkan diri dari ditangkap polisi. 

Mianhe Junki sshi. 

Dalam 2 Minggu tu dia kena melarikan diri dan bersembunyi di mana-mana sebab hari ke 14 dia harus  menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum untuk di derma kepada anak dia.

Drama ni ada 16 episod.

Episod 1 & 2 menceritakan intro drama ini. Ribiu intro di SINI .

Selebih 14 episod aka 14 hari bersamaan 2 minggu, hero lari dan bersembunyi dan cuba untuk mencari bukti-bukti untuk membersihkan nama baik beliau dari tuduhan membunuh.

Antara drama yang kita menghitung hari bersama hero.

Selamatkah dia?

Berjayakah dia?

Harini (episod ni) dia nak lari ke mana pulak?

Makan minum dia macam mana?

Dah la hidup sebatang kara.
Ibu dan ayah tiada.
Kasihan dia.

Hehehe

Satu yang tension tengok citer yang melibatkan polis ni, untuk tangkap sorang penjenayah menderu desah semua polis pegi serbu berjemaah. Lepas tu penjenayah hilang. Lama dah pendam perasaan tension ni bila tengok k-drama yang melibatkan polis ni. K-drama Ghost  antaranya

Patut pecah-pecah la. Polis A jaga laluan A, polis B jaga laluan B dan seterusnya.

Dalam kes citer ni, penjahat seorang yang tua boleh berjaya meloloskan diri dari dalam hospital sebab polis dan pendakwaraya semua buat serbuan bersama di satu bilik. Macam orang tu ada senjata merbahaya ramai-ramai nak di tangkap dia sorang. Stress tengok hahahaha


Lukisan menghitung 14 hari dilukis oleh anak Jang Tae San.  

Hari ke 14 adakah bapa nya berjaya?



Mesti la berjaya. Hero katakan...hehehe 

 "Ye lah, shantek hidung awak..."

Akak ni merupakan seorang prosecutor. Bapa beliau telah dibunuh masa beliau kecik dan beliau nampak adegan bapanya kena tikam tapi tangisan beliau tidak diendahkan oleh mahkamah sebab dia keturunan mentimun. Yang pembunuh itu pula keturunan durian. Durian ketis sikit mentimun saja mentimun boleh luka. Disebabkan keturunan itu maka dia belajo pandai-pandai sampai jadi prosecutor sebab nak tangkap pembunuh ayahnya. Pembunuh ayah dia ada kaitan pula dengan Jang Tae San.  Maka dalam citer ni dia teramat nak tangkap Jang Tae San dan akhirnya mereka berkawan baik.

Seronok tengok abang ni berlakon lasak dalam citer ni sebagai polis. Selalu tengok dia berlakon pake kot tangan sebelah masuk kocek jew



 Soo Jin yang comey. Lepas drama ni beliau telah menerima banyak tawaran berlakon

Kasih seorang ayah yang sudah 8 tahun tidak bertemu ayahnya.

"I love you daddy.."

Jumpa lagi yek di drama yang lain.

Monday, September 23, 2013

Two Weeks - Episode 1 & 2


Drama ini berkisar mengenai seorang ayah yang menjalani kehidupan yang bebas dan rambang serta tiada arah tujuan sebab dia ingat dia tiada keluarga, juga merupakan gengster juga gigolo kadang-kadang. Selalu masuk keluar penjara menjadi kambing hitam menggantikan penjenayah yang berprofil tinggi.

"Jang Tae San, ko tolong cover masuk jel untuk aku. Nanti aku kasik la ko sikit habuan. Ko bukan ada orang nak meratapi ko kalau ko masuk jel pon. You are my pren" kata orang itu

Sebelum dia tahu yang dia telah berpangkat ayah / appa.

Kemudian satu hari ayah itu di datangi oleh seorang perempuan yang pernah menjadi gelprennya 8 tahun yang lalu. Perempuan itu bukan mahu merujuk kembali kepada nya tetapi mempunyai satu permintaan supaya dia menjalani ujian darah sebab anak dia mengidap penyakit lukiemia dan memerlukan pemindahan tulang belakang ke hapa oleh penderma yang sama darah. Dah banyak kali dia berusaha namun kesemuanya gagal.


Sesi melayan peminat ahjumma yang ke-hausan


Sembang pon tanak pandang muka. Betapa menyampahnya dia pada bekas kekasihnya, Jang Tae San. 

"Aku boleh lakukan ujian darah itu, tapi aku moskel, adakah semua orang yang ko jumpa ko akan suruh dia buat ujian  darah"? tanya Jang Tae San kepada wanita itu

" Aku terpaksa jugak jumpa kau sebab aku tiada pilihan. Aku ada anak dan anak aku mengidap lukiemia dan anak aku itu berusia 8 tahun" balas wanita itu

"Apaaaaaa lapan tahun????"

Jeng jeng jeng ...

Jang Tae San mula imbas kembali kejadian lapan tahun yang lalu. 

Diselangi muzik latar ... lapan ribu lapan ribu hanya untuk mu hei hei

Ok potong stim ... kekekeke

"Kau simpan bayi itu?? Kan aku suruh gugurkan kandungan itu. Kenapa kau simpan jugak ... wae wae" buat muka tokojut seperti di atas

"Selama ini dia ingat ayah dia sudah mati. Kau jangan nak macam-macam lepas ni. Jangan ada hati nak mengaku kau ayah nya. Buat saja ujian darah. Nak ke tanak ni?"

"Ok ok. Esok aku datang spital"

Maka bermula lah fasa baru dalam kehidupan Jang Tae San dengan berita yang baru dia terima yak itu dia ada anak perempuan berusia 8 tahun yang mengidap lukiemia

Lepas buat ujian darah Jang Tae San  naik melawat wad kanak-kanak. Mahu juga dia tengok anaknya itu. Berdebo pon ada, nerves pon ada. Seorang kanak-kanak menegur dia dengan panggilan "Appa"

"Yah budak kecik. Kenapa kau panggil aku appa? Aku bukan appa kau" Tae San berkata sambil kaver nerves dia. 

Aik dia tahu nama kita.

Jang Tae San beranggapan budak itu panggil setiap lelaki appa sebab dia tak de appa kot.

Padahal ada sesuatu rahsia yang omma, appa dan boipren omma dia tak tahu.  Dia ada simpan gambo mak dan ayah dia yang telah koyak oleh omma dia. Melalui gambo itu dia tahu bagaimana rupa appa dia yang dilaporkan mati oleh emak dia


Ujian darah positif dan Jang Tae San tidak sabar untuk menderma organ kepada anak nya sendiri. Pembedahan akan dijalan lagi 2 minggu. Dalam 2 minggu dia tidak boleh cedera dan sebagainya. 

Ya 2 minggu. Sebagaimana judul drama ini. 

Malang tidak berbau, Jang Tae San di landa musibah lagi. Kali ini di tuduh membunuh perempuan bernama Oh Mi Sook itu. Merupakan perempuan simpanan tokei kelab malam dan Jang Tae San kenal akan tokei ini bernama Presiden Moon.

Jang Tae San membisu seribu bahasa apabila di tanya oleh polis. Awalnya dia mengamuk dan menjerit bahawa bukan dia yang bunuh.  Tapi jeritan dia itu hanya sia-sia. Dia dah dapat gambaran siapa yang punya angkara berdasarkan bukti-bukti yang polis kemukakan. 

Adakah dia menjadi mangsa kambing hitam Presiden Moon lagi?

Apa kaitan Presiden Moon dan Oh Mi Sook?

Dipendekkan citer, kes bunuh Jang Tae San akan dibawa kepada pihak Prosecutor. Dalam perjalanan nak ke sana kereta polis mengalami kecelakaan. Kereka polis kena hentam dengan trailer. *pom pom pom keceper*

 2 watak utama yang jahat dalam drama ini. Seorang ahlil politik dan seorang lagi tokei kelab malam Presiden Moon. 

Kali terakhir tengok Presiden Moon ni berlakon dalam East of Eden tahun 2008. Jahat kemain dia dalam citer tu. Tup tup jumpa dia dalam drama ini semula. Jahat jugak. Sabo je la. Aigoo.

Ahkak ni seorang Prosecutor. Dia sedih banget ni sebab dapat tahu informer dah mati. Oh Mi Sook tu informer dia. Sedih-sedih bawak kereta hingga menyebabkan kemalangan Jang Tae San. Nak pegi ke mana tak tahu lagi. Kena tengok episod 3.


Jang Tae San bagaimapun terselamat di dalam kemalangan jalan raya itu. Tae San mengambil keputusan melarikan diri dengan motosikal dengan tangan bergari. Tengok tu dua-dua tangan pegang satu handle motor. Tae San membawa motor sambil berdoa, 

"Oh Tahun untuk pertama kalinya, tolong la aku. Aku mahu berhidup sebagai seorang manusia buat pertama kalinya. Chaebal...chaebal.."

Tae San juga sudah berkira-kira mahu menulis lirik lagu mengenai diriknya dari seorang gangster menjadi manusia sejati demi anaknya,

 Aku yang sekarang bukan nya yang dahulu..
Dulu aku gangster, sekarang aku dah jadi bapa oi..

Adakah dalam masa 2 minggu Tae San berjaya meloloskan diri untuk menjalani pembedahan anaknya?

Tak saba nak tengok drama ni seterusnya.

Monday, April 29, 2013

Arang and the Magistrate - Episode 1 & 2



"Oh Lee JunKi kamu sudah pulang. Yipeeeeeeeeeeeee"


Baru berkesempatan menonton drama baru hero wajah kesayangan hamba ini. Drama baru sekembali dari khidmat tentera. Drama terakhir beliau sebelum berlepas ke kem tentera ialah Hero

Jalan cerita macam menarik. Penuh dengan misteri lagi men-saspenkan. 

Drama mengisahkan hero yang berkebolehan melihat roh-roh orang yang telah meninggal dunia yang berkeliaran di atas muka bumi atau dengan kata lain hantu.

Maka ramai la hantu-hantu ni datang kepadanya untuk minta tolong pada beliau untuk menuntut bela di atas kematian mereka tetapi hero tak berminat nak layan. Kang tolong hantu ni, hantu tu kecik ati. Jadi untuk memuaskan hati semua pihak, hero tak layan satu pun permintaan hantu-hantu.

Hero cuma ada 1 misi yak itu untuk mencari mak dia yang telah lama dia tak jumpa. Dengar citer mak dia telah menghilangkan diri tatau pergi mana.



Satu hari hero telah pergi mengembara di dalam hutan. Sewaktu dalam perjalanan sempat la dia menyaksikan beberapa adegan hantu berlari-lari menyelamatkan diri dari di tangkap oleh penangkap hantu. Kemudian beliau bermalam di sebuah pondok sebab hari hujan. Hantu perempuan itu yang bernama Arang turut bermalam di situ. Hero pon nampak la hantu perempuan itu baring bersebelahan dia, tapi dia purak-purak tak nampak dan berkata

"Jangan dekat dengan aku, kau hantu gila. Pergi tido sana"



Perjalanan diteruskan lagi bila hari dah siang untuk mencari ibu nya. Hero memasuki sebuah kampung. Di sana beliau telah diekori oleh beberapa hantu yang merayu supaya hero menolong mereka.


Dan Arang ini telah mendapat tahu bahawa hero sebenarnya dapat melihat hantu tatapi purak-purak buat tak nampak. Tipah rasa tertipoo.


Bukan setakat lihat, hero juga berkemampuan memegang hantu...hihihi


Hantu perempuan itu juga mahu minta pertolongan hero. Dia telah hilang ingatan, tak ingat nama dia, asal usul dia, anak sapa, macam mana dia boleh mati dan seterusnya. 

Hero sekali lagi buat dek tamau layan permintaan hantu. 

Sekali hantu perempuan itu pon berkata, 

"Aku tahu kau mancari ibu mu yang hilangkan? Sekilas ikan di laut aku dah boleh tahu yang mana betina, yang mana jantan"

"Kau jangan nak memandai-mandai. Aku bek hen kau karang" herdik hero pada hantu perempuan itu.

Bab-bab mak ni hero emo dan sensitip. Sebab mak dia tak nak jaga dia sewaktu kecil dan tinggalkan dia. Mak dia suruh dia ikut bapak dia yang berjawatan tinggi. Sebab mak dia adalah perempuan simpanan.

Tapi dah nama nya wanita itu ibu/mak, seorang anak tetap akan merindui ibunya dan mahu mencarinya. Buruk baik dia tetap ibu ku.


Part ni macam lucu sikit. Pakai hanbok tapi bila lari haa kau kain angkat sampai atas. Nasib baik pake seluar panjang. Hehehe

Adegan ini Arang melarikan diri sekuat hati dari di tangkap oleh penangkap hantu kat belakang tu. Arang tidak mahu kembali ke alam barzah selagi dia tidak dapat jawapan kenapa dan macam mana dia boleh mati.

