Friday, February 02, 2007

Album : I'm Coming RAIN


Hehehehehe



Disebabkan telah menonton konsert Rain dan kedapatan beberapa lagu yang mesra telinga den, maka dengan kadar segara eden mendapatkan album ke-empat Rain berjudul 'I'm Coming' ini.

Setelah mendengar kesemua lagu, ternyata kesemua lagu-lagu nya sedap lagi segi muzik dan berbaloi beli untuk wang anda bagi peminat Rain.

Dan yang paling penting bila Rain menyanyi suaranya berbeda sekali dengan suara dia berlakon yach. Kurang sedap bila menyanyi hahaha sebab dia menggunakan suara dalam bila menyanyi. Pe orang panggil falsetto ek. Masa blakon suara dia besar dan garau kan...bila nyanyi suara dia jadik kecik dan halus hehehehe

Mari kita terjah satu persatu lagu yang terdapat dalam album. Ada 14 track kesemuanya. Kebanyakan lirik di tulis oleh JY Park 'The AsianSoul' dan lelagu di compose oleh Tae Kwon 'Soul Attack'


1. Rain’s World
Intro dari Rain selama 54 saat

Lirik omputeh
Yo, I’m back once again
It’s Rain
Welcome to the Rain’s World
It’s my world
And now

...
cong ceng cong ceng (lirik korea)

It’s show time

2. I’m Coming (feat Tablo)
Nama lain tok lagu ni ialah 'lagu pakai baju askar' hehehe sebab time perform dia pakai seluar askar. Video klip lagu ni pon pakai baju corak askar. Rain pon tunggu masa je nak kena panggil ke PLKN kerahan tenaga selama 2 tahun. Wajib bagi semua lelaki warga Korea.

Antara lirik omputeh nya

Rain is coming down through the roof top
Rain is coming down and it won’t stop


Muzik video

3. With U

Lagu ni pon best

'With you I’m not alone'

4. In My Bed

Ni kira lagu balada berhantu dalam album ni. Hantu korea kot ada dalam hehehe

Part best 'wey wey…kenapa kenapa…' hahahaha

Muzik video

5. Not A Single Day

Best gak lagu ni.

6. Cassiopeia (feat penyanyi pompuan korea)

Lagu balada. Ala kebanyakan lagu OST drama. Sesuai diguna pakai dalam mana-mana k-drama ni.

I don’t wanna let you go
I don’t wanna let you go

7. Him and Me (feat Dynamic Duo )




8. Don't Stop

How can this be a true story?
I can’t believe this is happening
So scandalous
I’m so spiritless
What can I do?
Its too late for me to turn back

9. Touch Ya (feat C-Luv)

Lagu ni muzik dia ada sipi-sipi mcm lagu Yeah Usher. Itu je pon lagu Usher yg eden tau hehehe

I said let me let me touch ya

10. Move On
Muzik ala-ala RnB sket

Let me be the one to hold you tight
Be the one you wait for every night
I will always be right by your side


11. Oh Yeah (feat AI)

Ini lagu Jepun yach. Mcm mana tau sebab lirik dia tulisan Jepun lepas tu penyanyi pompuan tu ada cakap watashi bla bla bla hehehe

12. Friends (feat Tiger JK)
Lagu ni masa kat konsert dia nyanyi kat skrin yang keluar sayap tu. Lagu slow

Cause I’m your friend forever, don’t forget


13. To My Friends (instrumental)


14. B-Garage Remix

Lagu remix

Siapakah Rain?

Nama sebenarnya 'Jeong Ji Hoon'. Nick name dia 'Bi'. 'Bi' dalam bahse Korea bermaksud 'hujan'. 'Hujan' dalam bahse omputeh ialah 'Rain'. Maka untuk dikomersialkan Rain di peringkat antarabangsa lekat la nama 'Rain'. Sorang yang minat giler menari. Asalnya seorang penari back-up penyanyi JY Park. Incik Park ni la yang menengahkan Rain ke arena seni suara iaitu penyanyi. Beberapa kali pi odisen nyanyi gagal sebab tak ensem. Dan kemudian baru jadi pelakon. Berlakon pon tera.

Menurut sumber peminat fanatik no.1 Rain seorang yang sangat workaholic. Masa tido dia cuma 3 jam lebih kurang. Moto dia kalau nak tido lama time mati nnti. Pendek kata selagi belum tutup mata keje, keje, keje. Seorang anak muda yg harus dicontohi untuk berjaya. Berasal dari family yang susah. Mak dah meninggal akibat kanser masa dia baru nak jadi penyanyi (terus rasa kesian...ekekekek) Ada sorang adek pompuan. Asalnya bapak dia tak suka dia jadi penari. Masa kat kolej bapak dia bagi duit tambang tapi dia berjogging dari umah ke kolej ke dari stesen bas sebab dia kata menari perlukan stamina yg tinggi so dia berjogging la untuk dapatkan stamina disamping jimatkan duit tambang.


Itu saja citer pasal Rain buat masa ni hehehe

No comments: