Kol 10.30 pagi dapat SMS 'Kol 11.30 drama kelahiran istimewa. Ada adi putra. Hahaha'
Ingat sapa la SMS bitau pasal Ady ni. Cek² nomo ropanya ini urang. Terkezut yeww. Hahaha. Tengkiu yach. Dan aku pun canang kat kroni² suh tengok gak huhu.
Maka 11.15 pagi balik umah. Get redi. Siang malam ada citer Ady Putra yang tak mesra katanya huhu. Mek suka.
Citer mengenai sebuah keluarga yang cerai berai hingga mengganggu tumbesaran anak lelaki depa yang sorang iteww hingga mengambil keputusan menjadik model seluar dalam sebagai professionnye dalam sebuah majalah Singapura. Abis dah blajar seme separuh jalan. Amek kursus bisnes separuh jalan, amek kursus muzik pon separuh jalan.
pasan ada iras badrul muyahat huhu
Dalam citer ni Muhammad Hadi Putra diperkenalkan sebagai Abdul Muhaimim. Aku rasa citer pes dia kot sebelum seterusnya blakon lam citer Grand Brilliance.
Pembukaan citer bila Abdul Muhaimin dapat anak, dia azankan anak dia. Lepas tu dia stat membebel dengan anak dia kisah silam dia.
Masa kecil Abdul Muhaimin seorang anak yang pandai kat skolah. Bila dapat tau Mak Pak dia mau bercerai dia start berdoa pas solat dengan bersungguh supaya Mak Pak dia tak jadik bercerai. Pak dia Jalaluddin Hassan, Mak dia Norish Karman, Tok dia M. Rajoli. Alasan nak bercerai dah tak de persefahaman mungkin sebab kawin muda.
(Mek tak paham lah u ols orang cerai berai sebab alasan cam ni. Nak nak ada yg cakap 'rasa sayang saya dah tak de kat dia'. Masa nak kawin dulu kemain. I lap u, u lap me. Yang jadik mangsa anak. Mungkin boleh renung balik dulu masa kawin sebab apa)
eh sukati aku la nak jadik model seluar dalam ke, seluar katok ke, baju dalam ke...ko pedulik hapa...aku tak mintak duit ngn ko
Satu hari bapak dia ada berita 'gembira' nak di sampaikan. Abdul Muhaimin ingat musti Mak Pak dia tak jadik bercerai. 'Aimin akan dapat mak cik baru tau' kata Pak dia. Sejak hari itu Abdul Muhaimin berhenti berdoa.
Bila remaja Abdul Muhaimin gemar pi disko. Balik citer ngn Mak dia yang disko dia pi kena serbu. Dia bengang kena soal pihak berkuasa pasal pi disko. Dia kata sukati dia nak pi disko ke hapa. Yang depa susah² persoal anak orang pi disko pesal kata Abdul Muhaimin. Kemdian Atok Abdul Muhaimin enterprem bagi nasihat. Nasihat yang tidak digemari oleh Abdul Muhaimin.
fedap aarr ini machiem....itu tak boleh...ini tak boleh
Bila dah pas espiem, Abdul Muhaimin lanjutkan pelajaran kat obesi. Pi US. Pi sana nak kawen ngn mek saleh. Tapi mek saleh tu tammo masuk Islam. Depa akan dikawinkan dengan Paderi di sana. Pada Abdul Muhaimin ini tak jadik masalah dikawinkan dengan Paderi. Pada dia 'tiada paksaan dalam agama'. Tapi tak jadik kawin sbb mek saleh tu dah terbekenan ngn jantan lain plak (Padan muka ko haha)
'Susah jadik orang Islam, itu tak boleh, ini tak boleh' *PENGGGG*
Kena peng skali sama Pak dia. Dia merajuk lantas membawak dirik ke US balik. 3 taun tarak balik. Agaknya dah puas berenjoy kat US baru tingat kat Mak. Maka balik la dia jumpa Mak dia. Mak dia masakkan lauk lemak kitam (sedapnyee) Mak dia suh dia carik keje. Dia bilang dia tatau nak keje pe sebab blajar pun tak abis. Mak dia suh jupe Pak dia. Jupe Bapak dia gado lagik.
mama rasa baik min tukar nama ke richard ke...peter ke...