Dalam drama ini heroin banyak lari berbanding hero. hehe


Lari punya lari, lapan lagi. 

Sewaktu Arang berlari menyelematkan diri, hero ternampak cucuk sanggul yang di pakai oleh Arang. Cucuk sanggul itu adalah kepunyaan hero yang diberi kepada ibunya.

Macam mana cucuk sanggul itu boleh berada dengan Arang

Itu la misteri yang akan di kupas dalam drama ini satu persatu sampai episod 20.

Dan kerana cucuk sanggul itu, hero bersetuju untuk menolong Arang mencari info kematian Arang. Dari situ pada hematnya akan membawa dia kepada ibunya barangkali. 

Hero kena jadi Mejistret baru boleh memulakan penyiasatan. 

Nyonya Mansur mesti suka nak buat hero menantu ni. Kekeke

Bersambung lah... 

Tak penah tengok lagi drama manusia tolong siasat kematian 'hantu'.

Wednesday, March 17, 2010

Hero - Episodes 1 & 2


Episode pengenalan. Mari kita berkenalan dengan cite Hero ni pula. Sapa kipas susah mati Lee Junki jangan ketinggalan menyaksikan derama ini. Dalam derama ini Lee Junki naik pangkat setingkat iaitu menjadik Samchoon (pakcik). Jika sebelum-sebelum ni watak dia sebagai anak teruna yang solo saja, tiada anak sedara tapi dalam derama ini beliau menjadik pakcik kepada 2 orang anak noonanya.

Ambe dah tengok sampai episode 10. Namun langkah ku terhenti kerna sab belom complete lagi. Namun apakan daya, kajang pak malau kajang berlipat, nak tanak terpaksa lah daku bersabar dalam ketidaksabaran. *tak sabar berenang wak*:P

Sementara menanti sab complete mari la kita lihat derama ini berkisahkan apa. Aiman tak kisah berkisahkan apa sekali pon. Yang penting dapat menatap Junki kekeke

Secara umum, cite ini berkisar mengenai profession wartawan dan surat khabar. Tugas wartawan mencari bahan berita atau gosip untuk dimuatkan dalam majelah ataupun surat khabar untuk bacaan rakyat jelata.


Lee Junki sebagai wartawan bernama Jin Do Hyuk. Beliau menyelinap masuk ke konsert Kara secara haram untuk menyenep gambo pasangan selebreti yang hadir ke konsert tersebut untuk dijadikan bahan berita majelah tabloid tempat beliau bekerja


Cameo Kara dengan lagu popular mereka apa tajuk tu


Namun misi dia tumpas. Pihak polis telah menggagalkan rencana beliau. Beliau punya la naik hangin sampai terangkat jari telunjuknya sebab dia telah miss the biggest article in his life. Berita sensasi


Kemudian beliau bertemu dengan bekas mafia, pak cik ni untuk dapatkan berita sensasi. Pakcik bekas mafia ni telah masuk penjara selama 15 tahun di atas tuduhan membunuh wartawan atas arahan Chairman Daese Group itu. Pakcik bekas mafia itu berkeras tidak mahu di-interbiu

"No komen, no komen" jawapan ala selebreti pakcik bekas mafia itu kepada Do Hyuk


Adegan di kedai 7-11. Akak polis ni men-sound sorang budak pompuan sebab baca majalah separa lucah

"If you read this, you'll become stupid" kata akak tu


Dan budak ni pon membidas balik,

"I'm really smart so it's okay for me to become a little stupid"

Aigoo aigoo budak-budak sekarang. Menjawab cakap orang tua ya.

Yang sebeno nya budak ni nak tengok majelah yang diterbitkan oleh syarikat pakcik dia


Makan malam rakyat Korea. Mana la depa tak selim-selim semua kan. Tiada lemak dan kurang kolestrol hehe


Hari-hari kome makan lauk tu ke Junki oii. Aigoo


Akak ni yang menjadik heroin ke-3 Hero selepas 2 heroin sebelumnya tiada berjodoh dengan Lee Junki untuk menjayakan drama ni


Pakcik dan anak sedara dan jiran


Jin Do Hyuk sebagai wartawan Monday Seoul


Monday Seoul telah bengkrap. Tengok muka pon boleh tahu. Ya beliau la pesaing Jin Do Hyuk dalam derama ini. Wartawan juga.


Jin Do Hyuk bersama pakcik bekas mafia ni menubuhkan syarikat akhbar sendiri untuk menegakkan keadilan. Mereka mahu berlawan dengan syarikat akhbar yang terkenal iaitu akhbar Daese Group di dalam melapurkan berita yang benar, tidak tipu dan tidak berat sebelah.

Akhbar Daese Group ini cuma melapurkan berita yang baik-baik saja mengenai Chairman mereka walhal Chairman mereka ada menyimpan udang di sebalik kimci. Udang ni la yang mahu dikupas oleh wartawan Jin Do Hyuk bersama geng nya di Young Deok Daily.


Wartawan pembantu Young Deok Daily yang tidak kurang hebatnya

Samchoon memberitahu anak buahnya yang dia telah mendapat pekerjaan baru di syarikat akhbar Young Deok Daily.

Apakah akhbar Young Deok Daily berjaya di dalam misi mengupas kulit udang Chairman Daese Group itu?

Sama-sama kita tunggu sampai sarikata siap semua

* Credit subs Haruharu

Thursday, May 14, 2009

Album : J Style Lee Jun Ki (2009)


J Style cover


(Tengok cover album tingat dialog ni "ini cat ke kapur? bedak tuan...")

Ribiu album plak. Lama tak ribiu album. Album Korea kedua yang diribiu. Yang pertama I'm Coming Rain. Sebab ambe bab-bab muzik, nyanyi ni kureng sket. Bab drama je gedeban (advance) haha. Kali ni album Lee Jun Ki berjudul J Style. Sebab ambe suka gak dia ni. Bila dah suka tu semua nak amek tahu. Kesemua lagu sedap di dengar sambil terbayang-bayang wajah ayunya itu. Suara nyanyi dia ni kalu tak kenal orang, tak boleh nak cam suara bila dengar buat pertama kali. Sebab suara dia nyanyi dengan suara dia blakon pada hemat ambe lain. Tak macam Kang Ji Hwan atau Kim Rae Won nyanyi. Depa ni bila nyanyi sebaris lirik lagu dah boleh cam penyanyi sebab suara blakon dengan suara nyanyi sama. Tak sedap bila nyanyi hahaha. Mungkin depa tu nyanyi suka-suka saja.

annyeong spiderman


Sebelum-sebelum ni memang tak pernah dengar LJK nyanyi. Penyanyi jugak rupanya cik abang ni. Dia ada keluarkan single dalam tahun 2006. Boleh tahan jugak la lontaran vokal dia nyanyi. Mesra telinga.



Mari kita selami lagu-lagu yang kedapatan di dalam album ni. Ada 8 track kesemuanya. Campur lagu baru dan lagu lama dia yang tahun 2006 itu. Yang pasti suara nyanyian dia se-feminin wajah nya jugak..hehehe


sewaktu PC

1. J Style
Berentak dance-dance tu la. Lirik dia ada unsur 18XX sket. Cuba dengo full lagu tanpa baca terjemahan lirik omputeh sepenuhnya dulu.

"I wanna give you the best service tonite...come on welcome to J Styleeeee"

Kemain lagi ko ber-J Style ye. Hehe. Tapi muzik dia syiok layan.

J Style Music video with English sub

2. Soliloquize
Berentak rancak jugak. Boleh layan

3. I'm Ready
Rancak jugak
(Ni je la komen yang ambe reti bagi. Rancak atau tak rancak atau perlahan. Sedap atau tak sedap hehe. Bukan peribiu album yang baik)

4. Bountenous Tree
Lagu berentak perlahan yang menenangkan jiwa. Sesuai dengan vokal nya


pose baru bangun tido

5. One WordLagu rentak balada. Ni lagu lama 2006. Ni lagu kedua feveret dalam album ni
Music video sini

6. Sarangeul Molla / I don't know how to love
Cian dia tak tahu bercinta. Lagu ni paling meletop dalam album ni. Meletop di telinga ambe hehehe. Sangat sedap lagu ni. Dah menanah dah tinger dengo. Dok putar track ni je. Dah krem dah kot cd tu kekeke

Video sewaktu di konsert Episode 2 bulan April 2009 yang lepas. Nyanyi lagu ni. Perghh..comey nye kekeke

7. Babo Sarang / Foolish Love
Sebuah lagu lama jugak.
Video masa konsert Episode 1 tahun 2006 kot

8. Instrumental


pose comey pegang mic


pose comey merenung masa depan


pose comey J Style