Lokasi pindah di Singapura. Baru pas abis photo shoot. Kemdian dinner sama heroin. Heroin tanya pasal isu model seluar dalam sebab ada pelanggan dari Singapura bawak majalah tersebut kat butik dan tunjuk kat Mak dia. (Mak dia bukak butik First Lady) Si heroin ni pon pot per pot pet bebel pasal isu model seluar dalam. Tak malu ke bla bla bla ...memalukan keluarga...ngok ngek ngok ngek....org Islam tak baik cam tu. Abdul Muhaimin pon membentangkan hujah²nya mengatakan apa salah jadik model seluar dalam. Tubuh badan kita adalah seni....ngok ngek ngok ngek dia bela diri. Gado.
Kemdian bersemuka sama Mak dia. Mak Abdul Muhaimin bagi sepatah dua kata pasal isu model seluar dalam. Dan hujah diberikan oleh Abdul Muhaimin ialah kalau org luar (bukan Islam) buat tak de pape. Bila org kita buat seme tak boleh bla bla bla...
(Ellooo Abdul Muhaimin yg ko membandingkan ngn orang luar yang tiada agama tu buat pe. Depa tak de agama lantak depa nak buat pe. Depa tak de hari akhirat. Kamu tak percaya sama hari akhirat ke? Sikit² nak banding ngn orang luar. Jauh panggang dari api yang ada agama dgn tidak beragama. Setiap yang dilarang ada sebabnya. Nape? Tak percaya pada Allah ke? Allah yang telah mencipta kita. Orang tak de agama apa pun depa leh buat, apa pon depa leh makan) ...tetiba tv bercakap
Kemdian nak dijadikan citer Abdul Muhaimin eksiden. Hilang suara. Masuk wad katil sebelah ngn Ridzwan lakonan Zul Yahya. Ridzwan sakit barah otak. Bila Ridzwan baca Yassin kuat sket, Abdul Muhaimin marah sebab kaco dia nak tido. Marah tulis kat ketas. Almaklum nngak bisa bicara.
semua orang mengaku beriman tapi sejauh manakah tahap keimanan dia selagi mereka tak pernah di uji...ko untung min lahir² terus islam...mcm aku kena tunggu hidayah Allah....
Lelama depa leh ngam. Mungkin Ridzwan ni 'petunjuk' Allah nak temukan buat Abdul Muhaimin. Ridzwan ada kisah silam gak yang hendak dikongsi bersama Abdul Muhaimin cemana dia mendapat hidayah Allah di US lantas memeluk Islam. Dan Abdul Muhaimin kembali berdoa untuk Ridzwan setelah 20 tahun tidak berdoa. (Zul Yahya jadik lelaki cindian)
Lepas keluar hospital Abdul Muhaimin menghadiri kuliah agama untuk menyelami ilmu agama kembali. Bersolat di masjid. Masih tak bleh bercakap walaupun sudah melakukan operasi. Suatu malam sewaktu selesai mengerjakan solat, dia ternampak mikropon lantas try test mic 123. Chobaan Azan. Dengan kuasa Allah terkeluarlah suara.
Abdul Muhaimin berazam mau mendidik anak dia yang diberi nama Abdul Muiz sebaik mungkin. Mahu memberi didikan agama yang betol pada anak dia supaya anak dia tak jadi macam dia kelak. Itu la kelahiran yang teristimewa buat Abdul Muhaimin. Dilahirkan semula menjadi insan yang insaf. Syukur pada Allah s.w.t.
eh nasir bilal khan blakon jadik pe ek?
Sekian, tammat.
'Kita hidup untuk mati'
No comments:
Post a Comment